Cik Dorothy berkasut merah tu serupa dengan saya *tang kasut jer lah :P*

Kalau nak diikutkan, tak terfikir pun nak beli novel Baju Melayu Hijau Serindit ni walaupun dah tertarik masa baca sinopsis. Sebab? Satu, kewangan semakin terhad. Dua, saya 'terbeli' banyak novel sampai terluba buku adik dan seterusnya membawa kepada sebab pertama tadi. Tapi lepas terbaca cerita pendek 'Pelangi', hati terus teruja nak baca Baju Melayu Hijau Serindit! kebetulan pulak Contengan Jalanan sold out haritu cuma akan re-stock hari Khamis. Memang nak tak nak kena pergi balik! Tak kira, tak kira! jalan yang sesak, walau ribut taufan melanda akan ku harungi jua! chewah!

Nasib baik ada kawan sanggup teman. *Atau lebih tepat lagi kena paksa teman pergi!* Hehe. :P

Memang berbaloi pergi lagi sebab dapat jugak beli CJ dengan BMHS akhirnya. Tapi CJ saya tak baca lagi, saya baca BMHS dulu. Dan saya suka sangat novel ni! Jalan cerita yang tak terlalu kompleks bagi saya. Sebab kalau kompleks sangat saya biasanya akan skip part tu, ataupun baca ending terus! :P Tapi kan, saya ada satu tabiat pelik yang mana saya akan baca ending dia dulu baru start baca buku tu. Sebab bila dah baca ending baru rasa teruja nak baca isi dalam, tak kiralah ending dia tu happy ke sad ke.

Rasa nak tergelak bila baca BMHS ni sebab watak Wardah 'Dorothy' tu seakan-akan sama dengan saya. dia ada satu kasut warna merah yang kebetulannya sama macam saya yang ada satu kasut warna merah jugak. Lepastu ada jugak certain characteristic dia yang seakan saya. :D First time saya baca novel, saya terjumpa watak yang lebih kurang je perangai dia macam saya. LOL!

Pasal kasut merah tu, semua orang pelik macam mana saya boleh tertarik nak beli kasut tu,  sebab kalau nak diikutkan saya bukan nya ada banyak baju warna merah nak matching kan dengan kasut tu. tapi yang saya ingat saya dah terdesak sangat sebab kasut yang selalu saya pakai tu dah rosak, so nak tak nak kena lah cari baru. Masa tengah jalan dekat Jalan TAR ternampak crocs warna merah tergantung macam memanggil-manggil 'belilah aku, belilah aku...' Lepas cuba-cuba memang tak fikir panjang terus beli, sebab bila dah cuba kalau tak beli nanti kempunan, balik rumah nanti termimpi-mimpi lepastu menyesal kenapa tak beli tadi. Haha  yang ini pun dah sama lagi dengan watak Wardah tu jugak.Akhirnya saya tak selalu pun pakai kasut tu sebab takde baju nak matching kan, tapi kalau dah darurat contoh masa exam saya pakai jugak. rasanya dari jauh penjaga exam tu dah nampak kasut saya kuttt. :P

Bukan takat kasut merah tu je, saya ada jugak terbeli kasut yang agak pelik warna dengan design sebab, bila dah cuba lepastu suka kena beli kalau tak beli nanti termimpi-mimpi. Aigoo...prinsip yang macam ni kalau diamalkan selalu pemilik hotel pun boleh bungkus dia punya perniagaan.

Lagi satu yang buat saya rasa nak tergelak bila part Wardah kata rupa dia yang biasa tu pun semua orang takut nak tegur sebab rupa dia tu nampak 'masam'. Sama kes dengan saya sebab dulu saya ada sorang kawan, lepas bertahun-tahun sekelas baru dia berani nak cakap, nak gurau-gurau dengan saya. Sebab dia kata saya nampak garang. -___-" Ish, mana ada la.

Dan Wardah juga tak suka pergi kenduri kahwin sebab ramai orang. Bila ramai orang keadaan jadi panas dan merimaskan. Sama macam saya jugak, tapi saya ada sebab lain lagi kenapa saya tak suka pergi kenduri kahwin lagi-lagi bila di kalangan sedara sebab nanti ada je la soalan cepu-tak-berapa-nak-emas bila lagi  turn saya pulak? -_____-" Kenapa bila dah lepas umur layak mengundi soalan-soalan macam tu yang akan keluar? Kenapa? Wae? Penat saya nak menjawab sebab saya memang tak tau bila.Kalau saya tau senang la saya nak menjawab kan?

Lepas je habis baca buku ni rasa teruja nak baca novel dia yang lain. Nasib baik hari sabtu baru-baru ni sepupu nak pergi pesta buku, saya apa lagi, pergi ikut jugak la buat kali ke tiga. :) Saya dapat beli Untuk Awak Teja Aulia, karya penulis BMHS jugak. Nasib abang dekat booth tu cakap penulis dia SYUD ada dekat situ. Saya memang dah suka dengan gaya penulisan dia lepas baca 'Pelangi'. Apa lagi terus la saya dapatkan autograph dia. Rasa happy macam nak melompat pun ada. LOL. Baru jumpa penulis novel. Kalau jumpa Kim Jaejoong? Takde lompat-lompat, terus redah bodyguard dia lepastu kidnap bawak lari. :P


6 comments:

UknoWana said...

lama tak jengah sini... baru update pasal fay..heheh

nourelcahaya said...

fay, best x cite Buat Awak Teja Aulia?

WZulhilmi said...

ni dah boleh jadi watak tema utk diri ko. hahaha

Fay said...

Wana: lama x upate psl wana jugak. hehe. sekarang dah free sikit boleh update selalu!

nourel: best! baru baca half. :)

wzulhilmi: lol. tu tempias sikit je.

'Izzati said...

fay kalau fay nak tahu syud tu suka DBSK jugak rasanya.. kalau x salah la.. hehhee

semua cerita dia memang best.. :D

ayumiyoshida said...

ini merah sebab cassie ni. lol.

saya suka cerita shud, nanti la jalan book store akanku beli jua haha,