TVXQ Challenge # 1: Your ultimate bias

Oh hai semua. Ingat tak haritu saya pernah kata nak buat TVXQ Challenge? Ha baru sekarang teringat nak buat. Sebab apa? Sebab busy kerja. cehh..dia punya buzy kerja mengalahkan perdana menteri. Padahal tak la pun. Cuma malas je. Balik-balik kerja je sumpah penat gila. Mana tak penatnya 8 jam ke atas kau berdiri tak duduk-duduk, belum masuk penat nak layan kerenah customer lagi. lepas graduate nanti taknak kerja la, nak gaji jeeee, eh ade ke? 

Eh apa yang kau merepek lagi ni. mari sambung cabaran TVXQ ni. Hari ni sempat la nak buat cabaran-cabaran ni sebab masuk kerja pukul 3. kekeke. 

Your ultimate bias. 


Haa yang ni rasanya semua orang tau, kalau bukak-bukak blog je dah terpampang sebesar-besarnya gambar dia dekat header blog ni. Tak payah sebut nama pun takpe sebab nama dia memang bersepah dekat dalam blog ni.

Sebab apa saya suka dia? kalau saya kata takde sebab boleh? Haha. First time tengok dia lima tahun lepas terus jatuh suka. Bak kata pepatah love at the first sight gittew. Lagi satu saya suka suara dia tu. walaupun dia punya vokal tak la sehebat Junsu tapi dia punya suara macam bagi satu feel yang lain, sebab tu suara dia yang saya cari dulu. kekeke. Dan perangai dia yang sengal tu pun buat saya suka jugak. Ada je kerja dia nak menyakat orang. ;p Eh tapi sengal-sengal dia ni pun dia dah jadi pengarah muzik tau, jangan memain. Compose muzik pun hebat jugak mamat ni. Tapi sayang, sebab kontroversi dia dengan group dia tu dia dah macam dibuang negara sendiri. T____T. Jae, apa kata datang malaysia je, compose muzik dekat sini ke, at least dekat malaysia ni ada je orang yang hargai bakat awak tu. jangan risau, dekat malaysia ni awak takkan rasa lonely punya, saya kan ada. Kekeke. ;p 




5 comments:

WZulhilmi said...

Ni blog personal JJ ke? penuh gmbr dia sana sini. ekekek.

Nana said...

a'ah. kekeke

'Izzati said...

hahah. ni blog gf JJ la. hehe.

Nana said...

izzati yg itu saya setuju 500% kekeke!

ayumiyoshida said...

hey hey! JJ saya pun ada kat mesia. meh sini saya jaga kamu, ekekeke