Keluhan pelajar universiti

Bila dah balik semula ke kampus kan semangat nak update blog terus hilang. Kalau dekat rumah kalau boleh satu hari nak letak 5 entri sekali gus. Macamlah tiada hari esok nak berblog. Kalau takde idea sangat copy je video dekat Youtube, lepas tu letak je dekat blog. Har har har. Semangat bila balik kampus pun nak update blog hari-hari jugak, sebab nak catch up entri kawan-kawan. Tapi lain pulak jadinya, bila baru nak menaip je otak terus blur. Idea yang berlambak-lambak terus hilang. Kosong.

Alasan busy. Memang bakal busy pun bila tengok jadual memang penuh lab memanjang je. Memang bakal jadi budak skema lepas ni. Belum masa nak menghadap mukabuku lagi. Weekend of course lah nak pergi beronggeng lagi kan. Memang blog ni macam bakal gulung tikar macam blog yang lepas kot. Okeylah okeylah tak mau lah gulung tikar. Buat penat je set up blog bagai tetiba nak bungkus macam tu je. Baiklah baiklah I end up lah keluhan ni, mesti bosan korang baca. Kalau dah saya baca pun bosan, yang membaca pun lagi-lagilah bosan.

Macam yang saya cerita lepas, hari Sabtu haritu saya telah berjaya mendaftar di kolej dengan jayanya. Semester ni macam semester lepas jugak lah dapat duduk apartmen yang besar lagi mewah, siap kolam renang lagi dan dikelilingi oleh jiran-jiran yang kacak *cough cough*. Kemudahan semua memang tip-top, nak naik lif kena pakai flash card lagi. Tempat korang ada ke? Haha! Tapi satu je lah masalahnya, dekat sini takde WI-FI!! Tempat dah cun, tapi takde WI-FI pulak. Macam ASDFGHJ je lah rasanya.

Sesunguhnya kemudahan internet adalah sangat penting bagi pelajar universiti macam saya ni. Nak-nak pulak bila semua nota kuliah nak masuk dalam Portal Pelajar lah bagai. Memang menjunjung matlamat celik IT betul. Belum lagi nak cari rujukan nak buat ASSignment. Nota tambahan dari internet. Al-maklumlah, belajar di universiti bukannya macam belajar dekat sekolah. Kalau dekat sekolah nota semua cikgu bagi, comlpete tinggal hafal je konfem-konfem A+. Dekat kampus ni nota lecturer cuma sebaris je, kalau tulis sjeibik-sejibik jawapan macam dalam nota lecturer jangan kata A+, D pun belum tentu dapat. Haihh.

Solution? Belilah broadband. Walaupun kadang-kadang line memang macam ASDFGHJK tapi at least dapat membantu bila time-time sesak. Pernah sekali, class rep buat pengumuman pembatalan kelas melalui facebook. nasib baik masa tu terbukak facebook, kalau tak mesti dah terpacak kat DK jadi penunggu DK. Dapat jugak lah inform kawan-kawan yang tak tau. Haihh. -_-

Sekarang ni kan dah banyak pilihan broadband. Ada Celcom, Digi, Maxis tapi dekat sini saya nak promote Digi Broadband sebab saya dapat 2nd Buffered earning! Macam tak percaya je lah ye, sebab dah seminggu ni macam kurang berblog, blogwalking pun tak, pergi jenguk blog-blog yang di follow pun tak sangat. Tapi dah rezeki pun I terima je lah. Wee~


Tengok macam menarik je kan? Yang best bila pakai broadband ni, mobility senang. Ceh ceh ceh mobility, baru semalam jumpa word ni dekat kelas Imunology nak jugak letak kat blog. Means, korang boleh bawak benda ni ke mana-mana, cucuk dekat mana-mana laptop atau PC. Tengok, kalau pakai DIGI siap dapat modem free lagi.


Fuh siap ada FREE unlimited songs download lagi gitu. Buat penggemar-penggemar music macam saya ni mesti suka. To me, no music, no life. Nak study pun kena dengar music dulu, kalau tak baru je baca ayat pertama dah terlentok atas meja dah. DIGI ni ada 3 package. Boleh pilih package yang paling murah kalau bajet terhad (terutamanya student). Tapi kena bare in mind lah, untuk package murah jangan lah download banyak-banyak sangat. Once you download banyak sangat (terutama drama) yang file nye besar-besar, memang speed akan kurang. Silap-silap boleh kena block.

So lepas ni dah takde lah keluhan takde internet nak siapkan ASSignment semua. Bukan ke setiap problem, mesti ada solution nya kan. Haha! Dan apa lagi silalah klik-klik itu iklan kalau nampak kan. Boleh bantu saya nak bayar bil broadband. Yelah dah duduk tempat mewah ingat sewa murah ke? -_-"


8 comments:

1 said...

haha..for a happy life u just need internet..pkai broadband jng lupa check mana ad coverage..kalau beli tapi xde coverage xleyh pkai jugak kn..


Post-post baru faiz!
Lawatan sambil belajar ke..
Template header Percuma!
Newbie pun boleh dapat trafik

jfook said...

Congrats for the 2nd buffered earning!

UknoWana said...

waaa...sama la! bilik baru wi-fi signal low!

WZulhilmi said...

Kenapa ASSignment tu mcm ditekan2 pulak perkataan Ass tu...hahhaa =P

Aida said...

haha.
betul tu.
bila balik kampus je, mesti tak de idea nak tulis entry.
dah excited da dpn lappy. konon nak tulis entry.
tp, bukak je, terkebil kebil jadinya.
huhuhu..

2nd buffered?
bestnye.
aida satu pon tak dpt lagi.
huhu.

Nas said...

eiks..ader aida my classmate isini..
ahahahah
tempat ko xde wifi???
agak pelik..tapi tmpat aku pon xde..just ader kat bikik study blok B..jauh dari blok F aku...huhu..
so aku gne wimax orang...kuang2:)

Anonymous said...

biasalah, student life. kalau tak bz, tak sah. sekarang ni pn assignment dah belambak.

Razman said...

ok betul cakap kau. bosan. eh, terjujur pula aku. haha