Tahun Baru.

Wah dah masuk Tahun Baru rupanya. Jadi Selamat Tahun Baru la saya ucapkan untuk korang-korang semua. Tahun baru saya bisa-biasa je. kalau korang semua pergi celebrate tahun baru tengok fireworks yang pongpampongpam, saya cuma celebrate sambil berkelubung dengan selimut. Having fever on new year eve bukannya sesuatu yang seronok ye kawan-kawan. =.=

Even tho saya boleh je nak tengok fireworks sebab dari rumah saya je dah boleh nampak view klcc tu, tapi sebab kepala dah berat sangat, dah tak tahan jadi lebih baik tidur je. Itupun tak dapat nak lena sikit-sikit terjaga. Sebenarnya tengah risau jugak ni, sebab demam lepas je habis posting dekat unit mikrobiologi tu. Korang tau je lah apa yang ada dekat dalam tu. Segala virus, bakteria ada. nampak je bersih tempat tu, tapi benda-benda halus yang tak nampak pada mata kasar ni mana la kita tau kan kewujudannya?

Oh ye, dah masuk tahun baru ni, semua dah ada azam baru kan? Haha selamat menunaikan azam semua yang berazam tu. Saya takde azam tahun baru ni. Well rasanya setiap tahun pun tak pernah buat azam kut. haha~ biasalah si Fay ni pelik sikit orang nya. Lagipun macam takde beza je tahun baru ke tak. Yang saya tahu bila masuk tahun baru umur je bertambah. Mungkin kalau betul-betul nak berazam pun, saya nak jadi a better person dari last year. jadi sikit matang kot. Takan nak bawak perangai budak-budak sampai ke tua ye tak?

Hmm, kalau nak recap pasal 2010 rasanya takde benda nak cerita sangat kot. Yang saya tau, tahun 2010 ni merupakan tahun yang sangat miserable bagi saya. Tak payah la saya nak cerita kat sini lebih baik saya simpan je, lagipun takkan semua benda nak cerita dekat blog ye tak? Sometimes ada sesetengah benda tu lebih baik di simpan je sendiri. Last year tak lah miserable sangat, ada lah fun jugak sana-sini. -.-

Oh ye, semalam Encik-encik JYJ kita ni dapat perform untuk stesen tv Korea! Finally dapat jugak perform diorang ni. Semenjak krisis diorang ni dengan SMEnt rasanya diorang ni macam dah kena ban dari buat performance dekat kaca tv. Walaupun dah keluar album baru, dah buat showcase sana-sini, diorang ni tak pernah-pernah nya nak muncul dekat kaca tv. So kiranya semalam macam terbukanya lembaran baru la bagi diorang ni. Hmm, tahun ni pun Homin dengan JYJ nak buat comeback masing-masing. Katanya SS501 sekali pun? wahh teruja-teruja.



Semalam ingat nak tengok stream tapi sebab lagging sangat dengan kepala pun ting tong nya, maka tak dapat la nak tengoknya. Nasib baik ada youtube. hehe. Dengar kata SKKS menang besar malam tu? wah tahniah-tahniah. Jaejoong pun dapat award untuk drama Sunao ni narenakute. tahniah, tahniah. Tapi saya tak habis tengok lagi pun sunao ni narenakute tu. Saya ni ada habit yang suka simpan banyak-banyak drama tapi tak tengok-tengok. =.= Oh tak lupa jugak Junsu pun menang award untuk musical dia. wahh. 

Okeylah. Ingat nak cerita pasal tahun baru je, sekali drag sampai masuk JYJ semua. So selamat tahun baru semua. Hopefully azam-azam korang tu tertunai lah ye. :D


14 comments:

ayumiyoshida said...

selamat hahun baru. dan get well soon okay!

pst, habit simpan drama banyak-banyak tapi tak tengok tu pun habit saya. hahaha.

UknoWana said...

azam tahun baru Wana nak jumpa Fay. tp xsdpt masa seswai...doa2 agar cepat bjumpa...Rambut Jae sgt santek!! hot!

Fay said...

ayumiyoshida: tengok abang-abang kacak ni dah boleh baik dah. heheheh. eh kit ada mcm sikit persamaan hahaha.

wana: haha wana nak jumpa awana jugakkk! :D nanti pas jpa masuk kita jumpa yer. janji tauuu!

WZulhilmi said...

sama lah aku pun diserang penyakit pada tahun baru nih.. T___T. takpe2 anggap dia sabagai menghapuskn dosa2 kecil. :D

Fay said...

semoga cepat sembuh yerr. :D

rossoneri said...

waaaaaaaa junsu dah tembam comellll macam nobita hahaahaha...ohhh yoochun senyummmmmm,pengsan jap hahahah...

eppy new yearrrrr,semoga cepat sembuhhhh

Fay said...

rossoneri: junsu memang sentiasa comelll hahaha. yoochun sweet jer dia punya smile. tengok jaejooong wahhh pengsan.

haha thankyuuu. tengok jaejoong je dah nak baik demam dah.

kema said...

get well soon fana..cian kamuu...

Fay said...

kema i dah sihat dah. dengar kate u nak belanja terus i siht walafiat. :P

syufaa said...

camat bertahun baruuuu!! ^_^

Fay said...

ye syufaaa! hepi new year too. :D

Nihin said...

salam fay,
ahahha kasihan demam jugak eh.. same here! tapi skang dah okay.. dan hopefully awk pon sama eh..

btw yang jyj tu ada kuar kat kbs eh? alaaaa rugi x tgk.. kalau x leh tgk depa.. huihui..

Raji berkata said...

halamak sedihnya demam time new year ;D
ala kau tgk video pun sme jer cm tgk kt dpn2 gak
hohohoh

Raji berkata said...

hohoh lpe nk wish
get well soon ;D