Night of excellent?

Rasa macam menyesal pergi dinner kolej malam tadi. Kalau la saya tau suasana nya memang hambar macam ni lebih baik saya duduk rumah je diam-diam siapkan semua kerja yang tertangguh. Pada saya je la suasananya hambar, mungkin pada orang lain tak kot?

Punya la saya dengan cik-cik housemate lain excited bagai nak rak nak attend dinner, konon-konon malam semalam nak enjoy puas-puas sebab this coming Monday (or week) might be the worst day kut dengan ada 2nd Toxicology quiz, presentation dan assignment. *blergh*. So before the worst week tu datang lebih baik kita enjoy dulu kan?

Hmm, tempat dah ok, memang cantik dan better dari tahun-tahun lepas punya,. First time dinner ni  buat dekat dewan kat atas bumbung. Haha memang agak jakun disitu la saya.TAPI dia punya makanan tahun ni kalau ikut ranking saya yang sukakan makanan ni memang worst la berbanding tahun lepas punya. Nasi dia keras, lauk pulak masin sikit. Alahai memang fail terbesar di situ. Sudah la  tujuan utama saya pergi dinner ni sebab nak makan je dan nak enjoy jugak. Kalau bab makanan je dah fail, memang mood malam tu hilang lah. Persembahan pun biasa-biasa je dengan sound system rosak. Haih.

Harap-harap tahun depan jangan la fail macam tahun ni punya sebab next year saya punya last year untuk dinner kolej ni before saya graduate dan keluar dari UKM ni. Lepas saya habis belajar nanti mesti benda-benda macam ni jugak yang akan saya rindu? Err makanan dinner malam tadi mungkin saya tak rindu kot? Kekeke.


Ini masa nak balik dari dinner. Saya dengan cik-cik yeoja chingu keluar cepat-cepat sebab tak nak berebut lift dengan bas. Program tak habis lagi masa ni, tapi malas nak tunggu lama-lama. Program lucky draw je pun, memang tak pernah nya lucky pun so lebih baik keluar awal je lah kan?

Rasa-rasanya tema "Night of Excellent" semalam tu rasa-rasanya tak kena untuk saya kut.

-_-"


8 comments:

ayumiyoshida said...

phewwittt!! merahnya mak ngah! haha

paling tak suka jugak kalau dinner makanan tak sedap. haha

WZulhilmi said...

I will complaint like crazy klu makanan x sedap. *konon*..

nk lah jugak ckp.. "merahnya mak ngah!!" hahaha..

Fay said...

tema merah haruslah mengah seperti mak ngah. kekekeke

Rina Rossoneri said...

hahahah ukm?dinner kolej??? no need to expect too much okey..hahahaha

intansyazana said...

toxicology?
rasa malas nak pgy kolej plakkkkk

Raji berkata said...

wow dewan atas bumbung cmbest jer?
syg makanan der cmtuh lak
slack2

UknoWana said...

aigoo~ takot plak wana dengar, wana jd APM untuk excellence awards for my kolej.. jgnlah ad yg boring...huhuhu

'Izzati said...

hehehe kalau saya, every dinner pon rasa boring.. kahkah.. yang enjoy tgk performance je and tangkap gambaq.. kikiki