Hari Pendaftaran Saya Di Asrama.

Oh tajuk sunguhlah skema bagai. Sudah kembali ke sekolah kan, kenalah skema-skema sikit. Biar nampak macam stok-stok student 4 flat tiap-tiap semester. Pergi kelas harus bawak buku Medical kulit tebal yang keras. Dalam kelas mesti duduk depan sekali biar lecturer nampak. Bila lecturer mengajar kenalah bagi tumpuan penuh macam tengah tengok konsert SS501/Super Junior. Bila ada masa senggang mestilah rajin selak-selak nota untuk persedian menduduki peperiksaan.

Demn. Sungguh tipu. 

Hakikatnya saya merupakan student paling lambat datang kelas, balik nak yang paling awal, dalam kelas tidur (walaupun memang duduk depan sekali), nota-nota penuh dengan contengan-contengan gambar kartun, belajar last minute har har har. Adakah ini student skema yang bajet boleh dapat 4 flat tiap-tiap sem?

Baiklah-baiklah. Esok saya akan memulakan kembali alam persekolahan saya. Kembali ke alam yang menderitakan. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Cess macam orang bercinta pula. Walau macam mana malas, meraung sekali pun saya harus pulang juga. Perjuangan belum selesai. Wake up Fay, wake up.

Macam tak percaya rupanya saya sekarang sudah 3rd year. Rasa macam baru semalam mendaftar sebagai student 1st year. Time moves fast isn't. Haihh. Masih ada setahun lagi nak grad. Tapi memandangkan dah Super Senior ni kan *cough cough* boleh lah berlagak sikit. Cehh padahal baru 3rd year, kalau 4th year?

Dan ye, semalam saya sudah mendaftar di asrama, atau lebih tepat lagi rumah sewa. So far so good,  my housemate semua dari course yang sama, and 2 of them my partner-in-crime pulak. :D Tapi rumah ini masyaAllah bersepah ya amat! macam tempat perlupusan sampah. Diorang tak mengemas ke apa? Penat wehh dah lah nak angkut barang banyak, masuk rumah bersepah, gila kejam betul penghuni lama ni.

Dan yang paling best sekali, jiran I adalah lelaki-lelaki kacak weihh. Hiksss. Lepasni boleh lah I hantar makanan pergi rumah diorang lepas tu kata "Hai, ni ada sikit juadah untuk awak. Saya jiran baru awak. saja nak berkenalan" :P

Fay, cukup-cukuplah tu. Miang betul kamu ye. Kamu datang sini buat apa? Nak belajar ke nak menggatal? -_-

Tangan saya dah baik. :D Baru ingat nak ambik MC seminggu. :P Dan nampaknya saya harus buang separuh dari barang-barang yang tak dipakai ni. Gila banyak. Haihh.

10 comments:

p.i.n.a.t. said...

da masuk eh?good luck!!

WZulhilmi said...

sempat lagi nak menggatal ek..hahaha.. slamt kembali ke sekolah!!! :)

Athra said...

kembali ke sekolah..not a fun thing right?
roomate saya pun seorang penyepah..huuu

UknoWana said...

hahaha... sama la...

Fay Nana (Cik Fana) said...

pinat: thx!

wzulhilmi: sambil menyelam minum air. wakakak~ ye selamat utk ko jugak. :P

tyra: yup not! eh itu bkn housemate, tu penyewa asal diorg keluar rumah haritu x buang sampah.

wana: ye kite serupa....-__-

kema said...

back to skool ek..hahaha~baju skoll dh bli...hihi~

♥PrinCeSs KellY Eun♥ said...

hahaha..cik fay neyh sempat lagi fikir nak hntr mknn dengan jiran sebelah..,haha...btw...selamat berkemas rumah..hehe^_^v

Fay Nana (Cik Fana) said...

kema: ai punye baju sekolah satu almari u! haha nanti dpt duit ai beli lagi! :P

kelly: sempat je...haha! org kata sambil menyelam minum air? haha mane tau jodoh ai ke?

Ayu said...

hihi..mgatai pn pe slhnya da bsr pn?tp pandai2 ler jg diri..

Fay Nana (Cik Fana) said...

ayu: YUP! :D