Tentang hati dan perasaan

Aicewahhh tajuk memang nak dramatik sesaje. Hehe. Hidup saya kan memang penuh dengan drama, cuma kurang air mata je, tu sebab tajuk pun nak ikut dramatik jugak. Hey apela kau merepek-repek ni Fay? Oklah mana ada dramatik mana pun, sikit-sikit je ade la kot. Eh?

Hey hey saya baru perasan, saya ni komplen je banyak la dekat blog. Itu tak kena, ini tak kena. Agak-agaknya kalau orang yang baca blog ni mesti fikir 'hey perempuan ni pelik la.' tsk tsk.Agak-agaknya lah kalau blog ni manusia mesti dia pun penat nak melayan saya yang banyak kerenah ni. Hey memang betul la kata orang perempuan ni banyak emosi -_-"

Okayyy lah.

tadi dalam kelas lecturer saya pesan, walau sesusah mana pun hidup kita ni, ada orang yang lebih susah hidupnya dari kita. Jadi dia pesan walaupun hidup kita ni tak semewah orang lain, tak secantik Erra Fazira, tak sehensem Encik Kim Jaejoong (eh? tiba-tiba), selalu kena marah dalam kelas, kena tolak 30% sebab ponteng kelas SEKALI, kena ingat ada orang lain yang hidup nya lagi teruk dari kita. So bersyukur la atas apa yang ada. :)) Jadi lepas ni kena struggle untuk 70% tu la.

Insaf saya lepas dengar kata lecturer saya ni. hey lepas ni saya cuba tak nak komplen banyak-banyak lagi la. Kalau berjaya alhamduliilah, kalau tak berjaya maknanya si budak Fay ni memang tak insaf-insaf lagi la. Dia bukannya taubat, tapi tau buat je. Ok alasan semata. -_-"

*****

baru-baru ni kan saya TERminat dengan group Infinite ni. eh boleh pulak TER-TER ni kan? Masa diorang debut dulu takde lah follow sangat sebab takut TERaddict. Haritu terdengar lagu diorang BTD terus teraddict. Oh dalam banyak-banyak lagu selain BTD saya suka lagu ni. Sebab saya kan peminat genre-genre ballad ni. Lagu lain pun not bad owh. :P



owh saya suka si rambut blonde tuuuuuuu! hey Encik Kim Jaejoong kamu ada pesaing dah sekarang. Eh? Tapi sii rambut blonde tu lagi kecil dari kamu la Encik Jaejoong. *age is just a number je kan? cehcehceh*

hey hey bila bercakap pasal hati dan perasaan ni, sebenarnya saya tengah dup dap dup dap ni. esok ada presentation biostatistik weyh. subjek ni bukan setakat exam je rumit, projek nye pun rumit jugak. harap-harapnya esok semuanya berjalan lancar ye. tak senang duduk saya malam ni. nebes lah. *dugeun dugeun*




11 comments:

'Izzati said...

diorang menari pon style fay! hahahaha

Fay said...

a'ah very synchronize kan?

Rina Rossoneri said...

Jangan curang lah..hahah

Fay said...

lol. dia si rambut blonde tu adik saya lah. ;p

Anonymous said...

wahh, sape rambut blonde tu. kacak la. auwww. :)

ayumiyoshida said...

ecehh, nti teraddictlah tu. ekeke

gud luck esok! :)

WZulhilmi said...

rmbut blonde yg ikat tocang tu ke ko suka? LOL..

gud luck for presentation!! ^__^

Fay said...

rara nasiha: kacak?? haha sebab tu saya sukaaa ;p

ayumiyoshida: hehe dah teraddict ni. eh presentation dah lepas. ;p

wzulhilmi: asal? ko x caya ke? ;p

Nadia said...

sukaaaaaaaa Infinite! dah teraddict ngan diorang dah ni (ss501 dah ada pesaing sekarang ;P)

Raji and Yeen said...

hak2
kesian kau xabis2 lgik menyesal kena tolak 30%
aku memahami perasaan kau
hahaha ;D

liyanazulkifli said...

hye hye . 1st time comment. hehe . sy suka sungyeol and L . hehe :)