Jangan cepat perasan.

Kita letak tepi dulu Cabaran 30 Hari dengan Cabaran TVXQ tu. Tiba-tiba rasa banyak pulak cabaran nak buat. Haha. Oh ya. Mula-mula sekali saya nak ucapkan Selamat pengantin Baru pada kawan satu sekolah saya Azah dan pasangannya Rahman. Dah berumah tangga dah kawan saya sorang ni. Yang lain-lain pun bakal ikut jejak langkah yang sama jugak kut tak lama lagi. Saya? Dah ramai orang tanya sebenarnya. nak kasi surprise sikit. Tapi sebab dah ramai yang tanya baik saya bagitau je lah ye. Saya sebenarnya memang  nak kahwin pun tak lama lagi. Kepada kawan-kawan yang mengenali saya nanti jemput la datang ke kenduri kahwin saya masa cuti sekolah nanti. Bagi alamat dekat saya, nanti saya pos kan kad jemputan.



Cuma tahunnya la yang tak tau bila. ;p 
*bak kata sepupu saya* 




Sebenarnya saya ni pun baru je balik dari kenduri kahwin sepupu saya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun masa awal-awal kenduri tu kalut sikit. Tapi semua dah selamat tu kira okeylah. tapi kan, nasib baik je lah takde orang tanya saya bila turn saya dekat kenduri tu. Agaknya sebab saya ni selalu buat muka takde perasaan kut, tu yang orang pun takde perasaan nak tanya yang bukan-bukan dekat saya. kekekeke. Penat toksah cakaplah. dah namayna kenduri kan. Tapi maaflah encik sepupu kenduri awak saya tak banyak tolong pun. nanti kalau awak buat kenduri lain (?) atau kenduri adik-adik awak yang lain Insyaallah saya tolong. Tolong tengok mungkin? haha ada yang nak kena lempang laju-laju.


Oh ye, masa on the way nak ke rumah sepupu singgah kejap dekat hentian rehat sebab dalam kereta saya dah asyik merengek lapar je dekat ayah. Kalau tak tidur sepanjang perjalanan, mesti merengek lapar. memang tak senonoh punya perangai la cik Fay oii. pergi dekat satu gerai ni.tengok ada bubur terasa nak makan bubur sebab nampak macam sedap dia letak banyak ayam goreng dalam tu. Harga sebenar RM3.90, bila nak bayar abang cashier tu mintak RM3 je. Confuse saya dekat situ kejap. Adik  pun apa lagi, dia pun  beli ayam goreng dan dapat diskaun jugak. *mata bercahaya* Ingatkan harga dekat menu tu salah. Bila cakap dengan mak, dia pun teruja nak beli. Tapi yang peliknya bila mak pergi beli sup dia tak dapat diskaun pun. 

Bila cakap denga adik, masa ni dia kata

kau cun agaknya hari ni. Tu yang abang cashier tu bagi harga murah dekat kau.Kekeke!

Panas pipi tiba-tiba. Aiceh apesal la tak belanja terus. Kan lagi afdal. masa ni hati pun kononnya dah tergolek-golek jatuh entah kemana. Sempat lagi cakap dengan adik, patutnya dekat kaunter tadi mintak no telefon sekali. Aww~ gatal. 

Tapi.......

Along, hari ni today's special la. Bubur tu dengan ayam goreng sekali.

Cehhh. Hati yang jatuh tergolek-golek tadi terus terletak elok dekat tempat asal dia. 

Lain kali baca dulu menu dekat kauter sampai habis.

p/s: bila difikir-fikir balik mana ada cashier yang selamba nak bagi diskaun dekat customer. Saya dulu pernah kerja cashier. sepuluh sen pun berkira tau! Sebab kalau duit dekat kaunter kurang, duit gaji sendiri yang kena potong. = ="



4 comments:

WZulhilmi said...

Muahahaa. baru nk start berangan ye. terus hancur luluh. btw kawin tu is a big deal lah. diorg suka je tanya. nanti klu ada apa2 bukan diorg tolong pun. grrr.

_fahakyu_ said...

baru nak semangat HAHAHA :D

ayumiyoshida said...

hahaha. sumpah guling2 saya gelak. memula saya pun fikir cashier tu bagi diskaun sbb minat, tiba2 baca yg bawah saya terfikir, mana ada org bagi mcm tu, dlm drama adalah. haha

'Izzati said...

kita pernah dapat diskaun kat kedai makan.. tapi lima puluh sen je la.. tapi da namanya student dapat diskaun tu nikmat la.. hahaha..

pasal kawen tu. fuh fuh tada orang tanya lagi kat saya!! yeay yeay yeay! hahahaha.

diorang tanya ada bf ke belum je? hahahaha.

terus i mengaku ada. bf delusional!. ahaha