Sebab kenapa Isnin saya sangat Biru

Walau macam mana meraung, bersedih sekalipun Isnin tu tetap datang jugak. Kalau di undur masa sekalipun hari Isnin tu tetap datang jugak. Alahai nak tak nak kena lah jugak menempuh hari Isnin ni dengan pasrah dan redha.

Bukannya malas nak pergi kelas apa. Saya kan pelajar contoh *cough cough* mana boleh malas-malas pergi kelas. Perasan lah kamu Fay. Bukan ke kau yang selalu datang kelas lambat balik nak yang paling awal je

Tapi HARI INI saya ada kelas Imunology bersama lecturer yang err mmenakutkan. Tengok lah betapa menakutkan sampai eja 'menakutkan' pun salah. Malas nak backspace. Cukup-cukuplah penyeksaan masa kelas Anatomi first year dulu. Tak sanggup dah nak mengharungi dugaan maha hebat tu. Sudahlah masa dia tanya soalan dulu (masa 1st year) saya tak dapat jawab tiba-tiba dia kata "Awak tak pergi kelas saya ke?" Alahai Prof saya pergi kelas lah Prof, tak pernah ponteng, siap duduk baris depan lagi. -_- Masa zaman-zaman Super Junior dulu memang lah saya skema habis, naif lagi, kalau pijak semut pun semut tu ketawa balik.Hari-har pergi kelas duduk baris depan sekali. Sekarang dah Super Senior dah sangat berlagak dah.

Dan saya tak tau kenapa lah semenjak 1st year saya jugaklah yang jadi sasaran dia. Sampai kan kawan-kawan yang duduk kat belakang sekali pun kenal. Daripada tak femes terus jadi femes. Saya lah budak yang selalu kena aim dengan Prof tu. Haihh!

Lepas tu baru dapat tau yang dia suka aim orang yang duduk dekat tepi sekali! Motif saya duduk tepi sebab dekat dengan pintu keluar, senang lah bila lecturer cakap kuliah kita tamat di sini memang terus laju keluar dari lecture hall balik. Kan saya pelajar yang suka datang lambat, balik nak awal. Tu lah Fay sape suruh kau amalkan lagi moto datang kuliah lambat, balik nak awal. Padan muka, padan muka.

Sudahlah, tak guna pun kalau nak meraung nak menangis macam mana sekali pun.  Hari Isnin yang tak dinantikan tu dah tiba dah. Hari ni saya nak berubah nak datang awal ke kelas, nak duduk dekat tempat yang dia tak nampak. Yang pasti bukan depan sekali. Bukan yang dekat dengan pintu keluar. Tapi still akan keluar paling awal bila kuliah tamat.

Doakan saya agar dapat survive pada hari ni. Cheh ayat macam mau pergi perang je. -_-


Kalau ini lah lecturer nya memang lah sanggup datang paling awal balik paling lambat. Konfem soalan susah macam mana pun saya boleh jawab laksana insan paling genius dalam dunia ni.
Tapi sayangnya dunia realiti tak seindah dunia fantasi ye.


8 comments:

Athra said...

kalaulah dia itu lecturer sya jugak, pasti saya akan duduk depan jugak. tak berkelip mata, telinga terpasang je.
indahnya kalau fantasi mnjadi reality

Fay Nana (Cik Fana) said...

sangat indah. memang konfem setiap sem dpata 4 flat. =D

Umie Nadhirah said...

Klo dia adalah Lect Umie..Sanggup Umie tido kat U je..HAHA..x balik rumah..

Fay Nana (Cik Fana) said...

haha itu saya pun sanggup!! XD

Umie Nadhirah said...

Yarrr..give me 5!

WZulhilmi said...

mmg agak menakutkan klu ada lecturre mcm tu.. saja je nk bagi kita popular.. hahaha

Ada ke lecturer macam tu.. - -".. yang selaluny atua keropot je aku tgk.. Hahaha

♥PrinCeSs KellY Eun♥ said...

haha..cik fay...cian kamu kena aim oleh prof tu.....tape2..cari tmpat pling strategik ye nnt..hehee

Fay Nana (Cik Fana) said...

wzulhilmi: menakutkan menakutkan. penderitaan aku mase 1st year dulu. ofkos la tade lecturer macam tu. sebab tu aku tulis kat situ realiti tak seindah fantasi haha!

Kelly: sobss