Sebelum tidur gosok gigi, basuh kaki.

Itulah yang mak ayah kita selalu pesan. Diorang cakap kalau sebelum tidur tak gosok gigi nanti gigi keluar ulat, lepas tu ulat tu nanti pergi makan korang punya gigi sebab tu la nanti gigi berlubang. -_- Kalau tak basuh kaki pulak nanti malam tidur mengigau. TAPI kan, kalau dah penat sangat memang dah takde fikir ape dah. Mata dah nampak katil je dah, takde maknanya la nak gosok gigi, basuh kaki semua. Sudah la tu, tidur mati tak ingat dunia, bangun pun lambat. Tsk tsk. Okey kepada bakal mak mertua berpotensi, boleh tinggalkan blog ni sekarang.

sumber gambar dari sini

Eh? Tapi betul ke orang kata kalau tidur tak basuh kaki nanti mimpi buruk? So far, kalau tidur basuh kaki pun still boleh dapat mimpi buruk jugak. Lagi-lagilah kalau tengok cerita seram sebelum tidur tu. That's why la cerita seram is a no no for me. Kadang-kadang bila bangun pagi je tengok tangan dengan kaki bercalar-balar. Huh WTH? Dari mana datang nya calar-balar tu? Mitos kawan mengatakan waktu tidur tu memang mimpi tu betul-betul berlaku, contoh kalau kau mimpi masuk hutan, memang betul-betul la roh kau masuk hutan. O_O" Itu mitos je, sahih ke tak tak tau la. Bila fikir logik kan, yelah apa kaitan mimpi masuk hutan dengan tangan bercalar-balar? *Padahal tak sedar diri sendiri tidur ganas sampai tercalar-calar kulit sendiri. (_ _")*

Hmm, semenjak dua menjak ni dah lama bebenar rasanya tak mimpi yang bukan-bukan. Ke bangun-bangun je terus lupa? Entahla. Bagusla. Kalau dapat mimpi yang seronok takpe jugak. Kalau dapat mimpi yang tak seronok? Menganggu konsentrasi je tak sudah.

Pernah sekali termimpi yang laptop housemate rosak. rosak pulak bukan jenis yang sikit-sikit. Rosak banyak sekali sampai tak boleh guna. Dalam mimpi macam real je. Sekali mimpi rupanya.  Pulak tu mimpi masa tidur siang. Orang kata mainan syaitan jer. Tak lama lepas tu memang betul laptop housemate tu rosak. Rosak yang gila-gila rosak sampai tak boleh dibaiki. T__T Mimpi macam ni memang la jenis yang menakutkan. Tiba-tiba jadi kenyataan la pulak.

Tadi malam mimpi nenek carikan jodoh pulak. Bukan satu tapi EMPAT! *pengsan* Kalau yang ni jadi kenyataan tak tau la nak cakap macam mana. -_-

p/s: Orang kata mimpi ni biasanya bawak petanda. Contoh kalau mimpi kena patuk dengan ular maknanya dia nak kahwin la tak lama lagi. Heh? Tapi kawan rasanya macam dah dapat mimpi dipatuk ular berkali-kali kot, sampai sekarang single and available lagi gitu. Macam mana pulak kes dia ni? O_O

17 comments:

WZulhilmi said...

dh lama tak mimpi... mesti mikpi yang senang lupa.. Uit apa pulak maskud kalau mimpi ada 2 ular gedabak beso! dalm mimpi kita?? Gila scary..

baca ayat tiga qul lebih mustajab.. Waahahah!

Fay said...

entah? aku bukan pakar benor dlm hal2 mentafsir mimpi ni. kalau mimpi dipatuk ular menas ko nak kahwin ade dua ular maknanya ko bakal kahwin dua ke?


just kidding. =.=

intansyazana said...

tapi fay.. kita plak sentiasa mimpi baik.. jumpa taemin, onew, heechul..

tapi x menjadi jadi pun T____T

Yang gosok gigi tu mmg wajib sbb xmau gigi nmpk berkarat, kuning ack!

klau basuh kaki mmg bnyk ngigau cuma awk tak ingat ^^~

Fay said...

hahaha banyak kali mimpi jumpa jaejoong. memang tak menjadi. i guess certain2 mimpi je kot. :D

A.D.A.M. said...

hahaha. mimpi yg TAK JADI, sume mimpi yang kita NAK sangat jadi. :P

enyheartsdiamond said...

masuk blog ney, blog ketiga bercerita ttg mimpi.. rindu lah nak mimpi merepek2 :DDD

Fakhrur Razi berkata said...

ular cepat lah datang patuk aku dalam mimpi...
huahua xD

miyoshu212 said...

hahaha...gambar taley blah...ni budak2 takleh tgk...nnt bleh bwj ngigau... :P

ayumiyoshida said...

hahahaha. mimpi kawin 4 ke. tunggu minggu depan ada makcik datang bawak 4 anak lelaki dia suruh pilih satu. hahaha

Umie Nadhirah said...

Best oo klo mimpi makan2.HAHA!
Mimpi mlm td tu yang klaka XD HAHA..

Empat wooo..:0

Judiene said...

Hurmm, as far as I can remember, rasenye takde lagi mimpi yang jadi kenyataan berlaku kat I.
Huhu, mainan tido je tu kot.

p/s: thanks coz sudi singgah blog I.

:)

Rara Nasiha said...

mimpi pelik2 tu ada. tapi belum jadi kenyataan. harap2 tak la. kalau mimpi2 yang indah jadi kenyataan, takpe. hehe :)

Liana Ryan said...

Dah basuh kaki pun masih dapat bad dream jugak.. huhu.. tapi tak ape.. janji reality best ^^

Fay said...

@Adam: nak mimpi jadi kaya la macam ni. -_-

@eny: hoho..mimpi yg i dapat ni lagi merepek. :P

@Fakhrur razi: kalau ular x dtg dlm mimpi, aku bg ular betul la. mau?

@miyoshu: hmm, ni kene buat parental guidance ni.

@ayumiyoshida: mintak2 satu tu encik mjjeje

@Umi: 4 tu pening nak pilih. haha

@judiene: kebetulan je tu. haha ok. :P

@rara nasiha: haha sape yg x nak kan? :D

@Liana ryan: kaki x basuh bersih la tu :D

syufaa said...

hahaha..selalu org ckp cmni kat sayee..

"kau kalau lapar baek makan, nanti roh kau gi cari makanan, tak balik-balik baru tauuu!"

cisss! ni org nak bg saye gemuk! =_="

♥ LaDy_mYx ♥ said...

hmmmmmm, my dream was the weirdest, someone's running behind me and wanna kill me @.@

Fay said...

syufaa: fuhhh. saje je kawan kamu tuh!

lady_myx: i had that dream before.