Hello Sunday!

1. Semalam saya mimpi Malaysia nak berperang. Tentera negara luar siap dah ceroboh masuk negara kita dah. Tapi yang peliknya situasi macam zaman dulu kala. Zaman perang-perang yang kita selalu baca dalam buku Sejarah tu. -_-" Agaknya saya over sangat baca nota Toksikologi pasal chemical walfare tu yang terbawak-bawak dalam mimpi. Heh kan bagus kalau Encik Jaejoong yang datang dalam mimpi saya kan? Takla bangun pagi-pagi saya kena headache bila fikir minggu depan ada midterm, kuiz, presentation, ASSignment. Pfft.


Ini Encik penawar kepada semua stress saya. Teehee!

2. Oh semalam saya termakan roti yang berkulat. Saya tak perasan mula-mula tu sebab dah lapar sangat. Lepas dua, tiga kali gigit tu baru perasan ada tompok-tompok hijau dekat atas roti tu. omaigodd. Terus pergi sinki muntahkan apa yang ada. Yang dah masuk dalam perut tu memang tak boleh nak buat apa dah. Redha je lah. Harap-harap asid dengan bakteria dalam perut buat kerja dengan baik. -__-" Sampai hari ni takde simptom apa-apa pun so maknanya takde apa-apa lah..kot?

3. Next Sunday ada dinner kolej. Orang lain memang hyper nak beli baju dinner baru ikut tema, saya selamba je recycle baju dinner masa 1st year. Haha sebab tujuan sebenar datang nak makan je sebab dah bayar. Nasib baik temanya merah putih sama dengan tema masa dinner jabatan 1st year. So takdelah out of place sangat pun baju saya nanti. Kekeke. Lagipun kalau melampau sangat dressing pun nanti susah nak makan. ;p Kira banyak jugak saya jimat. Duit untuk baju dinner tu saya boleh spent untuk other thing. Kaching kaching!

4. Hmm, sekarang ni saya tengah obsess dengan drama Secret Garden. I know, I'm late kalau tiba bab-bab drama ni. Haha so far ini lah cerita yang saya tengok full takde skip-skip bila tiba part yang tak best. Aigoo sumpah lawak je karakter-karakter dalam tu. Tunggu je lah saya buat review kalau dah habis tengok drama ni. Currently on episode 8. Kalau tengok terus menerus memang tak jadi kerja gamaknya. So kena tengok sikit-sikit dulu. =.=



Dalam banyak-banyak OST saya paling suka yang ni. Sebab dia lagu Ballad. Biasalah ini genre favorite saya. Ada yang versi female punya, tapi saya lagi suka yang versi male punya. Hoho.

5. Saya perasan ramai sangat orang keliling saya ni stress sebab kerja banyak. Hmm belum masuk personal problem lagi kan? Chill and relax ye semua. Lagi stress lagi tak boleh buat kerja nanti. ;) Oh ni pun pesanan untuk diri sendiri jugak. ;p

6. Saya mungkin dapat LI dekat dengan rumahhhh! Yippieee! Senang sikit dekat dengan rumh sebab penempatan free, transport free, makanan free, dah ehemm ehemm encik daddy dan puan mommy nampaknya kerap la saya mintak duit lepas ni. Teehee! Kaching kaching!

Hahaha itu je lah kot saya nak me-random hari Ahad ni. Banyak betul unexpected things yang happen kat saya lately. Ada yang saya mention ada yang tak je. LOL!  Happy sunday to all.

Esok Isnin. Pfft. -_-"



7 comments:

WZulhilmi said...

wah rumusan minggu ini! hahaha. Tu gmbr JJ latest kan? Miaahahaha. Dasar stalker! =P

P/s: secret garden tu apa?

Fay said...

of kos la gambar latest. aku kan stalker tegar.

secret garden tu drama korea lah. ;p

Rina Rossoneri said...

encik junho dah masuk dlm mimpi kita.. mwahahahahhah..

cerita secret garden tu lah kita byk skip...hahahha...last2 xterhabis2 tgk..wat penat download je

1612f said...

secret garden! like like like XDDD

ayumiyoshida said...

wahahaha,, dia pulak layan secret garden. saya punya kegilaan dah tamat minggu lepas,, kamu pulak sambung. serius best kan! haha

Raji and Yeen said...

woahhh menakutkan betul mimpi tuh..
ad kemungkinan juga tuh >.<
bersedialah wahai umat Islam
cewahh serius plak

Iji said...

secret garden sweeeetttt! lepas ni tgk dream high, paradise ranch, n my princess plakk..

hepp orang tu ada thesis tak ingat.. ahaha