Today :)

Mood saya happy hari ni sebab dapat jumpa dia dan dia! Seriously saya rindu awak-awak semua. Saya happy dapat jumpa awak dan awak tu yang saya nampak makin cantik sekarang ni. PANGG! 

Masing-masing busy kan sekarang ni susah nak jumpa. Saya pun busy jugak, tapi saya sendiri tak pasti apa yang saya busykan. PANGGG sekali lagi. ;P

:)


Hari ini baru berpeluang menikmati frozen yogurt dekat Youghurtlicious. Dia ala-ala Tutti Frutti tapi versi murah I guess. For RM6 you can get medium cup frozen yougurt plus 1 fruit and 1 dry topping. Saya pilih perisa coklat, buah kiwi and cornflakes as dry topping. Dan rasanya oh sangatlah AWESOME! lepas sesuap, sesuap lagi dan lagi sampailah licin satu medium cup tu walaupun sebelum tu baru sahaja makan Nasi Goreng Kampung dan menghabiskan saki baki Rojak Manis kawan punya. =.="



Youghurtlicious, saya akan cari awak setiap kali saya balik rumah. Tutti Frutti, awak ada pesaing sekarang. *padahal tak pernah rasa tutti frutti pun* Buat masa ni tak pernah lagi jumpa Youghurtlicious around KL.*sobs*

Dan sambil-sambil menikmati Youghurtlicious, ia turut diselang-selikan dengan ini,


Takoyaki!

(-.-" mungkin ini adalah disebabkan pengaruh WZ. tengah merayau-rayau teringat gerai Takoyaki terus tak berfikir panjang beli satu set padahal dah tau memang nak pergi ke Youghurtlicious. Takoyaki dekat gerai ni dulu tak berapa sedap, tapi hari ni punya SEDAP la wey! Air tangan berbeza menyebabkan rasa dia lain mungkin? I choose mix flavour, ada seafood, chicken and cheese. Adik saya pun suka. Amazingly, saya berjaya habiskan Takoyaki ni jugak sampai rasa nak beli satu lagi. >.<" Tapi memikirkan kadar makanan yang dah ditelan, hasrat tu terbantut macam tu je. 

TAPI sebelum balik rumah sempat saya singgah ke kedai mamak pekena roti canai telur satu sebab ayah kata takde makanan untuk dinner. Surprisingly, saya berjaya habiskan jugak. -.-" 

Dan ini saya beli ni untuk pembacaan di rumah. 


Ye saya tau tajuk dia sangat tak boleh blah. I need something something fun to read. Dah selalu sangat baca jurnal dan sekarang pulak kena baca 5 case studies untuk test 15hb nanti. =.="

saya perasan kebelakangan ni kadar pengambilan makanan saya adalah tidak terkawal. I couldn't understand myself either. seolah-olah saya telah bertukar menjadi monster. jika keadaan ini berterusan, maka 3kg yang hilang bulan lepas bila-bila masa je akan bertambah lagi.



seluar jeans sekarang dah mula ketat. -.-" 


5 comments:

kema said...

wah jeles!!!!i dpt mkn rojak mee je..ko dpt mkn eskrem yogurt lak...bencik3~

UknoWana said...

wah! gimme five! wana pun dh brtmbah2 bam bam! hahah... sebb dok kt umah mkn baaayak...sampai nasi adik kecik pon bantai jugak..hehehe.. sedapnya takoyaki!! kat kdh xde..huhu

WZulhilmi said...

haaaaaaaaa! Takoyaki sedap kan. Weh! weh! entry ni mcm interesting gila sbb ada banyak gambar mkanan. homai!

ayumiyoshida said...

haha tak apa la tambah berat sikit naik cuti turun balik ye dak? dgn kerja yg banyak mesti tak sempat makan cewahh. haha

ayumiyoshida said...

eh btw tak pernah jumpa pun yogurtlicious kat johor? ke saya yang tak keluar?