Freaky Friday (?)

Hari ni dekat kedai semua orang naik hangin. Eh tak la semua cuma manager dengan kakak HR je. Punca? Sebab ada staff tak datang. =_=" Sabar je lah dengan kerenah diorang-diorang ni kan. Suka-suka hati je la nak datang ke tak nak datang. Selalunya kalau time-time tak cukup staff ni, akan ada orang kena extend, lagi-lagi bila customer ramai. petang-petang Jumaat pulak selalunya memang ramai orang. Aku dah risau dah sebab aku yang balik awal hari ni.

Tapi kan, nasib baik tak kena extend!

Sebab inche manager masuk pukul 5, dia masuk je aku terus punch out. haha! lagipun memang tak ramai orang buat apa nak tunggu lma-lama dekat kedai tu. nak menghadap muka inche manager? tak mau lah. baik menghadap muka budak baru mukabuku bersama katil tersayang. Tapi seriyes, dari semalam lagi angin manager tak baik. silap-silap haribulan kau boleh kena tempias dia. 

oh ye, budak baru hari ni ada extra rajin. hehe. tapi dia takde perasaan sikit. tu aku dengan singh la yang cakap. eh, ada sesiapa nak kirim salam dengan budak baru?


2 comments:

WZulhilmi said...

Sejak ada pekerja baru happy betul ya! LOL!

ayumiyoshida said...

dah terer menyelamatkan diri sekarang? ekeke. eh, pekerja baru lelaki ke perempuan? ekeke