We will love each other


.....Thats it, Will you marry me, I do. "Super Junior - Marry You"

Dalam banyak-banyak lagu Super Junior lagu ni memang masuk list 'all the time favorite'. Sweet je lagu ni. Nanti bila wedding saya, saya nak guna lagu ni as my wedding background song. Baru ada class. Baru  la  ada kelainan. Baru la boleh buat wedding ala kayangan gitu. Ni asyik guna lagu "Selamat Pengantin Baru" je. Takde kelainan. Eh yang beria bebenor cerita pasal lagu tema lahwin ni, calon pengantin lelaki nya dah ada belum? *silence*

Oh Sabtu lepas adalah my cousin punya wedding. Tak sangka dulu kecik-kecik selalu main sama-sama, sekarang dia dah pun kahwin. Time moves really fast isn't. Esok lusa mana tau saya punya turn pulak. *emoticon gatal*.  As her cousin dah tentulah saya tak melepaskan peluang datang majlis dia. Tolong apa yang patut masa kenduri. Tolong la sangat kann..

Her family memang duduk kat kampung. Jadi memang berbeza lah dia punya tradisi dengan orang bandar. Kalau dekat bandar semua makanan pakat order katering je. Cepat dan mudah. Kalau dekat kampung semua juadah masak sendiri. Kalau dekat kampung order katering memang jadi bahan umpatan satu kampung la jawabnya. So semua juadah dari juadah untuk tetamu sampailah untuk makan beradab semua orang kampung yang bergotong-royong masak. Senario ni memang kita jarang-jarang jumpa di bandar. Ewah struktur ayat mantap gitu.


Antara yang datang merewang. Saya? Menerewang la kerjanya *bahasa cipta sendiri*


Ini juga satu kelainan. Selalunya kompang ikut berarak dengan pengantin lelaki, tapi kat sini diorang stay kat rumah sampai la pengantin lelaki datang.


Pelamin tema Saphhire Blue tu.


Hantaran pihak perempuan. Tema hijau. Owh dalam diam dia ni TripleS rupanya. *Si Fay tak habis-habis nak kaitkan dengan K-pop dia*


Hantaran pihak lelaki.




Panas ye bang? 


Gigih adik ni kipas. 


Tapi pengantin lelaki masih kepanasan. -___-''


Tukar pengapit? *pengsan* Oh tu adik saya. Sebab pengapit yang tadi pakai baju kaler merah, macam tak kena dengan tema biru so terpaksa la tukar.


Sempat jer dia ni.


Majlis hari tu berjalan dengan lancar walaupun mulanya ada sedikit kesukaran. Adat lah tu. Mempelai pun dah selamat diijabkabulkan. Esok pulak majlis bertandang di pihak sebelah lelaki dekat Terengganu. Saya tak dapat hadir sebab parents dah start kerja. Saya pulak kena dapatkan lesen memandu. *Stress* Kepada mempelai,

SELAMAT PENGANTIN BARU SITI ASRIYAH DAN ZAKARIA
Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.


Sepanjang majlis semua sedara-mara kata, "Lepas ni turn kamu pula." Haih. Saya cuma mampu berkata "Tak lama lagi, tak lama lagi. Mungkin lepas grad." Lepas dicongak-congak ada setahun setengah lagi nak grad rupanya. Damn.

Masalahnya sekarang ni kau rasa dekat mana saya nak cari calon tu???!!! 


Eh ada volunteer? 

6 comments:

ssrollingstar said...

hahaahahha...wow...nk curi en.volunteer blh??hehe

Fay said...

tak boleh.:P

Ann said...

har har .. tersangat tak boleh ngn volunteer tersebut ~~~~ ^^

ayumiyoshida said...

volunteer tu yang paling best.huhu.

eh, cantik lah pelamin. =)

Fay said...

ann: hahaha. imaginasi melampau.

ayumiyoshida: ouh best kan? kalau dapat buat kenduri 7 hari 7 malam gamaknye.

rossoneri said...

kalau muka junsu ke berlambaklah kat malaysia nih..kalau nak carik macam jaejoong, tak dapat lah...pergilah fly to seoul tuh