Apa nak buat lepas ni?

Yeay! Saya tau benda ni sangat lame tapi saya nak cakap jugak peduli apa ni kan blog saya. cehcehceh. Saya dah habis exam dah 2 hari lepas. Yeay! Fuh. Lega rasanya, macam ada satu bebanan besar yang dah terlepas. don't worry I'm still fine, walaupun saya selalu cakap stress dengan bunyi bising belakang dekat belakang rumah ditambah pula dengan cuaca panas ya amat. Haha betul la kata lecturer saya, 'Tiada siapa yang pernah mati disebabkan terlebih study'. memang lah takde, tapi yang transform jadi panda dengan insomnia ade la. -_-"

Secara keseluruhannya exam tu okey je lah, cukup lah sekadar saya cakap saya boleh jawab. Itupun dah dikira jawapan selamat. Kalau saya cakap tak boleh jawab, hmm menangis di penjuru bilik la gamaknya. Lagipun saya ni bukannya termasuk dalam kategori harapan bangsa dan negara yang  kalau cakap tak boleh jawab exam pun tiba-tiba dia boleh skor. Tsk -_-"

Okey lah kita tolak tepi cerita pasal exam. Sekarang dah lepas exam ni dengan cuti empat bulan apa yang saya nak buat ye? Atau apa yang patut saya buat? Cuti semester 4 bulan dah serupa macam cuti musim panas dah.

1. Pergi Latihan Industri
Nampaknya saya kena spend 2 months of my 4 months holiday pergi latihan industri. Tapi kan, tapi kan yang sernoknya kan saya LI dekat dengan rumah je! Call me manja or anything you want, tapi the reason kenapa saya nak buat LI dekat dengan rumah sebab dekat rumah senang makan minum free, sewa rumah pun free siap boleh dapat elaun lagi! *sambil bodek-bodek ayah* Pfft. Nasib baik hospital yang saya mintak tu tak reject permohonan saya, kalau tak pening jugak sebab dengar-dengar yang mintak HUKM pun tak dapat tempat(?) Tapi yang saya tak puas hati kenapa LI saya strat 3hb?! Fakulti lain start 8hb apekesni?

2. Dapatkan lesen P.
Ingat lagi saya pernah tensen dengan cikgu memandu saya? Haha sebab saya tensen sangat sampai saya tak nak pergi ambik pre-test. LOL. Memang la nak kena ketuk kepala budak ni. Kalau saya tensen selalunya memang saya tinggalkan benda yang bagi saya tensen tu macam tu je.  Nasib baik je la dia ni kalau tensen belajar tak terfikir lagi nak berhenti belajar. =_=

3. Buit kuih raya.
Huh? Seriously? Ye saya tau puasa lambat lagi, raya pun lagi la lambaaaat lagi tapi haritu masa ibu call dia dah siap pesan dah cuti nanti tolong ibu buat kuih. Aye, aye sir! tapi tengoklah nanti siapa yang buat kuih, siapa  pulak yang menghabiskan kuih sebenarnya

4. Baca novel dan marathon drama
Saya baru je beli beberapa novel dekat pesta buku haritu. Siapa yang tak cair kalau buku murah-murah. Sampai ada orang tu sanggup pergi dua kali semata-mata nak beli novel. Hihi! Sekarang ada 5 buku, sebenarnya banyak lagi nak beli, tapi sebab hujung-hujung semester, i broke already. -_-" Oh saya ada beli Contengan Jalanan tak tau lagi bila nak baca :D

5. Kerja part-time.
Haa yang ni memang dia plan selalu tiap-tiap cuti tapi selalunya end up dia buat full time job makan dan tido dekat rumah je. tengok kali ni plan dia ni jalan ke tak.


Tapi ia-ia kau buat plan bagai ni barang kau dah siap kemas belum? =___= next semester dah duduk rumah baru, tapi rumah baru dah tak dapat tengok view KLCC dah. Tak dapat la nak tengok bunga api dekat KLCC lagi. tsk.


5 comments:

sizuka[Izzati] said...

lah yeke kne pindah.takpe amek gmbr klcc bebanyak nnti tmpal dekat dinding umah baru :)

kema said...

jom ronggeng smpai pokai..kah3... =P
yeayy lama tak jumpe cik fana neh...

syufaa said...

hahahah..plan yg sgt bykkk..psstt..pos ckit kueh rye kt syufa! =P

ayumiyoshida said...

banyak tu plan dia! semoga berjalan lancar ya! keke

Fay said...

Sizuka: tak perlu pergi je KLCC tuuu~ XD

Kema: eleh org tu dah kerje boleh la nak beronggeng sampai pokai, tiap bulan gaji masukk. you must treat me this time. i want SECRET RECIPY! yeay!

Syufaa: saya ps kuih raya masuk perut dulu. :D

nurul: lol. banyak je tapi jadinya x tau la. -_-"