It's all about loving your parents

I'm missing my home. I'm missing my parents. Dipendekkan cerita saya tengah homesick sebenarnya. Ish.

Ini semua gara-gara saya pergi tengok cerita Khabi Khushi Khabie Gham semalam. Keinginan nak tengok cerita tu tak tertahan-tahan lagi. Dah lama je simpan dalam hard disk tapi sebab BANYAK kerja tak siap, so cerita tu simpan dulu sampai la semalam housemate saya pergi tengok cerita tu, saya pun apa lagi tolak tepi semua nota dengan buku pergi tengok balik cerita hindustan tu.

Lepas tengok cerita tu terus rasa nak balik rumah. T^T Memang manja.

Guess what? This is actually my 4th time watching this film. Walau dah 4 kali tengok pun masih lagi menangis sampai mata bengkak. -_-" Masa 1st time tengok dulu saya cerita dekat ibu saya yang saya menangis tengok cerita ni, boleh pulak dia bantai gelakkan saya. Haha mesti sebab dia tak sangka anak perempuan dia sorang ni nampak je macam takde perasaan rupanya hati lembut jugak. ;p 4 kali tengok, 4 kali tu jugak la nangis. Dahsyat ni.

Housemate saya tak percaya yang saya ni tengok cerita hindustan. Iyalah kan, knowing me, a Kpop fan, mana la nak tengok cerita-cerita hindustan ni. To tell the truth, I grow up watching hindustan's film sebab ayah saya peminat hindustan kot. Pantang bagi dia kalau dia tengah tengok cerita lepastu saya pergi ambik remote tukar channel. -_-" 

Tapi saya cuma tengok cerita yang ada Shah Rukh Khan je la. Dari kecik saya minat dia kot, sebelum Jaejoong lagi. Dia hensem kot. Dah tua pun hensem lagi. Kekeke.


4 comments:

'Izzati H. said...

mcm kawan saya plak depa x percaya bila saya ckap saya big fan of thai movies/drama.. depa ingat kpop fans layan kpop je kut.. aci main redah je kan.. kekekek

ayumiyoshida said...

lol. kpop fans pun ada live lain jugak. keke. tp sy tak pernah khatam kabi khushi , walaupun da byk kali tgk, sbb selalu time tgh tengok, tiba-tiba kena pergi kedai la, tak pun org datang rumah la, ada je halangan. haha. saya pun membesar dengan hindustan jugak. well, panggung sabtu kan? cuma sekarang da kurang sbb hindustan sekarang tak sebest 9-10 tahun lalu hehe

Ryna Tri Asmara said...

dear~ same goes to me. kalau tengok kabhi kushi khabie gham ja confirm menangis macam ada orang meninggal T__T

even sudah tau cerita, tetap nangis kan ? heee~ itu special nya dekat movie hindustan ne :)

WZulhilmi said...

aku dh lupa dh cerita tu mcm mana. dh lama tinggal. x pe2 lepas final boleh duduk umah!! =)