Berubah

Kadang-kadang aku rasa aku jadi baik sebab nak nampak baik di mata semua orang. Aku rasa kalau aku jadi baik, tak cari gaduh, tak buat pe'el bukan-bukan orang lain mesti baik dengan aku. Tapi realiti hidup sebenarnya tak la macam tu.  Kalau kau jadi baik sangat, lagi senang kau nak dipergunakan. Iyelah, yang jadi diri sendiri pun ikut je lah for the sake of nak nampak baik di mata orang. Supaya orang lain suka kau.Tak ke bangga kalau ada orang puji, "Baiknya awakkk niiii" Padahal sebenarnya maksud tersirat sebenar dia nak perli kau je sebenarnya.

Ibu aku sebagai ibu yang sangat memahami pe'el sebenar anaknya yang tak berapa nak matang walaupun usia kalau diikutkan dah layak jadi mak orang selalu berpesan jangan terlalu baik sangat, jangan terlalu lurus, kelak akan selalu dibuli. Tapi macam biasa la semua pesanan tu ibarat mencurah air di daun keladi. Kan bagus kalau kita boleh save pesanan tu dalam memori dan kemudian program kan semula.

Tapi tidaklah sampai aku nak jadi baik sangat sampai kalau ada orang baling tahi dekat muka pun kau boleh senyum pasrah, redha je. No no, nehi nehi! Apa kau ingat ni sinetron Bawang Putih Bawang Merah ke kononnya kau watak protagonis yang sehabis mulia dalam dunia? Ok sebenarnya aku dah start merepek dah ni. Maaf semua. Sebenarnya sangat pissed off hari ni dan aku nak tulis kenapa aku sangat pissed off tapi sebab emosi dah melampau batas itu sebab dah terkeluar repekan. 

Tadi pagi aku datang kerja pukul 8, macam yang tertera dalam jadual yang aku dok tengok hari-hari, sampai dah naik hafal. Cuma semalam je aku tak check balik sebab jadual HR bawak naik ofis. Aku assume pukul 8 la aku masuk sebab dalam jadual dah macam tu, tapi bila lepas punch card je kawan sekerja aku cakap kau terawal sejam korang rasa apa aku rasa? rasa nak mengamuk. KENAPA TUKAR JADUAL TAK BAGITAU! Aku dah termengamuk sikit tadi, tapi nasib baik la puasa aku sabar je la. Tapi satu hari aku bad mood. Aku rasa budak baru tu pun perasan kut. Hiks hiks. ;P

Another one, 10 minit sebelum waktu balik si manager no 2 suruh buat closing ruang air-cond. 10 MINIT okey! dan cuba teka aku bali pukul berapa? PUKUL 7! !@#^&* closing tu makan masa 30 minit tau nak sapu, mop semua kenapa la tak reti nak bagitau awal-awal. Punya tergesa-gesa aku buat. Yang paling aku hangin dia cakap, "Orang lain yang bali pukul 7 boleh balik, ana je tak boleh balik" What the... Lagi satu yang aku bengang dia tau aku balik mak aku ambik. Cisss. Tak pasal-pasal aku kena marah dengan mak tadi sebab lambat sampai waktu berbuka dah masuk baru balik. Ciss.

Tapi paling tak sangka tadi aku tengking manager wey. HAHAHA! aku tak boleh lupa muka dia. dia pernah cakap aku nampak baik. well, mr manager, do you still think i'm a good girl?and oh yeah, i don't think i wanna be that 'budak baik' type again.

Do you still remember pasal budak perempuan baru yang baru masuk haritu? Dia dah cabut. And the reason why i'm going through a bad day today is because of her.

entri terkeluar tajuk. maaflah semua.

oh esok opening dengan mr. manager annoying tu. heh. jangan harap la aku nak jadi rajin sangat esok. dia pun malas lagi kemain. depan bos je rajin. ini kenyataan.

5 comments:

WZulhilmi said...

yes! Good girl gone bad! Betul2 kadang2 tak boleh baik sgt nanti kena pijak kepala. tp klu kita sabar sebnarnya lagi baik. oh ak x tau nk ikut yg mana satu. wuwuwuwuuuu

Umie Artoqiemie said...

fay. . . u go gurl ^_^

Hime said...

macam sama je pengalaman kita..be good in hope that our kindness will return back.tp hakikatnya, bos nmpk yang mengampu je, kita yang wat keje ni mmg dia xnmpk.btambah teruk lagi kalau dia pakai recommendation senior yang of course taknak orang lain maju dari dia, so talk bad about their juniors.kdg2 rs cm nak berenti keje, jadi suri rumah je.tp...kawen pun belum.haha...neway, be strong girl!

ayumiyoshida said...

go go fay! go go power ranger pink! haha. wey, good girl pun manusia jugak, ada limit la, dia orang tu over gila pijak kepala. kalau macam tu kadang-kadang terasa macam baik tunjuk perangai tak berapa baik dari awal kan? contoh macam malas, etc etc. ekekeke. tapi nanti kena marked, asik kena bebel pulak haha.

'Izzati said...

haha sebenarnya dalam kita semua ni ada baik ada jahat jugak..

tapi kalau nak selamanya baik2 dengan orang, gila la hidup kan? so apa salahnya sekali sekali kita jadi a lil bit 'evil' kan? hehhe.

so fay, jangan risau saya behind you! haha. speak up fer ya self! XD