Hari ni hari last cuti. Esok dah start kelas balik. No more whining lagi kata cuti tak cukup la ape la. So semester ni jangan lah malas-malas lagi. Jangan lah nak main-main lagi. Ingatlah ibu dan ayah di kampung (?) tu mengharapkan kejayaan awak Fay. Fuh.
TAPI yang buat saya still wondering ni, jadual kelas esok macam tak lengkap lagi. So tak sure lagi kelas start pukul berapa, kelas habis pukul berapa. kalau ada kelas kita pergi la, kalau takde kelas apa lagi, kita sambung cuti balik. teehee. Amboi si Fay ni kalau sebut pasal cuti ni ya Tuhan bukan main lagi dia ye.
So ini semester ke-6 saya. Semester yang digembar-gemburkan adalah semester yang paling busy. Sebab dalam semester ni ada attachment dekat hospital, kerja projek, latihan industri, bershopping, outing. eh eh. Yang dua last tu buat-buat busy je sebenarnya. Fuh. Attachment dengan latihan industri tu yang pening. Kalau silap buat diagnosis, memang tak pasal-pasal kena saman lepastu muka terpampang dekat muka depan surat khabar. -.-"
Sebab semester yang lepas result tak memberansangkan, jadi ayah belikan ini suruh telan hari-hari. -.-"
Minyak ikan memang terbukti boleh membantu minda TAPI kalau setakat
makan minyak ikan ni kalau tak belajar pun hasilnya pun macam tu lah
jugak. -____-"Jadi Fay sila take note ye lepas ni. -.-"
Oh tadi lepas je check-in dekat kolej, terus je keluar dengan kawan-kawan pergi Times Square. Amboi Fay baru sampai tak sempat lagi kemas barang terus keluar ye. Tak menyempat je kau ye. Woahh sales sana sini sinun. Sabar je lah wahai hati. Nasib lah sponsor tak masuk lagi. kalau tidak memang dah lama menabur duit dekat Times square tu.
Baru perasan tadi, masa pergi makan KFC, diorang dah tukar sistem. Dulu kan kalau nak sos dia dah siap sebotol atas meja. Sekarang ni kena pergi ambik dekat mesen macam dekat McD tu. Tak best okey, tak best. Tak dapat nak curi sos sebotol lagi macam dulu-dulu. Ala macam korang tak pernah buat kan? Eh ke saya je yang buat ni? =.="
Tadi saya jumpa lady Gaga tau.
Lady gaga wannabe?
Tak sopan betul membelakangi penonton. -.-"
Yang pasti ini bukan lady gaga.
Oh ya selamat memulakan semester baru ye kawan-kawan. mana yang nak mula la. Yang cuti tu duduk rumah diam-diam. Eh macam jeles je bunyinye.
12 comments:
mari mulakan semester baru dengan azam baru!
woah! dpt obat..bg cergas! hihi
Kami memboikot entry2 berunsur semester baru! LOL!.. Cuti aku pn nak habis ni.. Oh! god tolong lambatkan masa~~~~..
kenapa ada mannequin lady gaga??? Wah bestnya dpt g Times... T___T
@atheera: mari! yeahhh! XD
@syufa: hahaha cergas? takut baru telan je dah terlentok.
@Wzulhilmi: mari mulakan semester baru! XD mane ade mannequin la tu org pakai kostum Lady Gaga. diorg nak buat persembahan tuuu.
ganbatte for new sem
@rosssoneri; arigatou! XD
orang!!!?? aku ingat mannequin. Gila! LOL! Tu nyanyi lagu pokerface kah bagai mcm tu?
hehe dah masuk sem baru yek , gud luck.. and wah minyak ikan tu betul boleh bantu minda..
GudLuck..btw, mana nak cari menda tu??
Hwaiting! =D
@Wzulhilmi: x tau la. sebab aku x tgk persembahan diorg. katenye tema Christmas in galaxy? -_-"
@ainzulaikha: harapnye lah. =.=
@shaheila malek: benda ape? minyak ikan? kat farmasi ada. :D
@adam: baiklah. =.=
hey, sy pn pegi BTS ahad lepas.kalau dapat jumpa best :)
btw, ahad tu ada comic fiesta.u join them?
Post a Comment