Pengembaraan ke rumah hantu

Oh ye hari ni si adik pergi keluar tengok wayang dengan BFF dia. Katanya pergi tengok cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah". Amboi adik-adik zaman sekarang ni umur 16 pon dah pandai jejak panggung wayang. Eh ialah zaman dah berubah, dunia dah maju apa yang nak heran? Saya macam biasalah dok rumah menternak lemak hari-hari. Bukannya takde geng nak keluar tapi massalahnya poket nye pulak tak bagi kerjasama. Tsk tsk. Pakcik sponsor bila nak bagi duit ni? Sekarang ni dah la tengah Year End Sale sana sini. -.-


Balik pada cerita wayang tadi. Adik kata cerita tu kelakar. Boleh imejin dah mesti dia ketawa terbahak-bahak mengilai mengalahkan hantu dalam wayang tadi. -_- *nasib kau tak baca blog along ni. hahahaha!* Haritu masa tengok cerita Ngangkung dia boleh bantai gelak bagai nak gila sorang-sorang padahal orang lain takde la gelak sangat. (Ke sebab tak ramai orang dalam panggung tu?)  Ape yang lawaknye pun tak taulah. Kawan yang dok sebelah boleh siap tertidur lagi kot. =.= Tapi masa scene yang ada hantu tiba-tiba keluar tu rasa macam nak tercabut jantung jugak lah. Nasib baik tengok ramai-ramai, kene la kontrol macho sikit. Kalau tengok sorang-sorang mau terjerit gamaknye. 


Ada sape-sape pernah masuk hounted house tak? Bahasa Melayu nya rumah hantu lah. Yang selalu ada masa funfair, kalau tak pun masa Hari Kokurikulum. Rumah hantu ni memang femes kot time hari Ko-ko sekolah dulu. Memang konfem dapat kutipan tertinggi punya. Masa kecik-kecik dulu ada satu  auta yang kawan cakap. Dia kata semua hantu dalam rumah hantu tu hantu betul. hantu betul okey. Yang jenis stok makan budak punya. Demmit memang saiko betul punya budak. Dah la boleh percaya pulak tu. Jahil betul pemikiran.




Tak ingat la bila, rasa dalam form 4 kot, ada kawan ajak masuk rumah hantu masa hari ko-ko. Teruja habis sebab setiap tahun terlepas je nak pergi. Teruja-teruja jugak dalam hati dah kecut sebenarnya. Duhh. Padahal waktu siang je pun, yang jadi hantu tu pun dah sah-sah la kawan satu sekolah kot. -_-" 


Nampak macam seram je sebab ada satu group ni baru masuk je dah terjerit terpekik siap terlanggar pinggu macam nak roboh je. Sheeshh. Dah la tu lama pulak diorang kat dalam tu dengan dok terjerit-jerit bagai. jantung memang dah dup dap dup dap. Muka pucat kalau toreh pun memang takde darah la.


Sampai turn, masuk-masuk je dah ada "hantu" tunggu tepi pintu. Tapi nasib baik la kawan ni berani dia boleh hi hi bye bye lagi dengan hantu tu. Dalam tu memang gelap tak nampak apa-apa. standard la dah kata rumah hantu kan? Apa barang rumah hantu terang benderang? Lepastu entah dari mana entah ada la seorang hantu ni datang, si kawan ni terperanjat sampai tertendang si hantu ni. Dia dah la ada taekwando tali pinggang tak tau kaler ape memang nasib kau la. Sape suruh takutkan orang harharhar.


Tapi lepastu memang senyap. Takde barang seorang hantu pun keluar. Kitorang keluar tu pun lepas ada orang tunjukkan jalan (sebab rumah hantu tu dah dibah jadi rumah sesat jugak). Sampai dia pun pelik kenapa kitorang tak menjerit sangat tak macam budak-budak lain. =.=

*sangat takde motif. lantak la.*

5 comments:

WZulhilmi said...

Semua hantu takut nk kuar sbb nanti kena terajang dgn kawan ko tu, hahaha.

Ak sekali je pernah masuk. Love the thrill! LOL.

Raji berkata said...

hahaha
aku dlu pernah jadi hantu kt rumah hantu ;D
mmg horror siap letak keranda pinjam kt surau lgik =.="

tapi the best part is,
masa waktu malam sebelum hari kantin tu,
ktorg kena dtg sbb wat preparation..
bygkan je lah ktorg masuk rumah hantu mlm tu =.="
seriously cuak gle >.<"
(esoknya ktorg plak yg takutkan org.. so adil lah kan)

kema said...

eh eh...ak ingt time tuh...tp sape ek yg terajang "hantu" tuh ek ..tak ingt lak...

ayumiyoshida said...

hahaha.
teringat cerita sepupu.
clasmate dia menangis nangis sebab lebam2,bengkak kena blasah sebab jadi hantu untuk rumah hantu dia orang.

hantu lagi takut dengan orang.

hans said...

hahahaha
aku paling suka masuk rumah hantu dekat funfair
kitaornag yg takutkan hantu tu
hehehehe

P/S : Apabila Si Gila Bertemu Si 'Gila'! Hans Conan Menyiasat!