Imaginasi saya atau....

Dulu saya sangat suka tengok cerita hantu/seram. Seronok kan? Lagi-lagi kalau tengok sorang-sorang, memang mencabar habis! Dulu saya pernah tengok cerita Ju-on sorang-sorang dekat rumah. Parents keluar,adik pulak sekolah petang masa tu. Tengah-tengah seronok+cemas tengok hantu merangkak keluar, tiba-tiba terdengar ada bunyi orang berjalan kat tingkat atas. Toleh kiri, toleh kanan. Konfem saya sorang  je kat rumah masa tu. OMG! Habis tu, siapa yang berjalan kat atas tadi? (O_O)" Thank god, tak lama lepas tu parents balik.

Sekarang ni macam dah tak berani sangat nak tengok cerita seram. Lagi-lagi lepas masuk universiti ni. Semuanya gara-gara lepas tengok cerita Phobia tu lah. Korang pernah tengok tak? Saya dah tengok dua-dua movie tu. memang seram. Tapi pada saya Phobia yang 1st lagi seram. Seramnya sampai saya tak sanggup lagi nak tengok cerita seram. Lagi-lagi dari Thailand. Memang fobia habis. Nasib baik tengok VCD je bukan tengok dekat wayang. kalau tak buat rugi je, sebab most of the part bukan saya tengok pun. (-.-") Ye la saya ni kedekut sikit bila masuk part duit ni. Kalau boleh everything yang saya spent tu mesti worth. 
Kawan saya boleh bantai lagi gelakkan saya masa tu. Yelah dengan terjerit-jerit suara high-pitchnya sambil sembunyi belakang bantal besar bila hantu keluar. -_-"
Kucing ni pun dah menakutkan.

Bila bercakap pasal cerita hantu ni, saya ada kawan yang suka sangat cerita-cerita pengalaman seram dia dekat hostel. Saya tak pernah duduk hostel dulu, manalah saya tau. Kalau boleh saya tak nak pun bertembung dengan benda-benda ni. Tak best ok, tak best. 

Satu malam dia datang ketuk-ketuk bilik saya dengan kawan saya yang sorang lagi. Ingatkan ada apa. Dah la masa tu nak study sebab nak final. Rupa-rupanya dia nak cerita kisah seram dia. Makin suruh stop, makin menjadi-jadi pulak dia cerita. Jeling-jeling jam dah lepas midnight. Bulu roma dah tegak semacam je dah. Dah la cerita dia tu pasal bilik depan toilet. Lepas tu dia kata dia dengar ada suara panggil-panggil nama dia. Kebetulan bilik saya memang depan toilet. Memang mencarut dalam hati je lah masa tu.

Malam keesokannya, tengah saya dok study sorang-sorang (roomate takde keluar dating), saya rasa seram sejuk semacam. Masa tu mula lah dah fikir bukan-bukan. Teringat pulak cerita kawan saya tu. Tapi saya persetankan je perasaan tu. Tiba-tiba saya dengar ada orang panggil nama saya dari belakang. Saya toleh. Ingatkan kawan saya ke, sebab saya tak kunci pintu masa tu. Toleh-toleh takde orang. Bukak pintu takde orang. Takde fikir panjang, saya terus lari pergi bilik kawan saya tu dengan tinggal bilik tak berkunci, laptop dengan handset bersepah dalam bilik. Nasib baik tak hilang. Sampai bilik dia, dah takde dah mencarut dalam hati, mencarut depan-depan dia terus. Korang cuba la bayangkan perasaan saya macam mana masa tu.

Ini bukan saya. Sekian.

Itu pengalaman saya masa first year dulu. Buat saya tak berani nak pergi toilet tengah-tengah malam sampai seminggu. Lepas tu bila kawan saya tu nak cerita seram dia lagi, saya dah cabut awal-awal.

Beberapa hari lepas, masa saya tengah dok godek-godek blog ni, saya terdengar ada orang ketawa-ketawa. Dalam hati memang dah start mencarut dah. Sape aje yang dok ketawa tengah-tengah malam ni. I was thingking, jiran India depan rumah ni tengah gelak-gelak dok tengok cerita Tamil dia. Tapi bila tengok jam dah pukul 3 pagi. Bila fikir-fikir balik rasa-rasanya jiran India ni kalau ketawa tak la macam yang saya dengar ni. Jarang pulak rasanya tengok diorang stay up sampai pukul 3. Habistu, yang ketawa tadi tu siapa?

T_________T


12 comments:

rossoneri said...

phobia?dari thailand?xpenah tgk.. cam best je...eheee kita pun suka tgk cite antu gak,stiap kali ada movie hantu baru kuar je, gerenti g tgk wayang...tapi kalau cite antu tu dari thailand/indon,jgn harap ler nak tgk...heheheh...

Fay said...

itu pun kawan yg introduce cite tu. dia kate best so tengok lah. lagi pun nak mencabar diri tengok cite yg lebih seram. haha ambik kau. terus taubat tak mau tenggok cite seram lagi

intansyazana said...

bila sy baca entry ni, nak ketawa dibuatnya xDD ntah la, mmg menarik la!

hmm, mungkin tu imaginasi saje? dah dah, pegy tengok dbsk funny videos <3 <3

kalau sy kan... dulu, sy asyik dgr org termuntah aje. tapi sy fikir jiran sebelah tu mengandung aje hehe.. walaupun suara garau, mungkin mak cik tu sakit tekak.

sadly, semua org sy kenal xde cerita seram nak dipinjam. :( tapi sy pernah tgk Long Kong 2!ngantok tgk ><~

WZulhilmi said...

mybe jiran india ko tu bergurau send adi pagi hari kut.. man alh tau.. hahaha. jgn pikir bukan2 nanti ko resah gelisah. sbb dulu aku pun takut jugak masa pergi toilet. bunyi ranting oatah lah apa lah terus pikir bukan2.. tapi sebenarnya binatang je.. LOL!

_fahakyu_ said...

weeeee~

Nihin said...

mula2 okay but bila masuk u, start dok hostel pastu budak2 start dok cerita pasal asrama semua ni.. uisshhh saiko tol.. terus jadi allergik dengan cerita mcm nie.. xleh dengaq, once dah dengaq habih nanti dok imagine.. T_T

btw, ketawa tu jenis yang saiko ka x?? kalu nyaring tu boleh wat pengsan sekejpa kut.. uisshh >.<

Fay said...

@intansyazana: imaginasi ni melampau-lampau

@wzulhilmi: bergurau senda di pagi hari? aku dengar sura ketawa tu satu je kot. -_-

@fahakyu: wooooo~

@nihinn: suara tu tak nyaring. sayup2 je tapi dia berturutan. rasa macam dekat je. -_- huhuhu

ayumiyoshida said...

oh, cerita seram. saya memang tak boleh dengan hantu-hantu ni. fobia sikit. tgk dangerous love dbsk tu pun sembunyi blakang bantal. lagi cerita hantu betul2. haha.

kalau saya yg dengar bunyi tu tak tau nak buat macam mana. seram.

Fakhrur Razi berkata said...

hahahah bnder jadi nih mcm ap yg kita imagine ;P

dlu kwn ak pernah citer ad hantu dop pndng dia dari luar tngkap...
means hntu tu pergi betul2 dpn tingkap tgk org kt dalam rumah..
seram x weh?

aku tpu je =.=
jgn nyesal and pk mcm2 sbb dh terbaca..
huahua!

Fay said...

@ayumiyoshida: dangerous love? memang seram bila dekat part-part junsu dengan changmin. tapi masuk part jae je dah takde seram-seram lagi. :D

@fakhrur razi: amboi sengaja ye. serius aku tak takut ni. *sembunyi bawah selimut*

Atheera said...

phobia best. o tgk dgn kwn2. tak berani rasanya tgk sorg2. boleh pengsan terus kot.
ouch. cerita seram, meremang bulu roma baca.

Fay said...

@atheera: tengok dengan kwn2 pun seram. sorg2 lagi la...-_-