Hari pertama semester saya. Oh sunggh skema.

Hai people.

Hari ni kelas start pukul 8 pagi. Taklimat je, tapi sebab dah kena warning awal-awal dengan Ketua Jabatan kena lah pergi. Kalau ikut nak ponteng je. Haha adik-adik 1st year sila tiru macam saya. Punyalah saya eksaited kan nak start kuliah, pagi-pagi pukul 7.30 lagi dah terpacak dah dekat DK1. Orang kata 1st day tu penting, macam 1st impression lah jugak, so walau macam mana malas pun kena pergi kan. 

Padahal taklimat pukul 8 tu untuk 1st year je. Untuk year lain pukul 9. Kawan-kawan lain selamba je datang pukul 9, ada yang tak datang pun. Senior pun lewat. Haihh. Kira saya ni senior contoh jugak lah untuk junior sebab datang awal kan. Hee~

Saya tengok kan junior-junior baru ni, terutamanya lelaki lah kan sangat handsome and kiut. Ni yang rasa macam nak jadi junior balik ni. :D

Lepas taklimat saya pergilah tengok jadual dekat pejabat, sambil nak jumpa mentor sekali. Sebagai pelajar contoh kena lah pergi jumpa mentor hari pertama perkuliahan kan. Memang kuat perasan betul lah kamu ni Fay. Padahal selalunya tunggu dia panggil baru nak pergi jumpa. 

Dan hari ni kan ada mentor kawan saya tanya result teruk sebab selalu tengok cerita Korea ke? Terpana seketika. Dahlah kitorang selalu penuhkan wall FB masing-masing pasal Korea. Ni lah padahnya kalau pergi add lecturer sendiri kat FB. Agak-agaknya lecturer tu baca tak blog ni? Haihh. Kalau dia baca mesti dia lagi terkejut tengok isi kandungan blog ni. Tapi Dr, tak salahkan kitorang minat Korea, kalau kitorang minat benda lain tak ke haru gitu.

Hari ni jugak baru dapat tau konfem nya sebelum final takde study week. Lepastu ada attachment kat HUKM sebulan. Jam kredit sem ni pulak 21, 4 subjek daripadanya carry 4 jam kredit. Lab pulak berlambak-lambak mesti busy dengan lab report semua. Ambik kau Fay, takde masa nak honeymoon, joli sana joli sini dah.

Anyway, selamat memulakan semester baru ye pada yang baru nak mula semester tu. Selamat belajar. Lepas ni saya kena jadi nerd, skema balik dah tu pasal tajuk post pun nak skema-skema semua. Haha! 

9 comments:

SweetyMui2 said...

ai pun minat kpop jpop gak..bnda ni affect result??xlah :)

Fay said...

haha taklah. cuma lec tu tanye je kenapa result teruk. hee~

WZulhilmi said...

Gila ko kredit 21!!! banyak tuh!!! Gud luck lah ye..

Btw sempat lagi tgk junior2 hensem ek.. hahaha

Fay said...

ini kurang dahsyat nih. aku pernah ade kredit sampai 24. mau tak nazak aku sem tu. huhu.. thanKYU i'll try my best. haha!

aku kan miang sempat je aku mengusha. cuci mata katekann.

xazryx said...

haahah .best tu jd skema .

Fay said...

tak best tak best. :D

Nas said...

lme x singgah..ehehe..sme gak bz gak...tp curik mase nak update...ehehe
mmg pon junior ramai yg kiut2..ehhee

Umie Nadhirah said...

Junior memang banyak hensem,sebab baru masuk,muka suci je..HAHA.

ishiko said...

gud lark on new sem!!!