My name is FAY and I'm not a terrorist

Dalam kelas ada 81 orang. 81 ke 82 tak ingat lah. Tapi 80 orang ke atas lah gitu. Ramai kan? Masa awal-awal semester 1 dulu lagi ramai, 100++ orang gitu. Tapi lepas seminggu je sorang-sorang blah. Ada yang tukar course, ada yang pergi obersi. Saya je yang masih stay kat situ. Sebab i love biomedic yaww! Yang ini benar okey. ._.

Kalau dah satu kelas tu 80 orang memang konfem-konfem lah payah nak ingat nama sorang-sorang. Lagi-lagi kalau dah nama tu berbelit-belit payah nak menyebutnya. Satu advantage juga. Sebab bila dah ramai, lecturer tak cam muka lepastu tak ingat nama. Lagi-lagi kalau yang jenis senyap, waktu lecturer mengajar pun tunduk je pura-pura tekun menulis padahal tidur. -_-" Memang jarang kena aim dalam kelas. Yang otai-otai tu nasib korang la.

Bila dah sekelas kalau tak ingat nama masig-masing, ahh nanti orang kata kera sumbang pula. So berbekalkan semangat KALAU KAU BOLEH INGAT NAMA ARTIS KOREA YANG BERBELIT-BELIT SUSAH NAK SEBUT TU TAKKAN LAH KAU TAK MAMPU NAK INGAT NAMA RAKAN SEKELAS SENDIRI. -_-" Heh. Dapat jugak nak ingat nama sorang-sorang.

Tapi ialah kan, dengan orang yang ada ingatan nenek macam saya ni, kadang-kadang boleh tersasul juga. Ada sekali haritu waktu tengah meeting projek, boleh la pulak tersasul tersalah panggil nama orang lain pandang muka orang lain. Dengan muka PENUH KONFIDEN pulak tu. Dah satu group senyap pandang satu sama lain, lepas tu pakat gelak berjemaah. Malu tak malu. Mana nak letak I punya water face ni?

Kadang-kadang pulak jenis saya ni suka-suka hati je nak panggil orang apa. Eh bukan bagi nama gelaran yang bukan-bukan la. Contoh ada kawan nama Amira. Kawan-kawan lain panggil di Am tapi suka-suka hati je saya panggil dia Mira. Eh tapi Mira lagi sweet kan. Hehe.

Haritu waktu program khidmat masyarakat dekat Perak, saya kena syif klinikal dengan coursemate saya ni. Orangnya boleh tahan la hensem, tapi unavailable. Sebenarnya tak sedih pun part tu. Waktu  tu ada borang klinikal yang kitorang kena isi nama orang-orang yang bertugas. Sebab konfius spelling nama dia so pergila tanya dia, "Eh ejaan nama you macam ni ye?". Sekali dia sound "Dah tiga tahun satu kelas pun takkan you tak tahu nama I." Eh eh dia ni. Orang tanya ejaan nama lah, bukannya orang tak tau nama kau. -_-

Masa tu memang tak puas hati. Dah la kene sound depan patient. Jadi sebagai tanda tak puas hati lepas tu saya pergi tanya dia balik. "Habis tu, you tau tak nama I siapa?" Dia diam, diam dan diam. *bunyi cengkerik* -______-

Masa ni la nak sound dia balik, "Heh, you dah tiga tahun satu kelas dengan I pun tak tau ke nama I siapa?"

Agak-agak kalau cakap nama I Selena Gomez mesti dia percaya kan? HAHAHAHA.

Btw, ramai tak percaya kalau saya cakap saya ni femes,

 

Nama je la, orangnya tak. T______T


17 comments:

syufaa said...

hahahaha! rmai gileeee! memang la takde nye nak ngapal2 name org nehh..silap2 tiap ari name sume org bertukar2!! :DDD

_fahakyu_ said...

waaa sisfay farhana oo farhana xpasal2 karok kat cni plak XDD

kema said...

hahaha~...saya ingat name cozmate saya yg 79 org tuh...*skemanye bersaya2 neh*..

tp ingt nme panggilan lah fullname haremmm lah nk ingt sume..pecah otak neh nti

intansyazana said...

terlalu ramai...terlalu ramai... XD

kalau tak kenal nama mesti ckp "weyh weyh!"

Fay said...

@syufaa: tak le ngapal nama bulat2. ngapal nama panggilan je. eheh.

@faha: woah woah karaoke ye. tau tadi letak bayaran. :P

@kema: ofkos la. kalau aku hafal fullname siap nama parents lagi tu mmg spesel la org tu. hoho

@intansyazana: selalunye mcm tu je. haha dah 80 ni kurang sikit masa 100 haritu belit jugak otak nak ngapal

mijieywardie said...

my name is G and i'm not a terrorist.. :P

Fay said...

oh same with me larrr

Fakhrur Razi berkata said...

hohoho bila dh biasa baru igt ;P
tapi aah nama org2 korea susah gle nk igt berbanding jepun =.="

Fay said...

a'ah kekadang berbelit je. aku lagi prefer nama org jepun. ehh sebenarnye aku lagi suke jepun dari korea lah. hahahaha

WZulhilmi said...

Wow nama glamer Fay tapi sebenarnya Farhana! Kikiki.. sama lah mcm aku, bkn ingat pun nama org, tapi org ingat nama aku. pelik betul!

Fay said...

i kan artis kene ade nama glamer ni. hohohoho!

A.D.A.M. said...

nak panggil farhana la. BYE, BYE FAY. :P

Fay said...

hoho sukehati kamu la. hahaha!

rossoneri said...

farhana o farhanaaaa

CT AiSYaH said...

Wahh, tajuk entry mcm tajuk movie laa.. :P

pikakitty said...

^^ Farhana :D same as my little sis name...awww best nya kelas sampai 80+!
saya punya kelas ada satu subject tu,2 orang je,apa kes?! ^^ harharharhar

Fay said...

rossoneri: yes may i help you? :P

ct aisyah: because i'm famous. :D

pikakitty: 2 org je? sikitnye. best satu kelas ramai-ramai. perangai pun mcm2. :D