Sudah jatuh, tak ditimpa tangga tu nasib baik

Semalam tengok cerita Starstruck dekat tv3. OUTDATED gila. Cerita tu dah lama keluar kau baru nak tengok? Nak buat macam mana. Semenjak ayah dah buang channel Disney kat Astro lepastu diganti dengan channel lebih berilmiah seperti National Geographic mana nya lagi nak tengok cerita-cerita macam tu? -_- Dengan harapan bila dah tukar channel ni anaknya akan lebih berilmiah la menonton rancangan-rancangan berunsur keilmuan TAPI kalau dah channel macam ANIMAX, AXN, KBSW tu wujud rancangan berunsur keilmuan apa yang ditengoknya? 

Tengok lama-lama boleh tachycardia

Motif bukan nak cerita pasal tu sebenarnya. Selalunya time-time cuti ni, saya jarang gila guna handset. Kadang-kadang handset sendiri pun tak tau campak kat mana. Bila dah hilang mula la menggelabah cari. Jumpanya nanti dekat celah almari la, bawah katil la, bawah bantal la, dalam toilet je tak pernah ada lagi. Lagipun apa motif bawak handset dalam toilet? Kalau jatuh dlm jamban tu tak ke naya je? -_- Nasib kau la handset. Yelah handset pun model 80-an je. Lagipun apa gunanya handset bila facebook dah ada? Nak ajak pergi makan pun pakai facebook apekes?

Minggu lepas masa tengah godek-godek fb terperasan semua status kawan-kawan kata result keluar 10hb. Ingatkan keluar 13hb sebab check pekeliling sebelum balik kata keluar 13hb. Tapi biasalah kan UKM, "Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa Depan" suka-suka hati dia je lah nak keluarkan result bila. -_- Cuak weh cuak.

Dalam pada kata cuak tu, sempat lagi la melayan movie Starstruck semalam. Bahagia jer tengok Christopher Wilde a.k.a Sterling Knight. Heh ade aku kesah? Tu lah orang tua-tua kata jangan berseronok sangat. Tup tup malam tadi masa bukak fb, semua dah kecoh kata dah boleh cek result tapi pakai sms. Apa ni? Baru 9hb kot -_-. Bila semua orang dah cek, tangan pun gatal la nak cek sama.

Masa nak cek result tu tremor, tachycardia, dyspnoea jangan cakap la. (Hambek kau time-time gini kau ingat pulak term-term saintifik tu, time exam apesal tak ingat haa? -_-") Alhamdulillah. Thats the only thing i can say when i see each grade thats make my total CGPA. Agak jatuh sikit daripada semester lepas, but everything turn out well. Tak sampai target pun. Maybe target tinggi sangat kot. Bak kata pujangga, kalau nak letak target biar tinggi syiling rumah, jangan tinggi melangit nanti susah nak mencapai. Amboi kau pujangga pulak sekarang. Sejak bila ni? Nampaknya sem depan kena pulun habis ni. Ada 3 sem lagi je ni. Dapat ke nak grad degan CGPA 3.5? Ok lepas ni nak tengok rancangan tv yang berilmiah. Asyik tengok hiburan je. Padan muka.

source

*****

Semalam jugak handset ni tetiba je berbunyi non-stop. Selalunya ON segan OFF tak mau je. Kebetulan pulak semalam memang tengah tunggu call kawan. Bila dapat call tu memang terus angkat je la tak pulak nak tengok-tengok sape yang dail.

Pemanggil: Hello, boleh cakap dengan kak Farhana (ewah kawan aku ni, suara kepit-kepit pulak. apehal berakak-akak ni. kan sama baya jer. )
Saya: Ni bukan kak Farhana ni kak Siti Nurhaliza. (nama nak glamer je. tak boleh kalah ingat dia sorang je boleh kenakan orang?) p/s: ye kegemaran dia mengenakan orang sambil buat suara kepit-kepit
Pemanggil: Eh ye ke salah orang ye, bukan kak Farhana ye?
Saya: (Ragu-ragu dah....) Siapa ni?
Pemanggil: Saya Farah yang uruskan pasal Program kat kolej tu.
Saya: ....................................... (-_____-)

Junior la wey. malunya mana nak letak muka 3 bulan ni?  Dah la balik-balik je kolej nak kene settlekan pasal program dengan dia. Haruslah curik topeng Mask Rider macam ni.

Kau dah hensem tak pakai topeng pun takpe T_______T

13 comments:

syufaa said...

hahahaha!! opsss! adui..panas ase muke ni walaupun org len yg merasa malu-malusss

=_="

Lizzie Yasmin said...

habis lar rider nger mask kene curik.. sapa srh ngat siti nurhaliza,.. hahaha..

Fay said...

syufaa: berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. (_ _")

lizzie: itula orang perasan glamer. -_-

nazihahisa said...

hahha kamen rider punya topeng pun kena kebas.power rangers takmo?

mimizuzuhaha said...

pakai topeng shin chan pun ok jgk

intansyazana said...

hahaha, siti nurhaliza gak akak pilih XD simplysiti~

WZulhilmi said...

Malunya!!! - -". Ko pakai lah bedak tebal2 sikit masa awal sem nanti. Senang nak menyamar. ok! stupid idea.

ehem terbatuk2 aku baca Starstruck tuh! LOL!

rossoneri said...

hakhakhakakhak same case with me lah kamu nih..hakhakhakh adeii,xpe mask rider xmarah pun amek topeng dia..

ohhh ukm eh..heheh..sama tempat kita blaja dulu

ayumiyoshida said...

hahaha. sama la kita. time cuti hp tercampak mana-mana. lepas tu selalu tak ada bateri. haha.

Fakhrur Razi berkata said...

hahahaha
segan gle =.="
tapi awat dia pnggil kakak?
pergurus progrm tu kecil lagi ker?
hohoho

Fay said...

nazihahisa: kamen raider nampak cun sikit.

mimizuzuhaha: err...nak pakai topeng sizuka lah.

intansyazana: nanti kalau cakap BoA nampak sangat tipu. LOL!

WZulhilmi: bad idea. sebab aku memang pakai bedak tebal gi kelas. :P Blog ko glamer kan? Aku jakun jap bila tengok kat tv semalam. :D

rossoneri: woahhh...alumni la ni. :)

ayumiyoshida: bila dah takde bateri x dpt cari lagi menggelabah. HAHAHA

Fakhrur razi: x la kecik sangat. tapi sebab aku senior... -_-

A.D.A.M. said...

Hahaha. Rancangan ayah GAGAL nampaknye. -.-

Haruslah amik topeng kamen rider. Nak yg mane satu?

Fay said...

ye gagal sama sekali. haha. tengok result pun dah tau. :D

nak kamen rider yg kat atas ni la. topeng dia cun sikit. :P