I can survive this. *hopefully*

Hari ni hari pertama saya start latihan industri. Hari pertama, biasalah not so bad not so good. Biasa-biasa je. Sedikit bosan tu ada la jugak. kenapa ye? Mungkin sebab saya start sorang-sorang je hari ni kut? Ada sorang lagi akan buat LI sama dengan saya tapi dia start minggu depan sebab ada program dengan universiti. Mungkin jugak sebab saya jenis yang susah nak sesuaikan diri dekat tempat baru. Kelemahan yang sangat ketara di situ. 

Tapi apa-apa pun saya berjaya melepasi hari pertama. Phew! Ada 6 minggu 3 hari lagi ni. Cik supervisor dekat situ nampknya tegas lah. Tak boleh nak main-main. Tak boleh nak mengulor selalu. Nanti tak pasal-pasal saya dapat gred yang teruk. Tak ke sengaja cari pasal namanya tu?

By the way, LI hari ni dimulakan dengan kejutan masa saya lapor diri dekat pejabat. Katanya nama saya tak ada dekat situ. Huh? Habis kalau takde dekat mana pulak sesat nama saya ni? Myaris-nyaris saya tak start LI hari ni. Masa tu tuhan je la yang tau macam mana perasaan saya. Rasa macam nak capai handphone lepastu meroyan dekat lecturer kasi dia terkejut macam saya jugak. haha. Nasib baik benda tu dah settle. Katanya sebab kecuaian pejabat. Haih~

So hari ni tak banyak benda nak kena buat. Sebab baru first day kan. Staff kat situ pun suruh saya relax dulu pergi tengok keadaan lab. So saya duduk-duduk dekat kaunter, tolong ambik dengan rekod spesimen yang datang. Dekat sini saya perasan, hospital daerah tak macam hospital besar. Bilangan pesakit kurang. Mungkin jugak sebab kebanyakan kes dirujuk dekat hospital besar. Lagipun dekat hospital ni cuma ambik test yang simple je,walaupun dia cover semua apa yang saya dah belajar.

Saya perasan jugak, memang banyak beza antara hospital kerajaan dengan hospital separuh swasta. In terms of technology. Sebab saya dah pernah pergi hospital separuh swasta sebab tu saya tau. Agak 'culture shock' jugak masa saya sampai tadi. -____-" Kalau nak dibandingkan, yeah memang agak terkebelakang sikit. Mungkin sebab kebanyakan hospital kerajaan dah lama, so memang susah sikit diorang nak apply kan teknologi-teknologi yang canggih sekarang ni, ataupun sebab kekurangan bajet? Entah. IDK. Tapi rasanya ada jugak hospital-hospital yang dah canggih sikit terutamanya hospital-hospital baru.

Hmm, tiba-tiba teringat PPUKM. Attachment dekat sana best tapi sekejap sangat, sikit je dpat belajar rasanya. Takpe, aim nanti nak apply kerja dekat sana. kut? 




4 comments:

WZulhilmi said...

mesti muka supervisor tu sgt menakutkan versi professor sanpe kan. LOL! Hwaiting!! and beat that supervisor down!

Iji said...

eh dah start eh??? wooow good luck!! hehehe seriau kan kalau duduk tempat baru.. heheh tapi kerja kat hospital macam best.. teringin! hehehe..

good luck fay!! chaiyok!

ayumiyoshida said...

good luck! mesti macam ngeri kan nak belajar kenal2 orang sekeliling, good luck lagi sekali xD

brader kemal said...

papehal pun, selamat ber LI gua ucapkan..

kehkehkeh!