Betul-betul penat.

Finallyyy habis jugak program kursus kahwin dua hari ni. Macam saya cakap haritu, saya tak join sebab sebenar, bajet lari maaa~ Huwaaaa, bila nak masuk scholarship ni? kata antara 23-25hb, sekarang dah 26hb tapi takde pape ponnn. T_T Nak kena countdown 45 minit dulu ke baru diorang nak masukkan scholarship? =.=


Ibu kata SANGAT RUGI tak pergi sebab mana nak dapat pakej yang murah. Lepastu nanti nak kawen senang je takyah nak gi kursus-kursus lagi. Takpelah-takpelah saya pergi lain kali je lah ye. Lagipun saya belum nak kawen lagi, calon pun apetah lagi takde. Pergi sama-sama dengan bakal hubby nanti baru best, sama-sama belajar, baru fresh sikit. Senang nak aplikasikan ilmu tu nanti. Woot woot~ *nanti dia boleh tolong bayarkan. HAHAHAHAHA! Kemain lagi dia ye.


Penat dia jangan cakaplah nak uruskan program dua hari ni. Nampak simple tapi komplikated rupanya. Lenguh bahu kaki segala nih. Penat berjalan ke sana, ke mari. Penat mengangkat kotak segala. Penat memerah idea macam mana nak uruskan bajet yang terlebih. Fuh. Nasib baik tak terpengsan dekat tempat kejadian. Orang tengah sibuk berkursus kau pulak sibuk nak pengsan-pengsan pulak kannn. -_-


Masa tengah busy-busy kelam kabut semua, budak teknikal sempat lagi dok snap gambar sana-sini. Nak masuk dalam slide katenya. Ya Tuhan, kot ye pun tunggulah saya dok posing yang senonoh sikit. Ini tengah melepak kepenatan kat atas sofa pun kau nak pergi snap apehal? =.= Saya tak tengok sangat slide yang diorang buat tu, lagi pun duduk kat belakang, dengan rabun jauh nya mana lah nak nampak sangat. Tapi  ada la jugak ternampak dua, tiga keping gambar tu. Ya Tuhan korang tak tapis dulu ke gambar-gambar tu? =.= Lepastu ada kawan kata, "Wahh banyaknya gambar korang AJK ye?" Sudah.




Pulak tu ada peserta yang tarik diri saat akhir. ohmygodddd. rasa nak terbalik dunia sekejap, sebab dah lah tempah makanan banyak, sekali ramai yang tak pergi. mak aihhh. sudah la tiba-tiba makanan untuk lunch naik seringgit. Bajet lari gilaaaaa~ satu hal lagi nak mengahbiskan makanan yang banyak tu. memang meletup perut sorang-sorang ajk saya kerjakan. Tapi bak kata pepatah, setiap kejadian ada hikmahnya. Tak semestinya hujan lebat sampai ke petang, kadang-kadang ada jugak pelangi di tengah hari. Ecewahhh pepatah apa pulak yang dia guna kali ni? Disebab kan kejadian yang tak diingini tu saya dapat banyak makanannnn~ boleh buat stok breakfast dua tiga hari yawwww~ macam tau-tau je orang nak berjimat seba scholarship tak masuk lagi ni. hehehehe~ tapi seronok-seronok jugak, kejap lagi entah apa nak menjawab masa post morterm nanti? =.=


Tapi perkara dah lepas malas lah nak kenang-kenang lagi. Buat sakit otak je. Nak uruskan program ni pun dah cukup penat. Rasa nak pengsan memang bukan main lagi dah. So far program ni dah selesai. Saya punya kerja pun dah settle. Yang pergi kursus kahwin pun dah dapat ilmu, dapat sijil nanti dah boleh kahwin yerr. Nanti guna ilmu tu baik-baik. Ingat orang yang penat-penat buat program bagi awak ilmu. Ingat! Rumah tangga yang bahagia bermula di sini. *ini tema program kitorang, hehehehe. Lepas ni nak uruskan dinner untuk jabatan pulakkk~ Fuh. Banyak kerja nih.


p/s: Ingatkan boleh la nak relax kejap, nak regain balik energy yang di perah haritu. Tapi baru teringat esok dah start klinikal dekat PPUKM. Weyh cuak weyh cuak ni. Satu apa tak ingat ni. Housemate yang nak klinikal dekat klinik opto pun bersengkang mata baca buku, apa pulak yang saya buat ni??? *pengsan* Eh tapi ada coursemate tu esok dah nak posting sempat lagi pergi Terengganu. Wahhh hebatnya. =.=


5 comments:

syufaa said...

hehe..gi kursus dgn buah ati la bru best! haaa..bg sedorr diri masing2..aduii.. =_="

rossoneri said...

tu ah masa kat U ada pakej murah kita xg..xada mood lah..hehehe,skrg ni kawan kita ajak kita g..mahallll rm80 hinggit!dia kata tahun depan kursus kahwin naik lebih 100..huhuu

Ain Zulaikha said...

nak gi! nak gi! hehe

ayumiyoshida said...

hahaha. rugi ohh murah tak pergi.. kekeke.. tp kalau pergi ngan bkl hubby nti2 pun mcm best. kahkahkah.

UknoWana said...

woah! wana dah gi... 3rd yr. mmg murah tyme study.. & ckp kt member, sijil kursus dah ado, pasport pon ada.. bila2 YunHo ajak kahwin mmg on la hahah