Shahir ooo Shahir....

Pagi-pagi tadi lepas masuk kerja, macam biasa terus masuk lab. Itupun lepas megulor buat beberapa minit sebab datang awal. Lab hari ni bersepah sikit, macam kena tsunami je orang yang on-call semalam. Kemas-kemas apa yang patut, susun sampel, asingkan ikut borang dengan ujian sementara nak tunggu kakak trainer tu sampai. Cehcehceh rajin kan? Memang lah kena rajin. Dah namanya tengah praktikal. Kekekeke! kalau dah kerja tu lain lah. :P

Sambil-sambil buat kerja, sambil dengar radio baru pagi-pagi ceria sikit nak buat kerja. Semenjak praktikal ni pandai sikit lah dengar radio. Masa kat hostel memang boleh kira dengan jari berapa kali saya dengar radio, itupun tak habis jari nak kira. Dan masa ni lah pulak tetiba keluar berita hangat lagi sensasi lah kononnya dekat radio,

Rozita Che Wan mengaku bercinta dengan Shahir, namun pihak Shahir menafikannya.

Speechless. Ini bukan berita hangat, berita hangit sebenarnya. Potong mood pagi-pagi Jumaat yang sepatutnya happy sebab kan dah nak weekend. Kak Rozita ooo Kak Rozita why Shahir? Why? Wae? Ah yelah si Shahir tu kan hot stuff sekarang ni. Nak-nak pulak lepas dia keluar statement yang dia suka perempuan yang lagi tua dari dia dulu. Statement Shahir yang satu ni buat saya kecewa sikit,  sebab saya muda lagi dari dia *kononnya*. -_-" Aicewahh Kak Rozita ambik kesempatan nampak? *wicked smile*
Dalam hati tengah jelaous, sakit hati semua ada ni.*fangirl mood* Tapi takde la sampai nak pergi terjun lombong. Itu kerja bodoh namanya.


ps: psiko gila shahir dalam mv ni. aku yang duduk depan laptop ni takut gila tengok. fuh. nasib baik je hensem dalam mv ni. gagah jugak aku tengok sampai habis. eceh. tapi orang hensem-hensem ni pun kalau psiko pun takut juga.Masa tengah tengok mv ni aku terbayang si acid splasher tu. macam lebih kurang je ceritanya.



3 comments:

Wanie said...

Shahir 2 malu2 kambing kot..hehe
xpela cinta x knal usia..
kalau btol2 siries bgusla..
jgn bikin kontroversi murahan je..

Latest Entry: Happy Birthday to Me

ayumiyoshida said...

Wah shahir, kita yg muda remaja ada, tak mau. haha bunyi mcm ayat loser pulak. Kehkeh

WZulhilmi said...

shahir tu siapa ek? *ok nk kena lempang*