Luar biasa.

Kalau ada orang yang fobia dengan jarum, itu perkara biasa. Kalau ada doktor yang fobia dengan jarum, itu pun perkara biasa jugak. Maksud fobia dengan jarum tu, takut kalau nak disuntik. Sebab fobia tu benda biasa. Semua orang ada mesti ada something dia paling takut. Macam saya takut dengan tempat tinggi.

Tapi kalau ada orang yang takut nak inject patient, itu adalah something yang agak luar biasa.

Nama je lah belajar biomedic, tapi kalau disuruh ambik darah patient, ataupun prick jari patient saya memang KO. Senang cerita benda-benda yang melibatkan jarum lah. Kalau doktor nak inject, ambik darah atau masukkan drip saya OK je. Pegang jarum pun OK je. Cuma KO bila nak inject patient. Entah. Dalam otak asyik terbayang macam mana masa tengah inject patient tu tiba-tiba jarum patah dan tersekat dalam badan dia? Ish. Tak pasal-pasal nanti kena saman lepastu muka terpampang dekat muka depan surat khabar Metro.

Nasib je lah belajar biomedic. kalau belajar medic agaknya ada la yang tangan kena ketuk dengan doktor-doktor senior sebab penakut sangat nak inject patient. Bak kata MLT, cucuk aje patient tu, sebab yang sakit tu patient bukannya engkau, tak payah nak belas kasihan sangat. Puas hati. Muahahaha! *evil laugh* Eh tapi kalau buat macam ni tak nampak kejam sangat ke? Nasib je lah biomedic takde main inject-inject sangat cuma kadang-kadang kau kena ambik darah atau prick jari patient je.

p/s: Sebenarnya saya tak puas hati sebab ada orang gelakkan saya sebab tangan menggigil masa nak prick jari blood donor tadi. Like HELLO! Cuba duduk tempat aku, kau rasa nerbes tak nerbes aku nak mencucuk kau. Dah la aku macam ada sindrom anxiety disorder. Nanti kalau aku main cucuk ikut suka hati aku je kau pulak yang bengang komplen sakit-sakit. Hish. Cukup baik la aku ada sikit belas kasihan. Hmpfffttt!

p/p/s: Tapi ada orang tu dari demam terus baik demam lepas tengok Shahir dekat tv semalam. hahaha. yang ni pun luar biasa jugak. :P *random*

3 comments:

WZulhilmi said...

ak paham aku paham. first timer takut lah kan. ak pun tak sampai hati nk cucuk orang. biasalh org mmg suka menyakat. dulu diorg first time ppun sama jugak.

Practice makes perfect.. =P

'Izzati H. said...

haha. saya takut gila dengan jarum. kalau nak kena suntik jadi seriau.. tapi padahal dulu kat sekolah rasa relax je kena suntik tapi bila makin lama makin takut.. dah lama x kena inject kut..

heheh. fay tapa fay praktis je.. lepas ni boleh je injek diorang.. gelakkan sangat.. ahha

ayumiyoshida said...

haha. saya teringat cerita playful kiss, heroin perempuan belajar nak jadi nurse tp takut nak cucuk patient.

alah, tak pe, nanti esok2 lepas praktis banyak2 okay lah nanti. hehe