Shopping di GIANT

Tadi petang lepas habis kerja singgah Giant sekejap. Cadangnya nak beli hadiah kahwin sepupu, lepastu nak beli aiskrim sekali. Terasa nak makan aiskrim lepas kakak kat tempat praktikal belanja aiskrim tadi. Ini yang best praktikal dekat sini sekarang. Hari-hari ada je makanan free. Kerja tak banyak, perut kenyang, hati senang. Hehe. :P

Masuk dalam Giant, mata terpandang sorang cashier. Sekali pandang macam  kawan aku. Dua kali pandang bukan kawan aku la. Tiga kali pandang, eh hensemnya. Tiba-tiba dia pandang aku. *Doki-doki* Ah kantoi aku tenung anak orang lama-lama. Okey aim lepas borong barang dalam Giant nak pergi bayar dekat kaunter dia. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Mana tau sambi bayar, boleh bertukar no. telefon. Tak dapat no telefon FB pun jadik. Hikhik. Amboi kemain gatal ye kau. Tapi terpandang ibu kat sebelah, tak jadi lah nak buat plan yang kreatif tu. nanti ada pulak yang sakit jantung tengok perangai anak gadis dia yang serupa gini. Selalunya kontrol ayu je memanjang. Kontrol ayu? Tiba-tiba rasa nak muntah baca blog sendiri. HAHAHA!

Tengok-tengok barang dekat Giant macam takde yang berkenan di mata. Semua stok lama je. Susah benornya la nak mencari hadiah untuk pengantin ni. Nantilah. Susah-susah karang aku bagi je set pinggan mangkuk plastik. Kalau gaduh baling-baling pinggan tak pecah. Hahaha! Dah sebab takde pilihan, tak jadi lah nak beli. Nampak tumbler beli tumbler satu. Ayah dah membebel sebab suka sangat recycle botol mineral. Aiskrim pun tak jadi beli sebab lepas lima minit makan aiskrim dekat tempat kerja je suara dah jadi terkepit macam Fasha Sandha. Nampak aiskrim pun jalan pejam mata je lah, kalau makan lagi mungkin esok suara bertukar jadi suara Jaejoong. Mata cuma terbuka balik bila nampak biskut. :D

Dah ambik semua barang, tiba masa nak membayar. Ala kaunter yang ada cashier hensem tu penuh berbaris orang. Ceh. Mentang-mentang la hensem semua orang nak bayar dekat kaunter dia. terpaksa bayar kaunter lain sebab ibu nak cepat. Takpe jodoh pertemuan kan di tangan Tuhan. Kekeke! 

Balik dari Giant singgah ambik adik dekat kelas tuisyen. Adik pun nampak aku punya tumbler sibuk nak satu jugak padahal dia dah ada satu dekat rumah. gedik tau dia ni. Tetiba ayah cakap "jom lah beli lagi." Wah! Ini tak adil! Kalau aku dulu jangan haraplah nak dapat okey. Tapi takpe. Tak kisah lah. Kalau hari-hari nak pergi Giant pun takpe. *Muka bercahaya* Hihi~~. Mungkinkah ini yang diakatakan jodoh? Ecewah, ayat dah macam ayat novel je..

Tunjuk dekat adik, dia kata macam pelakon korea. Eceh adik. Semua orang kau nak samakan dengan artis korea. Adik pergi ambik tumbler dia, nak bayar dah aim nak pergi kaunter dia. Ala penuh lagik. Ish. Pergi kaunter lain jelah sebab nak cepat. Lagipun dah petang sangat. 

Cashier dekat kaunter ni pulak asyik berborak je dari tadi. Ini boleh mendatangkan marah. Penat aku tunggu nak bayar satu barang je ni. Aku pun panggil "Kak." Borak lagi. "Kak..ooo..kak". Dia toleh lepastu pandang aku sambil tarik muka empat belas. Muncung pun panjang dah boleh buat ukur laman rumah aku je dah. Mana tak nye, muda lagi kena panggil 'Kak' dengan aku yang dah sah-sah lebih tua dari dia. HAHAHA! Ala relax lah 'Kak'.  Nanti kalau main hoi, hoi je orang kata kurang ajo la pulak. Lain kali nak kerja tu kerja lah bukan dok borak je. :P Customer first okey!

Nak keluar dari Giant tu sempat lagi tengok cashier tu dua saat. Alamak dia pandang aku jugak. *doki-doki* Kantoi lagi aku dok tenung anak bujang orang. Eh bujang lagi ke? Sekali dah kahwin. Haha!

Agak-agak lepas habis praktikal nanti Giant nak pakai orang lagi tak? Kehkehkeh. Ala, kalau kerja situ nanti "akak" cashier tadi mesti tak puas hati dengan aku. Kehkehkeh!  :P



5 comments:

ayumiyoshida said...

yeah, kirim buah epal dari giant satu! haha. ni giant mana yang di maksudkan ni? eceh, kono satu negeri bajet2 dekat boleh pi usha la. jangan risau, tak tak. kehkeh.

anyway. gudd luck mission. entah2 mmg part timer yang bujang hensem berbudi pekerti haha. apa lagi, berusaha! LOL.

balqis said...

kalau jodoh, tak ke mane.
like :)

Ryna Tri Asmara said...

dear~ so sweet entri ne. hehehehe~ xD lepas ne pegi giant hari² okay ;D

WZulhilmi said...

fay sila ubah tajuk entry kpd
"cashier Giant yang hensem telah memikat hatiku" hahahah

Iji said...

hahaha gatal. kahkahkah.

p.s: kita pon sama jugak.. tapi bila dia perasan kan kita wat2 x pandang.. hahah