Kisah saya dan World Cup.

Ini kalau jadi tajuk soalan exam, memang konfem-konfem fail. Mau kena repeat paper berkali-kali baru lulus. Ataupun tak lulus langsung sebab seriously tuan punya badan ni memang tak tahu macam mana nak kaitkan kisah hidup dia dengan World Cup. Memang kalau mengikut hukum alam, seorang perempuan tak akan meminati perlawanan bola, kalau dia minat pun mungkn sebab dia tengok pemain bola bukan perlawanan bola. Tapi sekarang zaman sudah moden kan, perempuan dah sama taraf dengan lelaki, maka tak hairanlah kalau memang betul pun ada perempuan yang mina bola. Tapi sesungguhnya itu bukan saya. Saya sangat fail dalam subjek ni.
 
Tapi sebab dah ada orang bertanya kan, kenalah jawab. Ini sebenarnya tag.
 
Kalau tak silap saya, saya pernah lah buat satu entri mengenai World Cup. Boleh baca sini. Tapi takpelah bersempena dengan pengakhiran musim World Cup pagi nanti apa salahnya saya imbas kembali kisah saya dan World Cup.
 
Macam saya dah cakap dulu, saya kaki bangku dan saya memang tak minat segala jenis sukan lagi-lagi bola. Padanlah kamu ni makin tembam Fay. Malas bersenam.
 
Tapi masa tahun 2002, musim World Cup lah, almost all of my friend semua tengok bola. I'm not sure dioragn really tengok match tu ataupun sebenarnya tengok player sebab mostly bila tanya, "Kau sokong team mana?" Jawapan diorang mesti macam ni

Aku sokong Team England sebab ada Beckham.

Ini contoh je. Bila dah hampir semua kawan-kawan tengok bola, maka terpaksalah ikut tengok jugak, kalau tak nanti jadi kera sumbang jawabnya. Tengok betapa besarnya pengaruh rakan sebaya dalam hidup saya, dari tak pernah tengok bola akhirnya tengok bola. Team pilihan masa tu Jepun, Korea Selatan, Jerman dan Turki. Sebab saya rasa team-team ni je yang best dan plus team Turki masa tu ada Ilhan Mansiz.


Inilah dia. Femes dia masa tu sampai sepupu pun namakan anak dia dengan nama pemain bola ni. 
 
Actually saya pun tak kenal sangat dia, tapi sebab kawan baik memang sangat suka dengan dia dulu, maka turut terminat lah jugak. Kalau dah hari-hari dia cerita pasal player ni, mana tak minatnya. Nampak tak pengaruh rakan di sini sekali lagi? 

Nasib baik bila dia ceita pasal boyfriend dia, saya tak ter-minat kat boyfriend dia. Kalau tak lagi haru. -_-

Sekarang ni kalau orang tanya pasal World Cup, memang cakap minatlah jugak, tapi tak lah fanatik sangat. Tapi geram jugak Jerman kalah haritu. Rasa nak bakar je Paul si sotong tu.


Hey PAUL BERTAUBATLAH KAMU SEBELUM TERLAMBAT.
 
Eh silap, untuk manusia-manusia yang percaya sangat pada si sotong ni.  MEMPERCAYAI RAMALAN SOTONG ADALAH BERDOSA. (Macam ada orang pernah post video dengan tajuk mcam ni kat facebook lah.)


7 comments:

xazryx said...

jgn percaya dgn ramalan sotong lembik tu .khurafat .hahaa .

kema said...

usai tugasan neh...congrtz!!!
haha~ awat gmbo ilhan mansiz pujaan ai mcm owg zmn 70an lak neh

panda said...

saya sokong jerman!! tetibe kan.. ahaha... xjd juara pun tmpt ke3 pun jd la...lalalalala....
peduli apa sama si sotong... goreng pon sodap...heee~~~

aimee said...

saya sokong Holland sebab ada Van Persie. hehe..

UknoWana said...

sokong german sebab ade Lahm! encem seyh! wakakaka... nak masak sambal sotong la, mkn ngn nasi lemak! mak ai! sodap!

WZulhilmi said...

tag jenis apa nih?? tak pernah ku lihat..

Btw final WC mlm tadi aku tak tgk pun.. Hahaha.. besok nk kelas kan.. Klu tak d epun aku maleh nk tgk.. Wakakaka~~~~

Btw aku pun not really good in sports/ Tapi aku reti buat tarian lupin!!! wakakakakaaka

Fay said...

xazryx: sotong tu kalau bg kucing makan lagi best.

kema: ai kan student yg bakal dapat 4flat tu. x taulah nape gambar die cenggitu

yati; saya nak jerman juara. *nak bakar si paul tu*

aimee: x kira jerman jugak.

suhaisweet: haii!

wana: haha saya x tau lah. suke bendera die kot

wzulhilmi: oh ni tag terbaru sempena WC je. tibe2 cik kema tag. mls aku nak tag org haha! reti tarian lupin? ko reti tarian Gee x? :P