Cuti raya

Assalamualaikum dan hai semua orang! :)

How's your raya people? Seronok? Berapa ekor lembu/kambing kena sembelih dekat tempat korang? Suasana Raya Haji dekat Kluang ni macam tak berapa nak raya je. Pagi-pagi adalah jiran-jiran sekeliling hantar makanan. Menjelang tengah hari sikit, memang takde orang langsung datang berziarah. Jiran-jiran pun banyak takde, Balik kampung barangkali. Kawan sebelah rumah pulak kerja! Ish. Jadi kesudahannya, masa banyak dihabiskan menghabiskan makanan dekat dapur dan menonton rancangan raya dekat tv.

Lepastu bila tengah seronok tengok tv, teringat pulak kerja yang bertimbun nak kena buat atas meja. Urgh. kena buat bajet untuk mini projek, kena buat article review yang dah lebih dateline, kena start buat writing, kena baca case study untuk test selasa depan, kena start buat assignement teknik PCR. urgh. terus berpinar mata. lepastu semua nak lepas cuti la kan. Oh tak semua lah. Tapi nak kena siapkan sebelum start fieldwork. Terus tak jadi tengok tv, bukak case study sebab test betul-betul sehari lepas cuti raya. Tapi tak sampai sejam baca dah tertidur atas kerusi. Konon-konon nak take a nap sebab otak tepu. Nap la sangat katanya.

Petang-petang sikit ajak ibu dengan ayah pergi Giant sebab nak beli barang. Sekali terjumpa bebudak satu tempat kerja part-time dulu. Bukan sorang tapi dua orang! Dengar cerita lepas saya berhenti dulu ramai yang berhenti jugak. Dah korang buat pakatan beramai-ramai nak berhenti ke apa ni?

Baru je habis bershopping barang makanan dekat Giant, tetiba dapat mesej bajet untuk mini projek kena submit esok harinya. terus menggelabah kelam kabut buat. lepastu baru sedar nota penting tertinggal dekat KL. Ah sudah! Contact sana-ini nasib baik dapat part yang nak tu. Kira-kira bajet tak sedar dah tengah malam. Ngantuk nak tidur, tapi kalau tidur memang habislah saya yang merana lepas ni nak siapkan bajet tu. Tengah-tengah kira-kira bajet tu sempat lagi melayan matluthfi kan. Multitasking katanya.

*ketawa berguling-guling*

sampai hati si matluthfi ni dok troll lagu fav saya tu. Berdua Bersatu la ape lagi.  HAHAHAHA! Tapi kan sebenarnya saya pun fikir benda yang sama bila dengar lirik lagu tu. Nak berkorban pun agak-agak jangan sampai jadi bodoh. Lepasni kalau dengar lagu Berdua Bersatu tu mesti dah tak rasa ape dah. 

Hari-hari lain pun rutin tetap sama. Nikmat cuti raya seminggu ni tak terasa. Setiap detik kebanyakannya digunakan untuk menghadap kerja yang bertimbun atas meja tu. Lepastu membebel dekat blog atau twitter. HAHA! Nasib baiklah mereka ni ada untuk mendengar dan melihat saya membebel setiap hari tanpa jemu.  Lepastu sedar-sedar je dah tengah malam, kerja pun tak siap lagi. Haila. *gigit jari* kenapa otak pulak senang tepu masa-masa macam ni? Baca case study dari haritu tapi satu pun tak hafal-hafal lagi. Itu baru SATU, ada EMPAT lagi bersusun. Oh dari aku membebel lagi kat sini lebih baik aku sambung baca case study tu. Esok pulak dah nak balik. -.-"

YE ESOK DAH NAK BALIK! Ingatkan boleh la cuti lama-lama sikit sampai Isnin ni tapi ada pulak bengkel Jumaat ni. Memang tak best betul bila tengah sedap-sedap cuti tiba-tiba kena pergi bengkel last minute. Kalau bagi tau awal-awal takpe la. dapat prepare mental awal-awal tak dapat cuti lama-lama. Dah la haritu tamak bebeno balik rumah awal tiga hari, sekarang kena balik hostel awal empat hari. -..-"

Jadi begitulah cuti hari raya saya. walaupun cuti macam tak cuti je, tapi at least dapat spend masa dengan family itu pun dah bersyukur. :)


4 comments:

WZ said...

sama pulak time kita balik kan. Hari khamis. KENAPA PERLU AWAL HAAA!! *amarah* T___T

Ayu Iman said...

cian cik fana kite...=P

Kiheee said...

hahaha kita dulu rant pon sama dengan matlutfi ni rant, teheee.. tp dengar juga sbb melodi dia sedap..

fay, fighting! huhuhu dulu kita rasa nak muntah hijau tgk journal and case studiesss..

ayumiyoshida said...

eh, berdua bersatu tu baru kita tau itu ada la love song bila tgk video mat lutfi. tajuk pun baru tau masa tu. selama ni kita ingat lagu nasyid sbb selalu terdengar dekat radio atas bus kampus. bunyi melody dgn suara penyanyi macam nasyid je tapi kita tak pernah dgr lirik dia bebetul. haha.