0330 punya cerita

Kenapa 0330? Sebab semalam saya plan nak tidur pukul 0330, tapi biasalah dah namanya plan memang selalu tak jadi. Pukul 0230 saya dah surrender dah. =.=

Dah 3 malam berturut ni saya mimpi lecturer saya masuk dalam mimpi saya. Malam semalam siap dekan fakulti pun nak ikut sama  masuk dalam mimpi saya sekali. Dekan? Why? Sebab kebetulan memang dia ada ajar satu subjek killer ni. Aigoo. Apa makna semua ni? Kalau diorang masuk dalam mimpi siap bawak soalan dengan jawapan takpe la jugak. Tak la saya bangun pagi-pagi cuak bila teringat subjek yang lecturer tu ajar tak habis baca lagi. Ishh.

Tapi pernah dulu la kawan saya mimpi soalan exam, sekali esoknya memang betul soalan tu keluar. Wooh. Memang miracle.

Jadi untuk mana-mana lecturer yang plan nak masuk dalam mimpi  saya malam ni bawak-bawak la soalan exam sekali. Lebih afdal kalau siap bawak jawapan sekali. I might do well in the exam. Kekekeke.

That's all. I should put stop here and moved on with my notes. 


4 comments:

Ryna Tri Asmara said...

mimpi lecturers ? 3 malam berturut² ? dekan fakulti lagi ? hahaha~ parah ne, dear. hari tu terbaca dalam internet, kalau kita termimpi seseorang tu, besar kemungkinan orang tu selalu berfikir pasal kita.

hahaha~ maybe your lecturers tu terfikir pasal kamu ja kan ;)

Fay said...

*pengsan*

macam kelakar pulak dia nak fikir psl saya. he's not even my supervisor pun. dekan? ke sbb saya ada hutang dgn universiti? ish

ayumiyoshida said...

petanda baik tu, petanda baik. hari ni jumaat mungkin dia akan datang dengan skma jawapan. ;D

WZulhilmi said...

ko asyik terpikr je kut benda tu. tu yg sampai termasuk dlm mimpi.. gudluck!!