Situasi yang buat kita cuak

Hari ni public holiday. Biasanya bila cuti mesti ada plan untuk pergi lepak, pergi jalan ,pergi makan atau pun pergi mana-mana aje lah janji dapat hang out dengan semua.  Semenjak start praktikal ni , belum ada masa lagi nak keluar berjimba sama-sama. Maklumlah, semua dah berkerjaya. Weekend pulak semua busy dengan hal masing-masing. Ada jugak yang kerja.  Jadi public holiday, memang perfect timing untuk meet up, tapi itupun masih jugak ada yang kerja waktu public holiday. *sigh* Tapi tak boleh nak kata apa lah sebab dulu pun pernah kena kerja waktu public holiday dengan weekend.

Semua plan dah settle tinggal untuk pergi je dekat tempat yang dijanjikan. Knowing me, saya tak ada lesen, parents pulak kerja jadi nak tak nak memang kena naik public transport. Asyik delay je kerjanya entah bila nak dapat lesennya pun tak tau lah. Hari ni adik pulak tuisyen, so takde sape nak teman pergi tunggu bas dekat jalan besar. Kalau nak cepat memang kena tunggu bas dekat jalan besar tapi kenalah menapak lebih kurang 5 minit kalau jalan laju. Itupun bukan boleh percaya cepatnya. Ada masa sejam tunggu sebiji bas pun haram tak nampak. Kalau tunggu dekat dalam kawasan perumahan lagilah, kucing dah bertanduk pun belum tentu dapat bas.

Takde orang dekat tempat tunggu bas hari ni. Walaupun dah biasa tunggu bas sorang-sorang dekat situ, tapi still rasa cuak tambah-tambah pulak kawasan tu sunyi. Dalam hati doa mintak-mintaklah bas cepat sampai tak payah la saya nak tunggu lama-lama dekat situ. Kalau tak pun muncullah sorang-dua makhluk tuhan yang sama-sama nak tunggu bas jugak sekali. Tiba-tiba je ada sebiji kereta kancil hon lepastu dia berhenti sekejap lepastu dia blah. Apahal pulak lu hon tiba-tiba? Driver dia ada cakap something tapi saya tak dengar sebab telinga dah tersumbat dengan earphone. And I'm sure that the driver not asking for the direction. Bukannya takde kenderaan lain yang main hon-hon, tapi kereta kancil yang satu ni pelik sikit apesal tetiba dia hon lepastu berhenti?

Lepas kereta tu blah, terdetik jugak dalam hati, macam mana kalau orang dekat dalam kereta tu nak buat jahat dekat kau? Mendebarkan tau. Banyak benda boleh berlaku dalam masa yang singkat je. Kot kot la dia pukau kau lepastu kau main aci ikut naik kereta dia ke. Takpun tiba-tiba dia ugut kau suruh bagi semua duit kau dekat dia walaupun dalam poket kau sebenarnya cukup-cukup untuk tambang bas je. Ish, mintak dijauhkan! Nak nak pulak kan sekarang ni kes penyimbah asid tu tengah hot. Mak aih, imagine je pun dah seram.

Tapi itulah kan. Malaysia sekarang ni bukannya selamat sangat pun. Bukan Malaysia je, negara lain pun macam tu jugak. Senang cerita dunia ni makin lama makin tak selamat, sebab orang dah tak serupa orang. Nak keluar rumah pun rasa tak selamat. Tapi benda-benda buruk macam ni kalau dah nak jadi tak kira tempat. Dan tak semestinya melibatkan orang jahat pun. Itu yang orang panggil kalau dah takdir.(?) Betulkan saya kalau saya silap. Precaution tu sangat penting. Nampaknya lepas ni kena bawak something dalam beg untuk keselamatan diri. Ataupun start pergi kelas mempertahankan diri. Or hire a bodyguard yang  tough dan hensem? Ceh bajet artis la pulak kau.


4 comments:

'Izzati said...

betul betul fay! skarang ni macam2 jadi.. takut.. kes acid hari tu pon dok dup dap dup dap..

sizuka[Izzati] said...

take care ok.hahaha setuju bab hire bodyguard kacak & tough.kehkeh.

WZulhilmi said...

bawak lah something dlm beg macam pepper spray ke hapa ke. klu ada kunci pun boleh. klu ad org jahat just cucuk kunci tu kuat2.

Ehem bodyguard x de yg hensem. tough aje ada. LOL!

ayumiyoshida said...

lol @WZul " bodyguard x de yg hensem. tough aje ada." haha

pernah gak kena macam tu. masa tu balik dari kedai, ada kancil lalu ajak tumpang, pastu geleng jelah. dia blah kita jalan jela cam biasa, rupanya dia follow dari blakang. bila kita perasan, kita lari, dia kejar. mujur dekat2 ada pasar raya, terus lari masuk pasar raya. fuhh mmg ngeri.