Nasib budak baru masuk kerja memang macam ni eh?

Assalamualaikum.

Sebelum tu, selamat menunaikan ibadah puasa semua. Tak sangka dah puasa ke-5 hari ni. Terasa cepat masa berlalu. Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Amin.

Sedar tak sedar kan, dah sebulan lebih buat part-time. Macam tak percaya je boleh bertahan selama ini. Mana-mana yang ada follow twitter or to be exact yang selalu ber-tweet (you-know-who-you-are) tu diorang tau la hampir tiap hari aku dok merapu dekat twitter pasal itu la, ini la. haha. Dan macam Nurul jugak haritu aku pun dalam dilema sama ada nak berhenti awal atau tak. Sebab kalau ikut plan asal memang nak berhenti seawal yang mungkin, kononnya dah tak sanggup lagi nak kerja. Tapi bila dah lama-lama dah rasa sayang nak berhenti pulak. Bukan apa, sebab sekarang rasa macam dah okay dah kerja. Gaji pun boleh tahan untuk part-timer macam aku ni. Sudahnya aku ambik keputusan untuk berhenti 28hb ni je, hujung bulan terus macam masa mula-mula aku mintak kerja dulu. Kakak HR tu pun macam berharap sangat nak aku berhenti lambat sikit. =_=" So lepas ni i should be more semangat and rajin. Tak nak dah komplen-komplen banyak sangat (yelahhhh tuuuu)

Ingat tak pada mamat singh yang kadang-kadang muncul dalam entry lepas? Oh dia dah berhenti kerja dah. Secara mengejut pulak tu. Tak sempat aku nak say goodbye secara proper dekat dia, tu yang rasa terkilan sikit tu. Memang aku dah tau tarikh dia nak berhenti, tapi sebab ada family problem dia terpaksa berhenti lebih awal dari tu. Well, dalam banyak-banyak staff dia lah yang paling ngam dengan aku. Dan dia pun selalu jugak tolong aku haha. Banyak jugak la jenayah yang kitorang buat antaranya menghuru-harakan satu kedai sebab tersalah guna mop, buat plan mengular, mengajar aku cara-cara nak ponteng kerja (yang ni aku tak buat okey!), kadang-kadang mebuli pekerja baru (ahemm ahemm) dan kadang-kadang mengumpat jugak. haha!

So far, puasa dekat tempat kerja okey la. Boleh tahan lagi godaan bila tengok makanan. (For those who didn't know saya kerja dekat kedai makan.) Lagipun kalu dah hari-hari kau serve makanan yang sama dekat customer memang boleh lali sebenarnya tengok makanan. Cuma satu je yang buat aku tak tahan. DAHAGA! Tempat kerja ni dah la panas, sekeliling takde pokok, kalau ada pun yang hidup segan mati tak mau tu. Ada bahagian aircond daam kedai tu pun bukannya boleh selalu duduk dalam tu. Kalau bos besar nampak memang dia panggil suruh duduk luar. Sebab dekat luar lagi banyak customer lagi-lagi yang merokok. But i must say, bila dah sampai rumah tu baru la terasa super penat nya. Balik-balik rumah memang terus pengsan. Takde maknanya la nak online-online ni.

Oh ingat tak dekat budak baru yang masuk kerja tu? Oh untuk pengetahuan cik Nurul jugak budak tu lelaki. Dia ni ada pe'el datang kerja nak lambat balik kerja nak awal je. Siap suruh aku try datang lambat jugak. Eh pehal pulak dah dua orang suruh aku buat jenayah ni? o.O" Tapi dia buat kerja okay. Ada masa suka je mengular dia ni. Masa mula-mula masuk kerja dulu dia senyap je, sekarang banyak pulak cakap. Haha. Tapi tak boleh blah haritu dia cakap, dia rasa best kalau aku ada sekali shift dengan dia sebab aku rajin sikit (?) Macam tu la dia kata. Cehhh. Malas la tu! Tapi haritu dia sibuk nak tukar masuk shift pagi (sebab dia tak suka shift petang) aku pun tukar dengan dia masa hari ahad. haa ambik kau sekali customer ramai gila sampai jammed dekat kedai. Lepastu dia cakap dengan aku "ohh padan la kau nak tukar petang ye?" Kihkihkih. 

Ada yang perasan kan semenjak dua menja ni semakin happy kerja. Aku pun pelik kenapa. (Mungkinkah sebab budak baru?ahahaha) Tapi sekarang ada kurang happy la semenjak singh tu berhenti, tapi boleh tahan lagi sebab budak baru tu ada. ;p Tapi dengar kata dia nak berhenti awal jugak. Tiba-tiba menyesal extend sampai 28hb. Oh semenjak puasa ni kan, customer agak kurang, waiter-waiter semua macam takde kerja, sampai ada la sorang waiter ni (aku lettew) sempat main Bingo lagi. Ni kan, kalau bos besar tau boleh mengamuk satu kedai dia, dah la dua tiga hari ni angin dia tak baik. Datang bulan kut?

Eh, dua hari lepas ada sorang lagi budak baru masuk. kali ni permpuan. So ada dua budak baru la. Tiga sebenarnya, ada sorang perempuan india tapi aku tak sempat nak cerita pasal dia. Budak perempuan ni comel, kecik-kecik je orangnya. Budak tu nampak baik, peramah, boleh buat kerja jugak. Kira dia dah ada ni, takde la kelam kabut sangat time customer ramai. lagi-lagi time puasa ni. lagipun kedai tu, banyak cina yang masuk so time puasa ni memang ada masa ramai jugak la orang. 

Tapi kan, ada benda tak baik aku dengar ada beberapa orang la tak puas hati sikit dengan dia ni. Atas sebab apa pun aku tak tau.  Mungkin sebab dia baru lagi?  Astaghfirullahalazim, puasa-puasa ni tak elok la buat cerita ye Fay. Eh, jangan-jangan time aku masuk dulu pun macam tu jugak kut? Eh takpelah aku tak heran pun, lagipun aku kan dah nak berhenti. Lepas ni aku nak jadi customer yang super cerewet siap kalau servis tak bagus aku nak komplen kaw, kaw dengan bos besar lagi. Ekekeke. jahat giler.

4 comments:

Umie Artoqiemie said...

PANJANGNYEERR

ayumiyoshida said...

wahaha. lelaki rupenye, patutla asik budak baru budak baru, ekekeke. eh, dia suka buli kamuye, sebab kamurajin. ekekeke,

WZulhilmi said...

Mintak no telefon cepat!!!

Zack Kool said...

Mengular tu maksudnye ape?