Showing posts with label Sweet holiday. Show all posts
Showing posts with label Sweet holiday. Show all posts

Biar lambat asalkan surprise

Hmm, 4 Oktober lepas i'm officially 22. Oh dah 22 ek? Dah dewasa. Mak! Anak mak dah besar. Dah boleh kahwin!  DAH MENGADA LAH KAU FAY! Bila umur dah mencecah 22, perangai sengal dan gedik semakin menjadi-jadi. Ialah dah besar, dah takde sape nak larang, rasa bebas jer. =.= *bunyi petir*

Erm, actually saya ingat saya akan sorang-sorang masa birthday saya haritu. Maklumlah siapa lah saya kan. Artis pun bukan. But I'm not complain it sebab kadang-kadang pun saya terlupa birthday orang. Pathetic dan loser sungguh. -_-"  Hmm, kusangkakan panas hingga ke petang rupa-rupanya salji ditengah hari. On that day, memang terima berlambak-lambak birthday wish dekat FB dengan sms yang tak putus-putus. Eventhough korang dapat tau pun sebab ada notification kat fb, but i'm appreciate that. At least I know, I'm not alone on my birthday. THANKYUUU! :') Pagi-pagi pula dapat panggilan dari parents yang sumpah memang menitis air mata. And the midnight before I recieve a call from my besties Ayu! So sorry Ayu dan Kema tak dapat nak call korang balik sebab tak dapat panggilan free sebab talipon sekarang dah pakai line. -___-"

Kadang-kadang kita lupa yang kita ada kawan yang sayang gila pada kita, yang care gila pasal kita. YANG SANGGUP BAGI TIKET KOREA PERGI DAN BALIK SECARA FREE UNTUK JUMPA JAEJOONG. oh itu hyperbola. Thanks a lot for your wishes and sorrryyyyy sebab dah dua bulan lepas birthday baru hari ni nak buat entri sepecial sebab 4 Oktober lepas saya pergi field work dengan laptop pulak rosak! -___-" Hahaha saya sambut birthday dalam hutan tau. Sambil tangkap nyamuk, tangkap lalat, cari jentik-jentik dan kutip larva lalat. Adventerous gila. Dah la kena berperang dengan musuh tradisi si pacat. Ewww. But anyway, its memorable la sebab 1st time sambut birthday dalam hutan kot. Dengan lokasi cantik dengan air terjun. Wahhh!


Muka kekenyangan, kesejukan dan ke-mengantuk-an. That is me on the right. Serabai gila malam ni. Yelah dekat dalam hutan pun sape je yang nak tengok? Tsk tsk.

Anywayyyyy, terharu gila semalam sebab my besties buat surpries untuk saya. *menangis terharu*. Serius, I never expected they would make a surprise for me. Ye lah dah dua bulan kot birthday berlalu. Sebab ingatan korang terhadap saya pun is more than enough for me. Yes Kema dengan Ayu! Thankyu so much! Diorang kasi kek, sing a birthday song, give me a present yang sangat chantekkkk. I love the sling bag nak bawak pergi tidur malam-malam rasanya. And they even give me a FLOWER! Red rose. *muka jakun*. 

Sorry guys. Masa baru sampai semalam muka I tensen macam nak pergi telan orang. Seriously, I'm very happy to see you guys semalam. Excited okeyy lama tak jumpa. Korang pun dah la selalu gila ber'girls-day-out without me tsk tsk. Sebab semalam on the way nak jumpa korang, I have an argument with my sister. Haihh. Something that she do yang memang buat saya punya darah tinggi dengan suhu pun naik. -_- But seeing you guys totally make me happy, dan mengurangkan kemarahan terhadap adik I. :')




Chocolate cheese cake with oreo tu memang totally awesome. Sedap sungguh sampai menjilat jari. Oh ye thats my besties. Kema yang belah kiri dengan Ayu yang kat tengah. Me again on the right. -_-" Ok baru perasan, kalau bergambar selalunya my spot dekat belah kanan. Hmm...




The food we have after that. Lepas makan kek tu serius yang ni memang tak mampu nak habiskan. Sebab kek tu lagi sedap dan mengujakan dari makanan di atas. AHH TIPU LAH KAU FAY. SIAP NAK DATANG LAGI TEMPAT NI LEPAS NI.

Lepastu pergi tengok wayang cerita Ngangkung kemudian pergi lepak tepi tasik. All I can say it's the best birthday I've ever had. Thanks korang! Sayang giler-gilerrrr lah dengan korang! Owh my besties even wrote a post for me on their blog. U can read it here and here. :')

p/s: Dalam banyak-banyak birthday wishes yang saya dapat, almost of them wishes me supaya cepat kahwin. O_O". So next year for my birthday sila bagi hadiah seorang calon suami.



Dah tua dah kau tapi perangai masih tak berubah. T_____T

Sebelum tidur gosok gigi, basuh kaki.

Itulah yang mak ayah kita selalu pesan. Diorang cakap kalau sebelum tidur tak gosok gigi nanti gigi keluar ulat, lepas tu ulat tu nanti pergi makan korang punya gigi sebab tu la nanti gigi berlubang. -_- Kalau tak basuh kaki pulak nanti malam tidur mengigau. TAPI kan, kalau dah penat sangat memang dah takde fikir ape dah. Mata dah nampak katil je dah, takde maknanya la nak gosok gigi, basuh kaki semua. Sudah la tu, tidur mati tak ingat dunia, bangun pun lambat. Tsk tsk. Okey kepada bakal mak mertua berpotensi, boleh tinggalkan blog ni sekarang.

sumber gambar dari sini

Eh? Tapi betul ke orang kata kalau tidur tak basuh kaki nanti mimpi buruk? So far, kalau tidur basuh kaki pun still boleh dapat mimpi buruk jugak. Lagi-lagilah kalau tengok cerita seram sebelum tidur tu. That's why la cerita seram is a no no for me. Kadang-kadang bila bangun pagi je tengok tangan dengan kaki bercalar-balar. Huh WTH? Dari mana datang nya calar-balar tu? Mitos kawan mengatakan waktu tidur tu memang mimpi tu betul-betul berlaku, contoh kalau kau mimpi masuk hutan, memang betul-betul la roh kau masuk hutan. O_O" Itu mitos je, sahih ke tak tak tau la. Bila fikir logik kan, yelah apa kaitan mimpi masuk hutan dengan tangan bercalar-balar? *Padahal tak sedar diri sendiri tidur ganas sampai tercalar-calar kulit sendiri. (_ _")*

Hmm, semenjak dua menjak ni dah lama bebenar rasanya tak mimpi yang bukan-bukan. Ke bangun-bangun je terus lupa? Entahla. Bagusla. Kalau dapat mimpi yang seronok takpe jugak. Kalau dapat mimpi yang tak seronok? Menganggu konsentrasi je tak sudah.

Pernah sekali termimpi yang laptop housemate rosak. rosak pulak bukan jenis yang sikit-sikit. Rosak banyak sekali sampai tak boleh guna. Dalam mimpi macam real je. Sekali mimpi rupanya.  Pulak tu mimpi masa tidur siang. Orang kata mainan syaitan jer. Tak lama lepas tu memang betul laptop housemate tu rosak. Rosak yang gila-gila rosak sampai tak boleh dibaiki. T__T Mimpi macam ni memang la jenis yang menakutkan. Tiba-tiba jadi kenyataan la pulak.

Tadi malam mimpi nenek carikan jodoh pulak. Bukan satu tapi EMPAT! *pengsan* Kalau yang ni jadi kenyataan tak tau la nak cakap macam mana. -_-

p/s: Orang kata mimpi ni biasanya bawak petanda. Contoh kalau mimpi kena patuk dengan ular maknanya dia nak kahwin la tak lama lagi. Heh? Tapi kawan rasanya macam dah dapat mimpi dipatuk ular berkali-kali kot, sampai sekarang single and available lagi gitu. Macam mana pulak kes dia ni? O_O

Hujan salji di negara orang, hujan lebat di negara sendiri.

Hmm, sekarang ni beberapa tempat di dunia tengah dihujani salji. Tengok status dengan gambar kawan-kawan kat facebook sumpah jeles. I'm a big fan of snow anyway. Tapi kalau dah banyak-banyak sangat salji pun tak best juga. Kalau dah ribut salji tu boleh sampai membunuh, seronok ke tu? -_-" Lagipun lepas salji turun jalan jadi licin. Eksiden banyak boleh jadi, especially untuk orang cuai macam saya ni. So how?

Oh by the way, its raining season now kan? Dua, tiga hari lepas hujan turun non-stop. Kadang-kadang lebatnya bukan calang-calang, kadang-kadang cuma sepoi-sepoi bahasa indonesia je. Since its cold and wet outside, most of the time memang duduk dalam rumah je la. There is nothing to do, so technically tiada perkembangan dalam hidup melainkan perkembangan berat badan -_-". And no social life jugak. All I have now is social network. Pfft!

I'm a lazy bums anyway. 

Ohh its Sunday today..with lotss of sun. Pfft. Hari ni panasnye bukan main lagi. Bukan setakat cuaca panas, hati pun panas juga. Ish susah lah kau ni kan asyik komplen je kerjanya. Eh bukan macam tu lah. Saya memang tak suka cuaca panas pun sebab bila panas cepat dapat sakit kepala. Migrain kot. Gulp? O_O"

Bila bercakap pasal salji, masa kecik-kecik dulu selalu bayangkan kalau ada salji mesti ada santa, krismas, pokok krismas dengan hadiah. Bila tanya dengan ibu kenapa dekat Malaysia takde salji. Dia jawab sebab Malaysia tak sambut Krismas. Bila dah besar-besar sikit dah belajar Geografi baru tau sebenarnya negara Australia sambut krismas masa musim panas. Pfft. Budak-budak memang senang kena tipu.


Ouch! Saya dah gemok sikit.

Sejak duduk di rumah ni rasa-rasanya dah berkilo-kilo kot lemak menimbun dalam badan. Tiada apa yang lebih produktif yang dilakukan dirumah melainkan menonton tv sepanjang hari. Kalau dulu tak pernah terlintas langsung nak tengok channel National Geographic, sekarang channel ni menjadi pilihan di kala kebosanan.

Menu makanan di rumah pula memang sangat tip-top. Pagi-pagi lagi sudah disediakan nasi goreng bersama ayam goreng. Wah menu pagi dah serupa makan malam je. Makan malam ofkos lah lebih up dari sarapan pagi. Dua ketul ayam goreng beserta rangka goreng maybe? Hehehe.... Ayam goreng memang menu wajib di rumah, which is menu yang paling rare bagi saya kalau duduk dekat kolej. Sedangkan makan nasi bersama lauk sardin je harga boleh sampai RM4++ apetah lagi kalau ambik lauk ayam. You do the maths people. Disebabkan selalu disajikan makanan yang enak-enak dirumah, maka mempercepatkan lagi proses penimbunan lemak di badan. But I'm not complaining it :D

Nafsu makan dirumah memang diluar kawalan. Hey, hey dikolej pun same je bukan. Sedar diri penimbunan lemak dah menjadi-jadi so akal berkata "Marilah berjogging!" Buka rak kasut baru perasan semua kasut sukan dah dibuang sebab menjadi sarang ternakan lipas. Kasut sukan yang lain pula ditinggal di kolej dan tak dibawak balik atas alasan berat. Bangun pagi pun dah pukul 10 pagi, ada hati nak pergi jogging lagi?

Selain daripada menonton tv dan makan, another productive activity that I done is surfing the net. Bukak belog, bukak facebook, reply komen, bukak youtube, stalking @mjjeje at twitter. Hanya berhenti main internet bila adik datang kacau atau ibu jerit-jerit suruh off laptop. Oh masa bukak belog baru realize yang mereka-mereka semua ni ber"girls-day-out". Saya? Lepak-lepak dekat rumah sambil layan tv sambil tidur. Tidur itu kan nikmat. Kalau tak tidur nanti dikata kufur nikmat pula.

Setiap hari asyik ulang rutin harian yang sama. Kadang-kadang je diselitkan dengan aktiviti ke kelas memandu. Kalau tak setiap hari memang dok ulang buat benda yang sama. -_- 
 
Semoga cuti kali ni dapat diserikan dengan pelbagai lagi aktiviti yang lebih produktif. 
 
Sekian,
Yang and gojes
Fay

We will love each other


.....Thats it, Will you marry me, I do. "Super Junior - Marry You"

Dalam banyak-banyak lagu Super Junior lagu ni memang masuk list 'all the time favorite'. Sweet je lagu ni. Nanti bila wedding saya, saya nak guna lagu ni as my wedding background song. Baru ada class. Baru  la  ada kelainan. Baru la boleh buat wedding ala kayangan gitu. Ni asyik guna lagu "Selamat Pengantin Baru" je. Takde kelainan. Eh yang beria bebenor cerita pasal lagu tema lahwin ni, calon pengantin lelaki nya dah ada belum? *silence*

Oh Sabtu lepas adalah my cousin punya wedding. Tak sangka dulu kecik-kecik selalu main sama-sama, sekarang dia dah pun kahwin. Time moves really fast isn't. Esok lusa mana tau saya punya turn pulak. *emoticon gatal*.  As her cousin dah tentulah saya tak melepaskan peluang datang majlis dia. Tolong apa yang patut masa kenduri. Tolong la sangat kann..

Her family memang duduk kat kampung. Jadi memang berbeza lah dia punya tradisi dengan orang bandar. Kalau dekat bandar semua makanan pakat order katering je. Cepat dan mudah. Kalau dekat kampung semua juadah masak sendiri. Kalau dekat kampung order katering memang jadi bahan umpatan satu kampung la jawabnya. So semua juadah dari juadah untuk tetamu sampailah untuk makan beradab semua orang kampung yang bergotong-royong masak. Senario ni memang kita jarang-jarang jumpa di bandar. Ewah struktur ayat mantap gitu.


Antara yang datang merewang. Saya? Menerewang la kerjanya *bahasa cipta sendiri*


Ini juga satu kelainan. Selalunya kompang ikut berarak dengan pengantin lelaki, tapi kat sini diorang stay kat rumah sampai la pengantin lelaki datang.


Pelamin tema Saphhire Blue tu.


Hantaran pihak perempuan. Tema hijau. Owh dalam diam dia ni TripleS rupanya. *Si Fay tak habis-habis nak kaitkan dengan K-pop dia*


Hantaran pihak lelaki.




Panas ye bang? 


Gigih adik ni kipas. 


Tapi pengantin lelaki masih kepanasan. -___-''


Tukar pengapit? *pengsan* Oh tu adik saya. Sebab pengapit yang tadi pakai baju kaler merah, macam tak kena dengan tema biru so terpaksa la tukar.


Sempat jer dia ni.


Majlis hari tu berjalan dengan lancar walaupun mulanya ada sedikit kesukaran. Adat lah tu. Mempelai pun dah selamat diijabkabulkan. Esok pulak majlis bertandang di pihak sebelah lelaki dekat Terengganu. Saya tak dapat hadir sebab parents dah start kerja. Saya pulak kena dapatkan lesen memandu. *Stress* Kepada mempelai,

SELAMAT PENGANTIN BARU SITI ASRIYAH DAN ZAKARIA
Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.


Sepanjang majlis semua sedara-mara kata, "Lepas ni turn kamu pula." Haih. Saya cuma mampu berkata "Tak lama lagi, tak lama lagi. Mungkin lepas grad." Lepas dicongak-congak ada setahun setengah lagi nak grad rupanya. Damn.

Masalahnya sekarang ni kau rasa dekat mana saya nak cari calon tu???!!! 


Eh ada volunteer? 

Dah balik dah.

Oh hai hai semua. Saya baru je sampai ke Kluang petang tadi. Alhamdulillah selamat jugak saya sampai ke rumah setelah sebulan lebih tak balik. Penat jangan cerita lah. Rasa macam nak patah pinggang travel sana sini, buat kerja berat sana sini. Okey ini tipu mana ada buat kerja berat, kerjanya mengelamun lebih sambil main dengan kucing. 

Where I have been these past few days?

Firstly, saya pergi ke Perak untuk Program Khidmat Masyarakat. First time duduk dengan keluarga angkat, first time jugak lah pengalaman jumpa keluarga angkat dapat anak angkat sampai 10 orang. Dekat sini banyak yang first time kalau mau cerita memang panjang berjela-jela. Apa-apa pun pengalaman kat sini sangat best, penuh suka, duka, drama dan air mata. Ewahh dah seperti cerekarama pulak.

Secondly, lepas berkampung di Perak 5 hari I went back to KL again, and stay at my aunt's place dekat Cheras. Saya terpaksa beraya haji dekat KL je, jauh dari family. Tsk tsk. Ini first time saya beraya tanpa family. Baru merancang nak hantar gambar salam perantauan buat tatapan family di kampung bandar, tapi baru perasan ini raya haji bukan raya aidilfitri mana ada ruangan salam perantauan, dan baru juga sedar diri beraya di KL je bukannya dekat Toronto sana. -_-"

Sehari lepas raya saya dah bergerak balik ke kampung pula dekat Sabak Bernam sana for my cousin's wedding. Tolong-tolong apa yang patut. Tolong menyemak dan tolong tengok. Haish apa punya anak dara lah kan? -_- Sebab tu lah saya tak balik rumah raya haji ni. I only meet my parents dekat kampung tu pun lepas sehari saya sampai sana. 

Surprisingly dalam tempoh masa ni berjaya jugak saya harungi hidup tanpa internet. Walaupun tangan gatal mau log in je, tapi duduk dekat rumah orang lah kan takkan lah kerje kau mau terperap dalam bilik menghadap internet je?

Dan saya dengar kawan-kawan saya are having fun here in Kluang masa saya busy ke sana ke mari. Amboi amboi ingat saya jeles ke? I'm also having fun larrr. 

Anyway, now my holiday are just started and I'm gonna fill it with lots lots and lotttss of activity seperti makan, tidur, mengadap astro, tidur balik, bangun makan sambil tengok tv, update belog sikit-sikit, sambung tengok tv, makan dan tidur balik.

Sungguh berfaedah kan?

Lastly, to adik-adik yang nak ambik SPM tu good luck and all the best to you. You all jawab exam elok-elok sementara saya mau enjoyyy dulu. Yelah lepas korang habis exam dan boleh enjoy semester baru saya nak start pulak. -_-"


Esok saya nak pergi berkhidmat masyarakat. Yeay yeay!

So hari ni memang super duper gila busy mengemas, membungkus segala macam barang yang perlu dibawa untuk berkhidmat masyarakat nanti. Saya pergi selama 5 hari tu, jadi sekarang saya tengah pening memikir barang apa yang perlu dibawa dan tak perlu dibawa. Dan saya rasa macam dah ter-over pack la pulak barang-barang, tapi nak buat macam mana kan balik je dari program ni saya kena balik ke kampung pulak lepastu baru pulang ke rumah sendiri. Alangkah bagusnya kalau ada poket doraemon semua barang saya boleh sumbat dalam tu je kemudian saya berlenggang kankung naik bas. Hahaha.


Jadi sepanjang 5 hari berkhidmat masyarakat nanti saya akan menginap dekat rumah family angkat. Sungguh selama ni saya tak pernah pun ikut program dengan family angkat ni jadi sekarang rasa sangat excited nak jumpa family angkat, abang angkat (eh??) kalau ada dan harap-harap diorang ni sporting. 


Baiklah sekarang nak pergi tidur. Jadi kepada semua yang terlibat ke Program Khidmat Masyarakat Pantai Remis, Perak esok

SELAMAT BERKHIDMAT MASYARAKAT!


Excited lah sangat kan

*sebab ambik subjek HE ni lah saya terpaksa pergi ke program khidmat masyarakat ni, menyambut Hari Raya Haji tanpa FAMILY SENDIRI, mengorbankan cuti selama seminggu, berpenat berlemuih sedangkan kawan-kawan lain di Kluang sedang bersuka-ria. Heh!


Mungkin excited cuma mau jumpa abang angkat je kot.


Ok lah babai. Nak pergi tidur. Belog kena tinggal lagi seminggu.


Kebahagiaan dalam kesengsaraan.

Tiba-tiba teringat entri lama yang memang dah lama nak publish, tapi ialah melayu itu mudah lupa kan, maka baru hari ni teringat mau publish. *selain daripada kerosakan laptop yang menjadi penyebab utama.*

Weekend haritu, macam biasa lah kan, saya dengan kengkawan saya pergi bersuka-ria di mencari hiburan di luar. Ialah kan tekanan belajar dari hari Isnin sampai Jumaat. Otak juga memerlukan hiburan. Disebabkan selalu sangat pergi ke Times Square, jadi kitorang decide untuk pergi ke tempat yang jauh sikit dekat Sunway Pyramid. Motifnya sebab dekat sana ada tempat ice skating. Yelah asyik-asyik main bowling lah, tengok wayang lah, shopping lah, sekali-sekala mau jugak buat aktiviti lain. -_-

Tapi sebenarnya saya ragu-ragu jugak nak main ke tak nak ice skating tu. Bukannya apa, tempat ice skating terlalu open sangat, orang yang shopping lalu lalang kat situ mesti akan tengok punya orang main ice skating kat situ. Tambah pulak weekend kan, ofkos la banyak umat manusia  dok main ice-skating jugak. Malu gila okeyy kalau tengah-tengah ber'ice-skating' tu terjatuh ke ape ke, mana saya nak letak saya punya 'water face' ni? Dan sebenarnya *cough cough* saya tak pandai ber'ice-skating' *cough cough*

Tengok kan dah cakap ramai orang. 


Dalam pada fikiran runsing nak pergi main ke tak kan, saya terpandang seorang pekerja ni yang memang gila terer main ice skating. Otak ni pun satu, sepaptutnya memkirkan jawapan kepada persoalan sama ada perlu atau tidak pergi main ice skating, tapi jawapan yang dihasilkan pula adalah 'hensemya mamat ni'. Dang! -_- Ada iras-iras pelakon korea gitu. Iras-iras Shahir AF8 pun ada. Tanpa ragu-ragu lagi terus kata dekat kawan "jom kita main ice skating sekarang!" Memang dasar pantang nampak lelaki hensem kan. Heh tipu je. Itupun sebab kawan-kawan dah ajak banyak kali. Yelah kan, bila lagi nak merasa main ice skating kan. heh heh heh. -_-''

Memang azab jugak lah kan bagi orang yang memang tak pernah main ice-skating pergi meredah main ice-skating dengan kengkawan pun yang rupanya tak pandai ber ice-skating jugak. Jatuh itu memang lumrah. Nak tak nak kena tebalkan jugak lah muka, sebab memikirkan dah lah bayar mahal kena la jugak redah ice-field ni. Tsk. Sekali dalam round ke-3 tu, boleh la pulak dia tutup padang separuh jalan. WTH!!!!??? Dah la tak boleh nak berpaut pada tepi dinding, mau tak mau kena la lalu dekat tengah-tengah padang yang mana  memang failed!*pengsan* Okey kantoi dari round 1st sampai round ke-3 kerjanya asyik berpaut kat tepi dinding je. Tsskkkk. Cuba kau cakap macam mana saya nak ke pintu keluar? Patah balik??!!

Dalam kekalutan tu, tiba-tiba datang lah jejaka iras-iras pelakon korea+Shahir AF8 tu. "Cik tak apa-apa ke?" Dengan suara menggeletar, muka pucat lesi, saya gagahkan juga diri berkata. "Tolong bawa saya ke pintu keluar." "Baiklah cik, mari." Kata jejaka itu sambil menghulurkan tangannya.  Kalau diikutkan boleh je kalau saya nak berpatah balik meredah arus manusia, tapi bila memikirkan si jejaka  yang kacak ini sudah menawarkan bantuannya, maka saya dengan rela menerima sahaja pertolongannya itu. Tanpa berlengah , tangannya saya capai dan lantas dia membawa saya ke pintu keluar. Bagaikan si hero menyelamatkan heroinnya begitulah yang saya rasakan. Macam dalam cerita korea pulak rasanya. Haish haish apa ni, ini bukan drama ini realiti! Dang!

"Terima kasih" Itu sahaja yang mampu saya ucapkan atas pertolongannya. Dah dapat keluar dah cukup baik dah. Semasa hendak berlalu pergi, jejaka itu memanggil "Awak tunggu kejap." Saya berpaling. Eh? "Siapa nama awak? Boleh kita berkenalan?" Awww. Dia nak berkenalan weyhh! Dapat saya rasakan wajah ni memang dah merah sebijik macam tomato dah. Ketika itu masa terasa seperti terhenti seketika, seperti memberi peluang kepada kami merasakan saat indah cinta pandang pertama. Baru saya nak jawab tetiba ada pulak orang panggil dia suruh masuk bertugas semula. Oh ya lupa pulak bahawa dia sebenarnya pekerja di situ. "Emm takpelah. Ambil ni. Ni no fon saya. Saya tunggu mesej dari awak okey." dia senyum sambil mengenyitkan matanya sebelum berlalu pergi menyambung tugasannya...............

















HARHARHAR!

Ha yang ni gambar dia yang saya ambik masa dia beraya dekat rumah saya haritu. Nak bergambar berdua takut kontroversi la pulak. Maklumlah pakwe hensem. Makwe pulak tak berapa nak cantik lepas tu tak reti pulak buat aksi-aksi cute depan kamera. Teehee.


Anyway, lepas kejadian tu memang sumpah taubat saya tak mau lagi pergi main ice skating. 

Oh kitty kitty!

Look at this kitten.


Ahh lenanya tidur. she's cute isn't?
Her name Jiji.
Tehee actually i don't know whether this cat is a he/she.
But everyone assume its a she. :P


 Cakk! Omg geramnya rasa nak cubit je!
This cat no doubt is the luckiest cat in the world.
Why?
Wanna know whose the owner?

Him.

REAL MAN DO LOVES CATS.

And I love cats too.

Looks like we have chemistry eh? :P

Yesterday he officially open  his twitter accound.
OMG OMG OMG KYAAAA~~

Now we are close, but yet soooo far -_-
But at least I can greet good morning or good night directly to him.
Twitter life are so good, unlike FB ehehe. :D


p/s: Kyujong pun dah ada twitter. omg omg. best gila. ahahaha. 
*sambung baca hematology*


Ni cerita raya saya.

Punyalah kan eksaited nya saya nak raya sampai saya tersalah hari ingatkan raya hari Khamis. Haihh. Malunya saya rasa macam nak sorok muka bawah tudung saji. Bawah tudung saji ada ketupat dengan rendang. Sambil menyorok sambil tu kita makan ketupat dengan rendang. Bak kata pepatah sambil menyelam kita minum air ribena kan? Agaknya saya tengok kalendar negara Korea kot tu yang tersasul ingatkan raya hari Khamis. *Eh tapi Korea sambut raya hari apa pun saya tak tau sebenarnya* Dari 1st day puasa lagi kawan-kawan dok bilang raya hari Khamis sampai dekat Facebook pun ada yang kata raya hari Khamis tu yang saya pun dah set dalam minda raya hari Khamis. Mak aihh nasib baik saya perasan lepas dengar pengumuman raya haritu. Aigoo~ kawan-kawan saya ni pun ikut kalendar Korea jugak ke?

Raya kali ni kan boleh dikatakan meriah lah jugak sebab almost semua saudara mara balik beraya di kampung. Rumah nenek memang penuh dengan orang datang beraya pendek kata tak menang tangan nak melayan tetamu! Haha tapi yang tak menang tangan tangan tu bukan saya lah sebab saya ni banyak duduk tengok cerita depan tv atau duduk kat dapur je. Kadang-kadang je keluar ke depan sebab saya tak berapa kenal saudara-mara yang datang tu. Kalau yang dekat-dekat tu kenal lah yang jauh-jauh tu memang tak kenal lah. Tapi dalam kemeriahan raya tu boleh pulak saya terlupa nak ambil gambar. Haihh al-maklumlah time-time raya lah pulak hormon saya tak stabil *cough cough* dengan cuaca kejap panas kejap hujan agak tensi lah saya tapi takpe masalah tu saya dapat atasi. Hoho!

Juadah raya jangan cakap lah. Ketupat, lemang, rendang semua ada. Pendek kata masa puasa perut kempis bila raya perut boroi. Nak-nak pulak bila makan banyak baking powder. Memang makin di pam-pam lah jawabnya. Baking powder kan banyak dalam biskut raya, Selalunya baking powder guna untuk apa? Lu pikirlah sendiri!

Tapi yang paling kelakar ada orang cakap muka saya macam muka orang dah ada boyfriend. :P Ni memang statement tak boleh blah yang buat saya gelak terguling-guling.

Gambar di ambil dari tumblr kawan. =) 

Nak je saya mengaku dia ni boyfriend saya tapi kan saya ni masih lagi berpijak di bumi yang nyata lagi tau. Eh eh saya nak cerita pasal raya kenapa lah saya melalut masuk cerita Kyu Jong ni mungkin sebab over eksaited dia dah buat twitter kut. 

Lagi satu, ada jugak orang ingat saya ni baru tingkatan 5. Cehcehceh sweet 17 ai rupanya. =P Ni macam ada can boleh dapat duit raya lebih je tahun ni. Tetiba saya rasa macam baru buat plastic surgery je. Haihh celah mana yang diorang nampak lainnya muka saya ni yek? 

Sebut pasal duit raya, saya tak sangka saya masih lagi dapat duit raya. :D

"Belajar lagi, kena bagi duit raya"-Sedara cakap.

"Kalau macam tu kita nak belajar je lah tak nak kerja"-ini kazen yang cakap.

HAHAHAHA! Saya pun nak belajar je lah! :P

Raya kali ni kan, saya dengan ibu langsung tak buat kuih raya semua pakat beli je sebab bila buat pun takde siapa nak makan. Tapi bila pergi dekat rumah orang habis pulak kuih raya dia saya bantai. Ada satu rumah ni yang saya pergi dia ada letak biskut coklat yang gila sedap. Dah lah favorite saya tuu. Hampir habis jugak saya makan. Tuan rumah kalau nampak ni mesti Istighfar je dalam hati tengok tetamu dia pelahap gila memang cancel kalau nak dibuat calon menantu.

Cuti raya ni pulak walaupun lama tapi berlambak-lambak lah pulak assignment tak siap-siap lagi. Dah tuan badan busy pergi beraya. Bila on lappy je dah terbukak blog, twitter, tumblr dengan fb lagi lah assignment tu cuma dijeling-jeling manja je. Saya nak azam ni esok nak start buat walaupun esok parent dah plan nak pergi beraya lagi. *pengsan* Tapi kan saya buat rekod jugak tau bila saya tak on lappy seminggu masa dekat kampung padahal broadband bawak je balik. Tu sebab saya boleh tertinggal lah pulak adapter untuk lappy. Ceit! 


Ni je lah gambar raya yang saya ada. Sedihnya tak ambil gambar ceit ceit! Si adik pun tau main handset je bukan reti nak ambik gambar ke apa ke. Ceit ceit! Ni saya dengan kazen-kazen saya. Gambar ni pun curik dari fb dia ni ha.

Apa-apa pun SELAMAT HARI RAYA! Raya kan sebulan, yuk beraya jom. 

p/s: Duit raya kali ni nak simpan nak beli iPhone. :P

Salam Perantauan.

Terasa cepat masa berlalu, tak sedar hari Khamis ni dah nak raya. *mengikut kalendar* So guys, macam mana persiapan korang? Haha. I have been buzy buat persiapan, cari kasut, cari baju, cari tudung, cari bekas kuih, etc etc. Saya dah beli 2 pasang baju plus 2 pasang lagi baju tahun lepas yang tak habis pakai untuk beraya. Ewah ewah beraya sakan nampak ye. Padahal assignment masih tak siap lagi. Sekarang mood raya assignment kita tolak tepi dulu. XD

Okeylah straight to the point, di sini SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA semoga hari raya kali ini disambut dengan meriah dan penuh semangat! Di sini juga SAYA MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON DUIT RAYA eh eh MEMOHON AMPUN DAN MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA, TERSILAP, TERSALAH TERGURAU KASAR etc etc etc. Kita kosong-kosong ye. Kita bukak buku baru lepas raya nanti.

Insyaallah raya kali ini saya akan sambut di kampung di Selangor. Lucky me, my parent berasal dari kampung yang sama so tak jadi masalah berebut nak balik kampung siapa dulu tiap-tiap tahun. Haha. So saya pun kalau boleh nak Encik Masa Hadapan saya berasal dari kampung yang sama jugak. XD 

Okey sekali lagi SELAMAT HARI RAYA! Insyaalah lepas raya nanti I'll be back with more updates. Saya cubalah update sekerap mungkin sampai tensi tangan ini menaip dan tensi jugak kamu nak membaca. Haha! So HAVE FUN GUYS! 

*Berhati-hati kepada sesiapa yang memandu. Dan bergembiralah di hari raya!*

XOXO