Hidup ini memang penuh dengan kejutan yang tak dijangka.

Terasa macam dah lama tak menaip di sini. Hujung-hujung minggu tuan punya blog  biasanya busy nak siapkan ASSignmen yang due next week pergi beronggeng, maka terbiarlah blog menguruskan diri sendiri. Hyperbola sungguh. Minggu ni belum ada ASSignment. Tengoklah minggu depan, macam dah boleh nampak masa depan bersama ASSignment.

Bangun pagi-pagi je Jumaat lepas, kawan housemate beritahu biasiswa dah masuk. Wah kejutan sungguh. Sampaikan kawan yang tengah tidur nyenyak dekat sebelah boleh terbangun terkebil-kebil tanya "Apa yang dah masuk?" Ececeh pura-pura tanya pula. Bila biasiswa sudah masuk korang rasa apa student kaki shopping macam saya buat? Tak-tak saya bukan nak cerita yang tadi saya pergi KLCC untuk lunch KFC, dan selepas tu berjalan-jalan di Ampang Park sedangkan pukul 3 ada kelas Biostatistik. Tak lah saya bukan nak cerita yang itu. *Heaven sungguh biasiswa masuk hari Jumaat ye. Padanlah blog terbiar*

Rabu lepas birthday kawan saya. Beria-ia lah tak nak wish dulu sebab kononnya nak celebrate lewat sikit nak tunggu biasiswa masuk. Baru lah boleh buat celebration yang gempak gitu. Serprais lah senang cerita. Tapi last-last baru dapat tau si planner rupa-rupanya dah wish dah birthday dia. Ish ish. Apa-apa pun surprise itu menjadi , walaupun kek tu tak lah sebesar mana, dan tak lah sesedap yang Resepi Rahsia punya Ingat mau beli kek yang besar sikit tapi takde peti ais mau simpan pulak. Takpe lah lagipun ingatan itu yang paling penting kan. =)

TAPI on the way nak ke tempat surprise dengan birthday girl, boleh lah pulak tersalah naik lif. Sepatutnya naik lif turun tapi ternaik lif yang ke tingkat atas pulak. DEMN! Lif tu memang dah buat pasal semenjak daftar sem ni. Haihh. Dah lah tu, hampir terkepit dekat pintu lif pulak.  Saya yang tersepit bukan birthday girl. Bengangnya.....and to make the matter worst, lif tu penuh dengan orang! DEMN! Mana lah ai mau cover my water face ni.

So far, surprise tu berjalan lancar. Walaupun kawan kata dia terkejut, tapi dia macam tak terkejut je? Dah boleh agak plan kitorang ye? Dah lepas makan semua kenalah balik bilik untuk study kan *cough cough*. Another surprise balik tu, not for birthday girl, tapi untuk saya. Ada makhluk Tuhan yang sengaja buat saya terperanjat gila, bersin sekuat-kuat hatinya masa saya lalu sebelah kereta dia. WTF?? Nasib baik tak melatah. Tapi terbukak langkah seribu jugak lah.

Sampai kawan cakap, sebenarnya hari tu nak surprise siapa, birthday girl ke saya?

Haihhhhhh.............


5 comments:

WZulhilmi said...

ko pulak yg kena suprise ari tu ditambah malu kena sepit dgn lif.. miahahahah

Fay said...

tau takpe. haihhhhhh!

Syahira Mansor said...

waaaa bestnye dapat biasiswa! i dapat ptptn je,,,,, jenuh la nak membayarnye nanti...


ooo patutla lame tak nampak die dapat uwet upenye dah tinggal blog eaa...

haha. nak blanja!!1

Artzlizan said...

eh bukan kita kawan ke...ehem ehem...
kita nak makan kat mana ye..?

TINGGALKAN SATU NYAWA

Fay said...

syira: meh meh ai belanja sky juice mau?

princeduyong: eh? eh? saya tak kenal anda. miahahahaha tetiba pulak. sky juice mau?