Dah namanya pun hidup di tengah bandar kan.

Hidup di kawasan bandar memang sesuatu yang menyeronokkan. Lagi-lagi pemandangan dari balkoni dan tingkap bilik kau adalah bangunan KLCC yang tersergam indah dan kau memerlukan masa tak sampai setengah jam nak ke KLCC, Times Square, Bukit Bintang etc. Bila stress study boleh berjalan-jalan, shopping sekejap bertambah-stress-bila-over-belanja. Bila stress tak dapat jawab exam boleh pergi terjun bangunan KLCC.

Ish.

Tapi bila belakang apartmen kau ada projek pembinaan itu bukan sesuatu yang seronok lagi ye. Sekiranya  dari pagi sehingga larut malam kau terdedah dengan bunyi-bunyi bising tu, tambahan pula sekarang kau tengah dalam minggu peperiksaan memanglah menggugat tahap kesabaran. Jadi perlukah pergi dekat balkoni rumah dan menjerit kut-kuat 'Hey senyaplah orang nak study ni!'. Tak perlu. Sebab takde siapa nak peduli pun. Silap-silap kau yang kena sound dengan jiran sebelah, atas dan bawah. Tsk. jadi apa yang kita boleh buat ialah tutup sliding door, bukak youtube, tengok movie sampai menangis ataupun luahkan perasaan tidak puas hati tu dekat twitter/blog. Hey kalau mcam ni gayanya memang la tak boleh nak study. *kononnya*

Kitorang punya rumah tingkat 9. Walaupun bukan atas sekali tapi macam-macam ragam orang dekat bawah kitorang boleh tengok dari balkoni rumah sendiri. Termasuklah adegan birthday party sambil baling-baling tepung dengan kek semalam. Fuhh. rasa nak join sekali dari tingkat 9 ni. Rasa nak baling air. HAHAHAHA *evil laugh*. Mana tak nya, orang tengah berguling dengan gastric pain tambah ada paper  esoknya boleh pulak diorang bising-bising dekat bawah tak hirau orang sekeliling.

Ada masa kau boleh dengar orang bersorak masa perlawanan bola.Sebab belakang rumah ada gerai yang ada skrin besar. Bila diorang jerit GOAL yang dekat dalam rumah pun ikut jerit GOAL sekali padahal tak tau siapa yang menang siapa yang kalah.

Disebabkan kedudukan rumah dekat sangat dengan HKL kau boleh dengar siren ambulans selang sejam.

Paling seriau bila tengah malam stay up sorang-sorang tiba-tiba kau dengar bunyi orang menangis sayup-sayup. Seriau tak seriau. Tapi lepas intai-intai dekat balkoni rupanya jiran kau tengah menangis. Nasib tak ada adegan terjun bangunan. -_________-"

Bersabarlah dan istighfar banyak-banyak. Dah namanya hidup di tengah bandar dan berjiran pulak tu.

Kadang-kadang seronok jugak bila KLCC tiba-tiba je ada letupan bunga api. masa ni semua penghuni rumah menjakun dekat balkoni. HAHAHAHA. Lepastu wonder, eh ada event apa dekat KLCC haritu? Haha nama je duduk dekat dengan KLCC tapi event dekat KLCC pun tak tau, macam haritu ada konsert dekat KLCC saya TAK TAU PUN! Orang mesti kata kuat benor study sampai tak hirau sekeliling. Tak pun sebenarnya.


p/s: Ini petanda saya tengah stress la ni

8 comments:

nourelcahaya said...

jgn stress-stress sgt cik fay

nourelcahaya said...

jgn stress-stress sgt cik fay

WZulhilmi said...

hahaha. mcm2 bunyi.. boleh buat koleksi sample bunyi-bunyian disekeliling rumah saya. LOL!.. weh klu ak mmg tension dh..nasib baik uni ak ni dkat dlm "hutan".

_fahakyu_ said...

serius stress hahaa

ayumiyoshida said...

ahahaha, macam2 bunyi. saya yg dekat sini siang2 selalu ada bunyi orang tembak2 sebab dekat dengan lapang sasar kut, pun dah tensi, lagi kalau duduk kat tmpat kamu, mau jadi bingung. haha

'Izzati H. said...

hehehe kalau kat U saya bunyi apa pon tak da.. paling koman pon minah arab yang jelita pasang lagu depa kuat-kuat.. sambil party sana sini.. tapi buat masa ni masih boleh survive..kut.

anyway fay all the best for final.. study smart and lepas tu tawakal banyak2.. inshaallah okay..

Rina Rossoneri said...

KLCC memang penuh dengan event, no need to know pun..xpenting utk tahu aktiviti membazir dorang...
nasib baik kita dah biasa dengan bunyi bising...belakang rumah ada org buat rumah,depan rumah pun, tepi kiri kanan pun...debu2?? jangan citer lerrr...

sizuka[Izzati] said...

whoahhhh syok ah dpt tgok klcc dri balkoni umah sndiri.hehe.aritu dpt tgok klcc dri tingkap pun ble stay dkt bilik mmber dkt ukm.konon nak dramatik kan tenung klcc before tido.HAHAHA.