Sindrom sebelum exam.

Hey semalam saya kata saya tengok cerita Secret Garden tu baru sampai episod 8 kan? Total semua ada 20 episod. Saya berjaya habiskan baki 12 episod tu semalam. Percaya tak? Ke tak percaya? Huh. Hamboi engakau Fay, memang bersuka-ria tak ingat dunia dia semalam menghadap drama tu dari pagi sampai ke malam, padahal esok ada midterm Biologi Molekular subjek yang paling dia lemah pulak tu. Aigoo. Itulah nak cakap kat sini. Selagi tak habis tengok drama tu, bila plot cerita tu makin komplikated makin excited saya nak tengok nak tau endingnya. kalau tak memang tak tenteram jiwa nak menghadap nota asyik-asyik terbayang je drama tu dalam kepala. Ceh alasan. Eh, penat-penat study mestilah nak kena ada coffee break kan? Ok alasan lagi.

Har har har.

Masa 2nd year dulu, saya habiskan tengok cerita Code Blue sampai tersedu-sedan mengalir air mata dua hari je sebelum paper Biochem. Pergi dewan exam mata bengkak sembab, bukan sebab study sampai tak tidur malam, tapi sebenarnya overdose tengok drama. -_-"

Oh esok exam. Midterm je tapi kalau teruk dekat midterm, teruk la final. Ini bukan exam yang kita boleh masuk je dewan bawak pensel sebatang dengan otak yang kreatif. Esok punya exam memerlukan ketelitian yang tinggi. Dengan Chromosome walking, Chromosome jumping yang tak faham-faham. DNA, RNA sequence, CGGAATT AGCTTA bla, bla, bla. Ok memang complicated. Saya tabik habis siapa-siapa yang buat research/thesis dalam area-area ni. Memang miracle sebab saya boleh pass subjek ni tahun lepas. Hahaha. Oh Encik Miracle tolong duduk sebelah saya masa exam esok boleh? 

(*_ _)ノ彡

*mintak-mintak takde lagi babak terkurung dalam toilet lagi. Hmm, Encik Maintainance Building tak datang-datang lagi dari haritu. Isk bikin panas betul la*

4 comments:

unieMARKS :) said...

GOODLUCK exam ;)

Raji berkata said...

hahaha tuh lah
ak pun pernah juga cmnih
sebab tu sekarang nih xnak mulakan =.="
sebab kalau dh start tgk confirm nk stop tuh mmg susah gle
hohoho

'Izzati said...

sini ada quiz jugakkk tapi mcm besa la esok nak quiz, malam tu baru baca.. kkekekekke jangan lupa eh

WZulhilmi said...

ni ke yg ko kata kt twitter nk coffe break 1 jam je? last2 amik ko satu drama habis.. = ="

Gud luck btw..