Tidur dalam kelas jangan sekali.

Eh bukan maksudnya boleh tidur berkali-kali. Kalau rasa nak kena pelempang jarak jauh dengan pengajar dipersilakan la buat.

I have this one problem. Walaupun nampak kecil je tapi sangat lah menganggu! Terutamanya orang yang duduk dekat belah kiri, kanan dan jugak orang yang mengajar di depan. T__T YES, saya seorang yang sangaaaat senang mengantuk dalam kelas. Kadang-kadang kalau terlelap sikit je pun dah boleh bermimpi indah. Mimpi buruk pulak bila kena kejut dengan cikgu. Tsk.




Problem ni bukannya baru, dah lama dah. Dari zaman sekolah lagi. Dah banyak dah usaha tapi macam susah nak kawal. Dah macam kena control dah badan ni. The moment je cikgu bukak mulut nak mengajar, masa tu lah dia nak mengantuk jugak. Tak dinafikan bila ada pengajar yang best hensem tu tak la mengantuk. Teehee. Tapi bila angin dia datang tu memang langsung tak boleh nak buat apa dah.


Ramai yang bagi tips suruh makan gula-gula tapi itu cuma berkesan dalam tempoh lima minit. lepas tu ngantuk balik. Makan lagi kemudian ngantuk balik. Sudahnya habis satu bungkus gula-gula. Ini nak bagi saya kena diabetes ke apa? Ada yang kata minum air, tapi same case dengan makan gula-gula jugak. Doodling? Satu masalah jugak sebab bila start doodling memang langsung tak fokus lepastu bila cikgu panggil "Terangkan apa yang saya ajar tadi?", takkan nak jawab "Dia selesema cikgu!" *Eh ini iklan Scott Emulsion kan?




Dan bila dah start mengantuk tu memang habis la orang kiri kanan saya dikerjakan. Diorang la jadi mangsa suruh urut-urut tangan, cubit-cubitan, senggol-senggolan, tamparan wanita je diorang belum kasik lagi. -_-"  That's why la saya cakap orang sebelah kiri dengan kanan saya teruk bila saya ngantuk. Haha. Bila dah mengantuk tu memang obvious gila sebab mata saya yang dah la sepet sikit ni akan jadi lebih sepet sampai ada orang katabila saya ngantuk mata jadi satu garisan halus jeee. -___-"


p/s: kau orang nak tau semalam da satu kejadian di mana buat saya serikk lagi tak nak ngantuk dalam kelas. lecturer tiba-tiba melenting sebab ternampak ada budak mengantuk dekat belakang, padahal yang duduk depan mata dia pun mengantuk sampai terlelap sekejap. -____-"



8 comments:

WZulhilmi said...

ak tak tau nk tlg mcm mana. cuba hempuk muka kat meja. maybe berkesan LOL!

rossoneri said...

ohhhh mo kes serius nih

Ain Zulaikha said...

kalau kat kolej saya, tidur dalam kelas conteng je hidung dia.. hehehe

Fay said...

@Wzulhilmi: thanks utk idea bernas ko tu. :')

@rossoneri: serius laa.

@ain zulaikha: nasib baik kita berlainan kolej. hehe

Izzie said...

owhhh tido je terus.. jk jk..

keluar gi tandas ka sekejap, basuh muka should fine.. but as for me, saya doodle je xpon salin note to distract me from sleep..

MIMIE AIZA said...

sy pun selalu mengantuk dalam kelas. masa sekolah tim e math tido.
sekarang dekat kolej time teori tido. hahaha

syufaa said...

hoho..ini seriusss..wonderpet dtg membantuuuu~

^_^

aleen aiden said...

kite same!!bgla la makan ape pon,cekelat ke kopok lekor ke,xde kesan langsung...hahah