Satu hari di tempat kerja.

Oh hai. Lama tak update blog. maklumlah semenjak bekerjaya ni kan, hidup semakin busy. Ceh wahh. Mengalahkan menteri dia punya busy. (kononnya lah kan). Memandangkan sekarang ni si tuan blog tengah kerja, kita cerita pasal kerja je lah ye. Bersabar je lah membaca rintihan hati atau lebih kepada repekan yours truly ni duhai pembaca blog.

Eh nak tau, hari ni encik manager kesayangan kena marah dengan customer. Atas sebab apa tidak la dapat ku pastikan sebab daku keluar makan masa itu. Time tengah busy pulak tu. Haha. Dah pandai carik pasal dah sekarang kan. Masuk-masuk je lepas makan, tengok muka dia masam macam tertelan jeruk mempelam sekilo. Eh, ada kaitan ke? haha. Tapi rasanya customer tak expect dia manager, sebab DIA PAKAI UNIFORM STAFF HARI NI! keke. Sebenarnya kaler uniform tu yang membezakan pangkat kitorang. Puncanya dia pakai uniform staff hari ni sebab baju dia basah kena hujan. (lagi satu dia pernah cakap nak pakai baju merah, ha ambik kau sebab tu pepatah omputih mengatakan be careful of what you wish. ;p) Hangin je dia satu hari ni, sikit lagi nak kena tempias dekat diri sendiri, nasib je la sempat menyelamatkan diri. Teehee. Ala encik manager, chill ok, saya hari-hari je kena marah dengan customer siap pakej sekali dengan bos besar tak hangin pun. Tapi bila fikir balik rasa nak ketawa pun ada masa dia pakai baju tu. Muahahaha! Eh? Orang kata terlebih ketawa nanti menangis kan? =_="

Oh ye, sekarang rasa macam dah happy sikit kerja situ. Dah boleh buat geng dengan staff kat situ. Sekarang dah pandai sikit nak membantah bila jadual kena tukar. Tapi bantah-bantah pun macam tu jugak la jadualnya.  T___T Dah pandai mintak tukar jadual. Eh dah pandai itu-ini sekarang ye? Tapi at least attendance aku jaga. Sebab sentiasa full, akak HR bagi advanced lebih sikit! yeay! Reason #9 hati riang gembira pergi kerja. 

Oh lagi satu semalam ada staff baru masuk. Semalam boleh tahan nampak rajin, hari ni belang kuda belang dia dah keluar dahhhh. haih. Semalam punya la menaruh harapan laksana Zaiton Sameon, hari ni harapan musnah berderai. eh ayat apa yang aku taip ni? Takpe, kita tengok esok macam mana.

Dan hari ni jugak aku tau satu benda yang orang lain tak tau. Mamat Singh yang rajin, baik hati, peramah tu dah nak berhenti dalam masa terdekat ni. Aku pun tiba-tiba rasa nak berhenti jugak.


2 comments:

'Izzati said...

La.. penat je suruh fay kim salam.. dah tunjuk belang. >.<

ayumiyoshida said...

hahaha, saya terbayang kalau orang kerja dalam tesco tu, dia punya manager besar turun tak pakai kemeja, tapi pakai tshirt uniform tesco yang swipe me now club card tesco tu masa tengok pekerja bawahan susun barang untuk sale 70%, ada yang customer langgar-langgar je dengan troli. haha.