Fay and the chocolate factory

Bagi penggemar coklat tegar macam saya, sesi lawatan ke kilang coklat memang seumpama melawat salah satu syurga dunia. Itu bagi saya lah. Bagi orang lain mungkin lawatan ni salah satu cara nak lepaskan stress sebab asyik terperap dalam dewan kuliah je. Good job lecturer! Excited nya saya bukan main lagi, sampai 2-3 hari sebelum lawatan tu saya dah asyik tweet dekat twitter tu tak sabar nak pergi kilang coklaatttt! Jakun disitu pun ada jugak la. Haha. Biasalah saya kan spesies manusia yang suka menyepam timeline orang. LOL!

Dan, dan keterujaan saya ni pun turut dikongsi rakan-rakan serumah. Yeay! Sehari sebelum lawatan tu semua sibuk 'Eh nak pakai baju apa lawatan esok?' HAHAHA! Kalau dah namanya perempuan itu perempuan jugak. Walaupun almari dah nak runtuh, pintu tak boleh nak tutup masih lagi tak tau nak pakai baju apa. :D

Baiklah, kita tolak tepi cerita kawan-kawan saya tu.


Ha..tudia tudia! Tu lah kilang yang saya pergi haritu! Kilang ni letaknya dekat Seri Kembangan. Datang-datang je disambut oleh bau-bauan coklat yang sangat mengasyikkan. Fuh.Memang seolah-olah terasa seperti berada di syurga dunia. Haha. Itu tipu je. Bau coklat yang tengah di proses sebenarnya tak seenak baunya tatkala di kedai. T__T. Memang sengaja nak bagi saya putus cinta dengan coklat. Tapi ialah bak kata pepatah orang-orang dahulu kala, kalau dah suka kentut busuk pun jadi bau wangi juga. Sebusuk-busuk bau coklat sebelum diproses, coklat jugaklah yang saya carik tiap-tiap hari. Tak makan coklat sehari rasa tak tenang hidup. kalau diberi pilihan antara jaejoong dengan coklat, of course la saya pilih Jaejoong. tetiba. Eh saya bukan nak cakap baunya busuk sangat, cuma err, baunya agak tidak menyenangkan gitu.



Ini masa dekat perkarangan kilang. Ini semua kawan-kawan sekelas yang teruja dapat pergi kilang coklat! err maybe saya je yang teruja lebih kot? -_-" oh ya, by the way dah menjadi kilang ni, adalah untuk tidak membenarkan sebarang gambar atau video diambil ketika lawatan ke dalam kilang. Dalam kilang jerr tak boleh luar kilang boleh, so memang BANYAK la gambar kitorang dekat kawasan luar kilang. Hehe. Masa dekat dalam kilang tu semua orang dok 'Ahh...', 'Ohhh..', 'Sedapnya....' tengok diorang proses coklat. Dah serupa orang baru dapat estacy. Mana yang tak minat coklat pun jadi terminat coklat tiba-tiba. Yang hantu coklat, masuk dalam kilang tu makin naik hantu lah gamaknya. ehemm me la ehemm.

Masa lawatan dalam kilang tu SEKEJAP je. Tak sampai satu jam pun. Muka sorang-sorang dah berkerut seribu dah. OMG. Sekejap nye? Ini lawatan ke apa? Apa nak tulis dekat dalam report nanti? O.O" Mujurlah lepastu orang kat situ bawak pergi testing coklat. Dalam hati kata tak apalah sekejap je lawatan pun., report tu nanti pandai-pandai la kita merepek ye. Yang penting dapat rasa coklat free cepat-cepat. Yeayy!



Haa yang tu kedai coklat! Tempat diorang bawak untuk testing coklat. Yeay! Jangan tanya la saya dekat mana masa ni. Kawan lain sibuk snap snap tapp tappp gambar dekat luar saya dok sibuk berebut dekat dalam kedai tu nak pilih coklat. OMG banyaknya pilihannn! Bila pekerja dekat situ bagi tester semua dok berebut nak merasa. Kekekeke. Orang lain ambik satu je setiap jenis, saya pulak bila orang tak nampak je saya ambik banyak-banyak. HAHAHA! Ingatkan takde orang perasan, tapi ada jugak classmate yang perasan. Geleng kepala dia tengok pe'el sya haritu. Dalam hati dia mesti kata Ya Rabbi budak ni, muka nampak je innocent, tapi perangai... T_____T. Kebetulan ada jugak budak-budak dari International School datang melawat jugak. Jadi memang penuh la dekat kedai coklat tu.

Pilihan pun banyakkk! Tengok yang tu nak beli, kejap lagi tengok jenis yang lain pun nak beli jugak! Sampai satu masa rasa give up, malas lah nak beli! Sebab banyak sangat, sampai rimas rasanya. Orang pun ramai. Semua orang berebut nak beli coklat. OMG panjangnya barisan. Tabah betul pekerja-pekerja dalam kedai tu melayan perangai kitorang. Tapi kalau tak beli apa gunanya pergi kilang coklat. Dah la dapat diskaun. Tapi lepastu bila cek dompet sabar je lah wahai hati. Tak bawak duit lebih rupanya, beli sikit je lah. Orang lain berbakul-bakul beli, saya tak guna bakul pun. tsk tsk. Tapi dalam hati kata tak pelah. Bawak duit banyak-banyak nanti banyak habisnya. dahla dah hujung-hujung semester ni. -_-"


Hasil belian hari tu. Ada satu lagi tapi malas nak snap gambar. Yang satu lagi tu sedap gila! makan sikit-sikit je sebab takut habis cepat. ;p Makan coklat ni kena beringat-ingat jugak. maklumlah saya ni PANTANG JUMPA coklat. Sampai duit banyak habis dekat coklat, lemak pulak yang bertimbun-timbun dalam badan. Eh tapi fakta mengatakan coklat tak menggemukkan. So boleh makan banyak-banyak. ;p





Dah serupa MV teaser je gambar ni.

Happy-happy jugak. Sekarang tengah pening macam mana lah nak buat report. Lawatan tak sampai satu jam. Masa lebih banyak habis dekat kedai coklat, sambil-sambil tu dok snap snap gambar dekat luar kilang. Report pun nak 10 pages. Kalau nak cerita pasal pengalaman memang cuma dapat tulis cara-cara membeli coklat gaya Fay je la. -_-"

Oh ye, by the way, hati saya cair bagaikan coklat pabila melihat gambar ni.




13 comments:

Rina Rossoneri said...

wooooo kalo kita mmg berbakul2 beli..
beryl's tuuuu sedapppppp..dapat diskaun bape percent?

ohhh jaejoong seksi..haha

Fay said...

dapat 5% je rasanya. -_-" terlupa nak ambik duit, terpaksa la beli yg murah dan banyakkk. eh murah2 pun sedappp sangattt!

WZulhilmi said...

first2 tgk gmbr tu mcm "OMG!! BESOO GILA STATUE KOKO. LOL!" aku baca pun sekali excited pulak..isshhh hantu makanan betul..

Fay said...

haha. excited bila baca pasal makanan? ko kalau pergi situ aku rasa lagi teruja tak mau balik agaknya. ;p

Nava.K said...

Must been a wonderful experience, seeing how chocolates are made.

Ryna Tri Asmara said...

kilang beryl's ne macam pernah lalu :D tapi x pernah singgah pun. huhuhu~ T__T btw, saya tau bau koko mcmn. x enak kan bau dia. sebab rumah makcik saya dekat kilang koko. so yea, bau xP

Fay said...

Nava K: yup!

Ryna: oh ni dekat seri kembangan dekat2 dengan UPM. haha. saya pergi haritu baru tau. nasib baik lepas jadi coklat baunya x mcm tu. -_-"

ayumiyoshida said...

omo. coklat! sedapnya. jaejoong tertempek depan mata terus tak nampak. haha.

ohh, bau tak best eh asal2 nya coklat ni. ilmu baru ni. haha

Raji berkata said...

ceh gler cokelat kau nih
hahahah xpe weh biar kita segan
janji puas dpt makan coklat free kan =.=
bknnyer ad supermarket ksi coklat free utk dirasa

Fay said...

nurul: sure ke kalau dapat coklat tak nampak jaejoong? kalau mcm tu kita bagi coklatbanyak2 dekat awak lepastu kita bawak lari jaejoong. lol! *brick*

yup. dia ada bau yg x best mula2 tu. tp dah jadi coklat enak je... :D

raji: of kos la. aku hantu segala coklat, even hantu kak limah pun x dpt menandingi aku. :D
coklat free plg sedap dlm bnyk2 coklat. ;p

'Izzati H. said...

fay mana coklat.. bak sini skit.. eheheh

ayumiyoshida said...

ahahaha, bunyi macam tipu jekan?

tp ...jae depan mata macam mustahil. hmm, coklat depan mata lebih relaven.

hmm,,,


bila jae nak ada depan mata??

adlina said...

nk tanyela ble eh korg g lawatan ni?? ari ape dan pkul bpe???