Wahh hari ni sejukkk gila. Sejuknya menggigit sampai ke tulang empat kerat. Hujan lebatnya bak kata pepatah hujan salji di negara orang, hujan lebat di negara sendiri. Kalau dapat sup tulang ni best kan? Bila sejuk-sejuk macam ni mula lah terasa lapar. Mula lah tangan gatal-gatal nak menggodek dekat dapur cari benda untuk di makan. TAPI sayangnya dapur takde apa-apa! yang tinggal cuma saki-baki biskut peninngalan semester lepas. T___T
Petang tadi dapat call dari ibu. Maka adalah sedikit gosip yang disampaikan. HAHAHA. kerana saya seorang gadis, makanya saya juga suka bergosip. TAPI tidak semestinya hanya gadis yang bergosip okey. Lelaki pun sama juga. *ewahhh ini kontroversi ni!*
Sepupu saya, yang lagi muda dari saya tu dah nak bertunang katanya. Wah rasa macam kecil lagi dia tu. (Apa kau ni besar sangat ke Fay?) Eh besar-besar jangan disebut, sensitif tau. -_- Bila dah ramai sepupu, kawan bertunang/kahwin maka soalan cepumas tanpa formspring pun muncul. Kamu bila lagi? Haa...inilah masalahnya sekarang sebab saya belum jumpa Mr. Right. Oit, mana kau sembunyi ha?
Macam tau-tau je. *pengsan* |
Eh bukan nak cerita pasal tu sebenarnya. Ibu saya cakap makcik saya dah ada akaun facebook tau. Siap suruh add lagi. kelass sungguh makcik zaman sekarang ni. Tapi apa nak heran kan. Sekarang ni taak kira tua, muda, kecik, besar semua WAJIB ada facebook.
TAPI macam biasa soalan yang dah empatlimaratus kali orang tanya termasuklah makcik saya tu, kenapa guna nama Fay? Untuk pengetahuan semua dari zaman kenal friendster, myspace sampailah ke facebook memang tak pernah guna nama lain selain dari Fay. Ada yang syak nama ni gabungan nama saya dengan bf. Teeetttt~ iye ke?
Fana and Yongwoong Jaejoong = F.A.Y
(ececececehhh gedik lah kau.)
Mana ada gabungan nama. ish. Ekceli sebenarnya nama ni asalnya dari watak anime Fye D.Flourite dalam anime/manga Tsubasa Reservoir Chronicle. Dulu minat gila dengan manga/anime ni karakter faveret pulak dah sah-sah la Fye D.Flourite ni. Jadi saya ambik nama 'Fye' tu lepas tu ubah jadi 'Fay'. Bisalah seorang insan bernama Fay ni kan, suka-suka hati dia je la nak ubah-ubah. -_- Lepastu rasa eh eh, comel la nama Fay. hikhik tu yang kekal sampai sekarang.
inilah dia. |
TAPI ada jugak yang persoalkan. kenapa tak guna nama sendiri dekat facebook? Ada jugak yang kata tak bangga dengan nama sendiri la, nak perasan glamor la. Haih. Semua orang ada cita rasa masing-masing kan? Lagipun takkan la semua benda peribada nak reveal dekat alam maya ni. No no no! it's a BIG mistake.
Siapa kata tak bangga dengan nama yang parents kasi. saya bangga gila ok. kalau tak bangga dah sah-sah saya dah tukar nama sekarang. Yang kata nak glamor tu pun tipuuu~ mana ada glamor. friendlist tu tak pernah bertambah. berkurang hari-hari ada. -_- Memang susah nak puaskan hati semua orang sebenarnya. Hanya kata-kata pujangga ni yang mejadi pegangan. NI FACEBOOK AKU, BUKANNYA FACEBOOK KAU! Hehehe.
Tau tak sekarang ni dah ada Setan Facebook? Wah terus rasa seram gila nak facebook-ing sekarang. Nasib baik dah tak gila facebook macam dulu. :P
Eh okey lah stop kat sini je. Nak pergi buat milo lepastu nak tidooo. esok ada meeting pukul 8.30 pagi. Haha. Wahh dah macam gadis berkerjaya je. ecececeh.
10 comments:
huhu samalah,ramai cousin lg muda dari kita dah kawin...
haha ingatkan betul2 gabungan dgn jaejoong tadi...
aku teringin nk panggil ko FAY NANAH!! LOL!.. Gurau je
Eh baru second day dh ada meeting.. - -"
@rossoneri: hohoho. :D
@Wzulhilmi: O_O" Takpe2. Hari ni hari kau, esok lusa hari aku. tengoklahh. tengokkk.
i'm a busy girl la katekan. T___T
fana: nk ulg ayt empatlimaratus kali tuh ....lets kema make it enamtujuhratus kali...."awak bila lagi?"...hehehehe~
hoho..bile umur naik, soklan pon makin bercepucepu emas + gangsa + perak..woahh!
camtu ceritanya nye ke.. hahaha hai Fay.. hehe
hai,if tak kisah vote Ain Zulaikha.blogspot di http://bpm-undip2.blogspot.com/ tq sy xpaksa k :)
@syufa: kalau disertakan dengan emas lagi baik. :D
@kema: lemme ulang lapansembilanratus kali: "hey mr.right! tak nampak ke saya lambai-lambai dari sini?"
@ainzulaikha: gitu lah ceritanya.
alright dear. will done it. :P
Malaysian paling ramai sign-up FB...hahah..ada bc statistik kt mana ntah arituh..
ape mcm meeting? sharp x start kol 8.30?
i thought ur real name is farhana.. so fay nana derives from that.. ahahha..
Post a Comment