detik-detik mencemaskan.

*Ini cerita minggu lepas punya. Tapi sebab minggu lepas minggu busy, hari ni baru post.

Pagi ada exam. Memandangkan nota tak baca habis lagi akibat berpegang pada prinsip belajar last minute, lebih mudah ingat, lebih senang menjawab maka sebelum tidur dah buat azam nak bangun seawal 4.30 pagi nak buat last revison sebelum masuk dewan exam. Gigih tak gigih budak ni. Kononnya lah. At the end, jam berbunyi pukul 4.30, dengan fikiran separa sedar, pergi set jam balik pukul 5.30. Hebat tak? =.=

Tapi itulah kan, kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Walaupun dah set balik jam ke pukul 5.30 pagi, tapi pukul 6.15 pagi baru tersedar balik itupun sebab sakit perut. -__-" Dua kali jugak la ulang-alik pergi toilet. Tapi malang memang la tak pernah berbau harum, tombol pintu rosak bila nak keluar dari toilet buat kali kedua lepas mandi.

=.="

Pusing-pusing memang tak boleh bukak. Damn. Ini memang krisis besar ni. I have exam on 8.30 am, dan pada pukul 7.15 saya ter-stuck dalam bilik air? WHAT THE FISH? Terpaksa menjerit sambil ketuk-ketuk pintu bilik nak panggil housemate. Dah la toilet ni dalam master bedroom. Dibuatnya masa tu diorang semua tengah khusyuk study sambil pakai earphone ataupun semua dah sibuk nak pergi dewan exam? o.O" Nasib baik cik housemate, Wan dengar kalau tak memang saya ter-stuck dalam toilet tu sampai petang agaknya. Dalam kalut-kalut tu sempat pulak dia, "Nana nak handphone? Nak nota nak study dulu ke?" Very funny.

Ingatkan tombol tu rosak dari dalam je, tapi dari luar pun sama jugak. Macam-macam cara diorang guna nak bukak pintu tu, tapi still stuck. Yang dalam toilet dah berpeluh-peluh kepanasan campur nerbes wei kejap lagi ada exam what the hell i'm stuck in the toilet!!. Fuhh fuhh. Call bahagian perkhidmatan tapi kakak tu kata technician tengah mandi pukul 8.30 baru datang. What the....Tapi bak kata Maher Zain, Inyallah ada jalannya, lepas berhempas pulas baru la pintu tu dapat dibukak. Itupun lepas kitorang rosakkan pintu tu. Pfft.
 


sekarang tak perlu risau lagi akan terkurung dalam toilet


Memandangkan tombol dah rosak, sekarang kalau nak ke toilet memang kena berhati-hati. ahh you know better la kan. -.-" Aduan dah buat dekat seminggu dah, tapi entah bila technician nak datang pun tak tau. Stuck dalam toilet jugak ke agaknya?


sticky note yang saya guna nak remind ada orang dalam toilet. sticky note yang not so sticky, keluar toilet je tengok sticky note dah terbang. nasib baik takde yang main redah je masuk.

Ohh saya berjaya keluar dari toilet tu dekat-dekat pukul 8 gitu. Tak fikir apa-apa terus siap pergi redah fakulti jawab exam. Kawan kata terkurung dalam toilet tu petanda nak dapat A exam nanti? Pfft.


p/s: Salam maulidur rasul kepada semua muslimin muslimat. May we have blessed day. Amin. Hari ni cuti nampaknya lambat lagi lahhh technician nak datang betulkan pintu. -.-

8 comments:

nourelcahaya said...

kesiannya..nasib baik sempat keluar dr toilet b4 exam..

WZulhilmi said...

cuak gila!! klu aku mmg dh aku hempuk pintu tu bagi pecah. panik weh! kih kih. nasib baik ko sempat pegi..

_fahakyu_ said...

sisfay org pong pnh stuck dlm toilet, sebelum technician dtg, org dah keluar dlu dah sbb terjun dari tingkap toilet disambut oleh tilam roommates lol, gila terdesak hahaha,

Raji berkata said...

cuba bukak kot2 ada technician dlm tuh
hahahaha
klakar weh xD
xpe bkn slalu pintu rosak ni =.="

kema said...

haha~nasib bek tak jwb exam dlm toilet jer...cian fana

'Izzati H. said...

hahahah... sabo je la boleh plak dia wat pasal pagi-pagi nak exam kan? heheeh

moral of the story: jangan tutup pintu toilet.. jk jk jk

nadia-ady said...

fuh seb baik fay. Kalau ur housemate takde kat rumah or tak dengar memang bleh jadi masalah tu..huhu.. Pakai je kunci selak2 tu, lagi mudah takde risau terkunci ke apa.hehe

tqah.y said...

sian unni.seb baik boleh kuar dari toilet tu.cuak giler kalau kena duduk lama2 dalam tu. =.=;