Bermuhasabah diri.

Memandangkan haritu cuma cek result guna sms so tak dapat nak kesan subjek mana yang tarik pointer jatuh berguling-guling nasib baik tak tertimpa tangga tu. Maka perlu say bye bye pada impian nak mencapai dean list pada semester ini. Takpe-takpe ada 3 semester lagi to go, maka kena pulun habis-habisan lagi supaya 3 semester lepas ni DEAN LIST akan tertulis atas result yaww! Kalau dapat walau SATU jer dean list dalam result tu dah boleh bangga dah, dah rasa terer gila dan mantap lah. Bak kata orang.


TAPI apakan daya untuk mencapai dean list di UKM ni memang kena usaha kuat memang tak boleh nak main-main. Kalau main-main result tinggi tu memang stok genius lah tu. Yang pasti tu bukannya saya oh. -_-" Mana tidaknya untuk dapat dean list dekat UKM CGPA kena 3.6 ke atas. Itu baru bercakap pasal pointer, mari bercakap pasal gred pula. Purata markah bagi gred pun dah dinaikkan so thats mean kalau dapat markah tinggi yang betul-betul tinggi giler baru boleh menikmati gred yang bagus iaitu A. Phewww~


Memandangkan haritu pun usaha pun ciput, emosi dengan drama je lebih maka impian nak dapat dean list tu memang dah lama dah tinggal impian. Bukannya tak mengharap, tapi mengharap tu pun kena  la tengok pada usahanya juga. mengharap lebih-lebih nanti jadi over-confident. So redha je la dengan result yang tak seberapa tu. At least lepas tiga tu pun syukur banyak-banyak. :')


So pergi cek dekat portal nak tengok subjek apa la yang slack sangat tu sampai pointer pun jatuh. Yes Immunology macam mana la boleh slack sangat. I think its not only me je yang slack dekat subjek ni sebab ramai lagi yang mengeluh dekat fb pasal subjek ni yang buat pointer jatuh. Tsk tsk.


Kecewa, kecewa jugak, tapi bak kata pepatah life must go on. Ecececeh pandai sekarang bermadah berhelah ye si Fay ni. Jadi dengan ini mulai semester depan saya berazam untuk study awal-awal supaya nanti bila nak dekat exam semua input dah ada dalam kepala tak la nanti blur bila time exam. -_-" Saya juga akan lebihkan buat latihan, yelah kalau dah ada input mesti la kena tau macam mana nak keluarkan output nye kan. Saya juga takakan tidur dalam kelas lagi (heh ye lah tu) tapi tapi wahai lecturer sila la bagi kuliah dengan lebih efektif baru saya tak tidur. -__-" Dan mungkin akan kurang online. Kenapa mungkin di situ wahai Fay?


Ini bukan main-main tau. Walaupun setiap semester buat azam sama tapi tak pernah nya bertahan lama. Bertahan sebulan tu dah kira cukup baik la tu. TAPI saya akan pastikan yang kali ini punya memang menjadi. HWAITING!



10 comments:

Raji and Yeen said...

hohoho bangga oh kalau dpt Dean list
walaupun kt sini xde dean list -.-"
tapi ak rasa msti bangga gle

kalau ad dpt msti aku tayang2 kt blog..
sebab sgt mustahil =.="

WZulhilmi said...

uit kurangkn online Fb je. blogging jgn! LOL!

Fay said...

@raji: huhu aku pun kalau dapat memang tempek result terus kat blog jugak. lepas tu part yg DL tu aku highlight besar2.

eh riak pulak nanti. -_-

@Wzulhilmi: hohoho yolah! XD

Rina Rossoneri said...

hwaiting!

hans said...

tu aku malas nak azam2 tu
bila nak buat memang aku buat
malas nak tetapkan azam
hahahaah

P/S : Apabila Si Gila Bertemu Si 'Gila'! Hans Conan Menyiasat!

Herbalife Coach Fatin Syahirah said...

chayok2!
kita work hard utk dean list nanti!

gambate!
:)

Iji said...

good luck.. mmg nak DL jugak tapi ni my last semester.. adoii mcm hurmm mencabar gak disitu..

ayumiyoshida said...

Hwaiting!

oh tak lama lagi saya pulak dapat result.

*pengsan*

kema said...

wahh result dh kuar ek....tp ats 3 orait ar tuh kan...hii

jom join giveaway~ngehehe

Fay said...

saya akan berusaha pada masa akan dtg. wahh reply semua sekali terus! XD