Ouch! Saya dah gemok sikit.

Sejak duduk di rumah ni rasa-rasanya dah berkilo-kilo kot lemak menimbun dalam badan. Tiada apa yang lebih produktif yang dilakukan dirumah melainkan menonton tv sepanjang hari. Kalau dulu tak pernah terlintas langsung nak tengok channel National Geographic, sekarang channel ni menjadi pilihan di kala kebosanan.

Menu makanan di rumah pula memang sangat tip-top. Pagi-pagi lagi sudah disediakan nasi goreng bersama ayam goreng. Wah menu pagi dah serupa makan malam je. Makan malam ofkos lah lebih up dari sarapan pagi. Dua ketul ayam goreng beserta rangka goreng maybe? Hehehe.... Ayam goreng memang menu wajib di rumah, which is menu yang paling rare bagi saya kalau duduk dekat kolej. Sedangkan makan nasi bersama lauk sardin je harga boleh sampai RM4++ apetah lagi kalau ambik lauk ayam. You do the maths people. Disebabkan selalu disajikan makanan yang enak-enak dirumah, maka mempercepatkan lagi proses penimbunan lemak di badan. But I'm not complaining it :D

Nafsu makan dirumah memang diluar kawalan. Hey, hey dikolej pun same je bukan. Sedar diri penimbunan lemak dah menjadi-jadi so akal berkata "Marilah berjogging!" Buka rak kasut baru perasan semua kasut sukan dah dibuang sebab menjadi sarang ternakan lipas. Kasut sukan yang lain pula ditinggal di kolej dan tak dibawak balik atas alasan berat. Bangun pagi pun dah pukul 10 pagi, ada hati nak pergi jogging lagi?

Selain daripada menonton tv dan makan, another productive activity that I done is surfing the net. Bukak belog, bukak facebook, reply komen, bukak youtube, stalking @mjjeje at twitter. Hanya berhenti main internet bila adik datang kacau atau ibu jerit-jerit suruh off laptop. Oh masa bukak belog baru realize yang mereka-mereka semua ni ber"girls-day-out". Saya? Lepak-lepak dekat rumah sambil layan tv sambil tidur. Tidur itu kan nikmat. Kalau tak tidur nanti dikata kufur nikmat pula.

Setiap hari asyik ulang rutin harian yang sama. Kadang-kadang je diselitkan dengan aktiviti ke kelas memandu. Kalau tak setiap hari memang dok ulang buat benda yang sama. -_- 
 
Semoga cuti kali ni dapat diserikan dengan pelbagai lagi aktiviti yang lebih produktif. 
 
Sekian,
Yang and gojes
Fay

17 comments:

No name said...

amboi.. mana tak naik.. dok makan ayam jer.. tue baru breakfes.. blom lagi mkn mlm & dinner.. huhuhu...

Hehehe tyme nie lar,, nak mkn puas - puas kn..

Fay said...

Lizzie Yasmin: takpe lepas naik cuti nanti boleh kurus punya. makan bercatu la.

ayumiyoshida said...

haha. samala rutinnya. cuma saya jarang tengok tv sebab tv rosak tak boleh tukar channel lain. pff. internet dah macam tv dah.

Rina Rossoneri said...

samalah, tv pun xlayan okey..layan bila ada cite best je..

Fay said...

ayumiyoshida: wahhh internet laju bolehla..ni internet pun kdg2 pfft!

rossoneri: boleh high-5 dengan saya. :D

Raji and Yeen said...

aah mahal oh ayam goreng kt luar T.T
selalu ak amik kerak dia je
tanpa ayam..
huahuahua dasar kedekut =.=

oh kau cuti ke sekarang ni?

Fay said...

mahal kan? nak tak nak kene makan telur je sampai muka pun dah serupa telur.

yup cuti sekarang ni. :D

lilema_ said...

baik ag dok umah..hoho~ selamat dan bahagia..kalo asek kuar, nti apa org ckp kan..dok jer layan korea lg besh! hik3! gimme 10! XD

WZulhilmi said...

WoW!! aktiviti yg menarik! ak nk join! menternak lemak is the best! tapi lepa stu wajib lah buat tarian mister ataupun hoot.. miahahahahahaha..

Aku pn berharap dpt buat somthing yg bermakna cuti ni..

WZulhilmi said...
This comment has been removed by the author.
Fay said...

ema: yup! keluar rumah nanti jiran2 sebelah dok mengata je. tau l org skrg ni. layan korea pun berfaedah jugak. :P

wzulhilmi: aku nak buat tarian mirotic. awww~ konfem hot

syazidris said...

kan musim sejuk, kena la prepare utk hibernate, hehe <33

jom g genting main ais !

syazidris said...

kan musim sejuk, kena la prepare utk hibernate, hehe <33

jom g genting main ais !

Cikbelog said...

owh saya juga sedang menternak lemak dengan jayanya..badan dah jadik macam tong gas..hadoii

Fay said...

intansyazana: u belanja. i ikut jer. XD

cikbelog: welkem to the club! XD

Iji said...

tahu tapa asai balik rumah je mesti makan banyak.. sebab semuanya dah tersedia.. kalu dok kat kolej tahan2 skit jaga duit.. kekekeke..

Fay said...

Izzie: hahaha tau takpe. :D