ni yang rasa nak emo tiba-tiba

Semalam penat-penat balik dari attachment, bukak-bukak facebook je terperasan ada kawan post yang scholarship payment akan masuk akhir Januari atau awal Februari tahun depan. WTH??!! Rasa macam nak runtuh langit je rasanya. Nasib baik lah masih boleh tahan sabar lagi. kalau tak, rasa-rasanya ada yang terbalik bangunan semalam. katanya reason payment lewat sebab tengah tunggu peruntukan dari Persekutuan? Come on la, kalau bina tiang 100 tingkat yang entah apa-apa tu boleh, inikan pulak scholarship saya. Aigooo~ emo betul nampaknya ni. Yang tak puas hatinya boleh pulak budak medic dikecualikan. habistu budak biomedic? Hissyy memang saje jer nak mengundang emosi ni. Lagi tak puas hati, uni lain dah dapat dah. Aigoo, aigoo, aigooooo~ *urut dada*

Oh ya, hari ni hari kedua attachment dekat PPUKM. Penat jangan ceritalah. Memang lenguh semua sendi. Rasa nak tercabut pun ada. Tapi so far so gooooddddd~ Rasa best jugak buat attachemnet ni, sebab dapat tengok susasana makmal sebenar. Kalau semalam rasa tak sabar nak habis hari ni rasa tak nak balikkkkk dahhhh. HAHAHAHAA! Its a new phenomenon for me, sebab kalau dekat fakulti, bukan setakat makmalnya je yang lama, peralatannya pun lama jugakkk. Dah lah semua eksperimen kena buat manual. Tsk. dekat HUKM semuanya automated! woahhh memang teruja habis lah.

Bila sebut pasal PPUKM baru teringat eh, si Tsubasa ada kat sini lah. Siapa Tsubasa? Tetttt~ Dia ni saya punya admire sejak dari 1st year lagi hehehe! Ingat dulu selalu bertekak dengan kawan, sebab  dulu kawan tu pun admire dengan dia juga. -_-" Nasib baik kitorang cuma admire je tak jatuh suka betul-betul. Kalau tak memang parahhh.

Well, sejak naik 3rd year dah tak jumpa dia dah, sebab budak medic kena transfer ke PPUKM masa 3rd year. Memang kosong sikit la hidup, sebab dulu selalu je terserempak dengan dia. Lepas tu pot pet pot pet dengan kawan nak kasi jeles dia. Kalau terjumpa dia dalam library memang automatik terus jadi budak rajin, duduk dalm library tak nak keluar. kalau dulu kemain liat nak masuk library, tiba-tiba jadi rajin. -___-" Dah alang-alang kat PPUKM ni kan, kan best kalau berselisih bahu dengan dia. Berselisih pun takpelahhh janji dapat jumpa dia 5 saat pun jadilahhhh ecececeh kemain ye Fay? Apa motif kau buat attachment ni ye? *sengih*

Eh terus tak emo bila bukak cerita pasal Tsubasa? HAHAHAHAHA! Sape kata, sape kataaaaa~ ni tengah emooo lah ni. -_-"

4 comments:

ayumiyoshida said...

tsubasa? budak cina eh? kekeke

einchoi said...

haha ..
dah ade cik tsubasa ,
encik jaejoong kira saya punya lah ha ...
jkjk ..

Iji said...

hehehhe.. tsubasa.. wohooo. mesti rasa nak meloncat je kan kalu tengok dia.. kekekekke

syufaa said...

tsubasa itu hape? saye tak sempat lagi masok kelas bhs asing.. =_="