25 perkara pelik mengenai Fay.

Saya rasa saya ni pelik sikit kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan saya. Bukan setakat kawan-kawan malah dikalangan family juga. Tapi tak mengapa walaupun orang cakap saya ni pelik ke ape ke, saya tak kisah. Jika Aiman tidak kisah apetah lagi saya kan? In fact, kalau orang cakap saya pelik lagi saya suka sebab itu tandanya saya spesel. Takde orang yang ada pe'el sama macam saya. Lebih senang diingati tak gitu? Lagipun sangat TAK COOL okeyyy kalau sepuluh orang kau jumpa semua perangai lebih kurang sama jee.

*Sebenarnya tajuk sebenar ni 25 random things, facts and goal about me tapi dasar si Fay lah kan suka-suka hati dia je lah nak tukar-tukar peraturan. Tehee.

Ok kalau tak mau tau pun takpe. Kalau berminat, boleh baca benda-benda pelik ni.

1. Saya sangat addicted dengan TVXQ, SS501 dan JYJ, especially Kim Jaejoong lah. Semua lagu yang dia nyanyi (read: Kim Jaejoong) saya akan terus jatuh suka. Senang cerita saya memang suka everything pasal dia lah. Tak kira lah kalau orang nak kata saya ni syok sendiri ke ape ke, saya peduli ape. Haha.
2. Saya merupakan peminat tegar TVXQ semenjak 4 tahun lepas. Semua nya lepas saya tertengok gambar Kim jaejoong lah dalam surat khabar, terus jatuh suka walaupun tak pernah lagi dengar lagu-lagu diorang. (ini boleh dikira sebagai cinta pandang pertama lah kan?) 
3. Saya tak comel, tak cantik sangat, tak fotogenik tapi fotogedik dan saya tak pandai bergambar dengan pose-pose comel, apatah lagi yang pose ala-ala macam nak kissing tu. In fact saya rasa sangat awkward kalau tiba-tiba saya bergambar dengan pose macam tu. -_-'' Walaupun tak comel, tak cantik tapi saya sedikit HOT lah.
4. Sangat suka pada warna merah, hitam, pink dan purple. Tapi lebih suka merah lagi sampai semua barang kalau boleh nak warna merah. Tapi takla sampai nak tukar kaler rambut jadi merah.
5. Orang kata penggemar warna merah orangnya berani, tapi terbalik la pulak saya. Saya ni boleh dikategorikan seorang yang penakut. -_-"
6. Gayat pada tempat yang tinggi, sampai tahap longkang yang dalam pun saya tak berani nak lintas walaupun dah besar-besar panjang macam ni. Tapi sekarang duduk dekat apartmen takde ape-ape la pulak.
7. Sangat addicted dengan lagu-lagu berbahsa Korea dan Jepun serta artis-artis dari sana tapi tak bermakna saya tak berminat dengan lagu-lagu tempatan.
8. Walaupun saya suka sanga lagu-lagu Korea tapi saya lebih suka tengok drama  Jepun sebenarnya. Saya agak kurang sikit dengan drama Korea. (tapi kalau Kim Jaejoong yang berlakon konfem-konfem saya suka)
9. Saya anak sulung daripada dua orang adik beradik dan kedua-duanya perempuan. Tapi orang selalu cakap saya nampak lebih adik dan adik saya nampak lebih kakak dari saya. Memang saya semulajadi awet muda kot.
10. Saya tak suka cuaca panas dan tak suka cuaca hujan yang lebat. Kalau hari panas saya cepat dapat sakit kepala, kalau hari hujan saya rasa sangat serabut. Sebab tu kalau hari hujan saya lebih banyak tidur. 
11. Saya seorang yang lembab dan slow. Saya perlukan dua kali ganda masa dari manusia normal lain kalau nak siapkan apa-apapun task.

12. Orang selalu label saya sebagai sombong. Saya tak sombong sebenarnya, cuma saya ni tak peramah dan i'm not easy to make friends. Yang dah lama kenal saya tau betapa sengalnya saya sebenarnya.

13. I can take jokes easily. Provided that the person yang buat jokes tu boleh terima saya punya jokes pulak sebab saya punya lazer ni boleh tahan lah jugak sebenarnya.

14. Saya seorang yang cepat bosan. Tapi sampai sekarang tak bosan-bosan lagi dengan Jaejoong.

15. Saya selalu kata kat member yang Jaejoong tu hensem, berkarisma etc etc tapi takde sorang pun yang kata dia ni hensem. Kesian. Rasa macam takde taste je. Tapi baguslah citarasa berbeza. Takdelah kes berebut pakwe dengan kawan sendiri kan?

16. Saya mudah terpengaruh dengan suasana sekeliling bila tengah study misalnya suara orang bercakap, orang lalu lalang ke sebab tu saya selalu pasang mp3 sampai volum maksimum ditambah pulak dengan lagu-lagu yang guna banyak instrumen with high vocals supaya saya tak distracted sangat.

17. Saya suka lagu-lagu yang ada penggunaan instrumen macam gitar, violin atau piano dan juga guna vokal yang tinggi. TVXQ, SS501, FT ISLAND dengan CN BLUE ada elemen-elemen ni.

18. Sangat suka shopping. Pantang ada duit lebih je suka pergi shopping. Tak kira lah foods ke, clothes ke, gadgets ke. I'm a part-time money waster.

19. Saya mempunya saiz kaki yang besar. Jadi teramatlah susah untuk saya pergi membeli kasut. Sebab tu saya jarang beli kasut dan kasut-kasut yang ada saya guna sampai betul-betul rosak.
20. Saya alergik pada seafod tapi makan juga.

21. Saya cuma boleh pakai aksesori (rantai, subang etc) yang diperbuat dari emas atau perak sahaja. Selain dari tu saya alergik. Jadi tak boleh nak kata saya ni materialistik.

22. Saya tak suka serangga tapi Entomologi adalah antara subjek kegemaran saya.

23. Dulu saya adalah otaku. Suka menonton anime dan baca manga tapi lepas masuk universiti ni saya dah tak berapa nak minat dah.

24. Sangat sukakan kucing tapi tak de pun bela sekor kat rumah.

25. Saya dah lenguh buat benda alah ni jadi saya stop kat sini lah ye.

Phew! Habis jugak. Sebenarnya banyak lagi perkara pelik mengenai saya ni. Cuma saya tak list kat sini je. Okey sekarang saya nak tag sape untuk buat benda alah ni?

Okey saya nak tag KIM JAEJOONG!

 eh? tidur pulak dia.


11 comments:

ssrollingstar said...

wooottt~~
hi!!haha..nie nana hyunssaengie/kim seung na @fb..:)

haha...bnyk gak persamaan kte ek?haha..
i'm also dulu kre otaku la..skrg dh kurang...minat gler lagu korean tp ske tgk cte jpn..

btw..minat merah?haha....mmg minat or bcoz of bdsk is red..hehe

n i'm in love with ur lover bestfriend!haha..;pp

WZulhilmi said...

wahaaa!! sy pun minat Kpop jugak.. =p

Fay said...

nana: naturally memang minat merah. keke coincidentally warna merah tu warna rasmi dbsk pulak. macam ade chemistry di situ. :P

woot woot. macam ni kita boleh jadi bestfriend ni. since our lover kan BFF. hikk

wzulhilmi: haha itu saya tau. :D

ayumiyoshida said...

haha. mostly hampir serupa dengan saya. yang no 11 mgkn sebab awak teliti? Saya pun lembab jugak, selalu mengeluh, lepas tu a good friend of mine kata, mungkin saya terlalu teliti. bila saya fikir balik, betul jugak sebab saya sedikit cerewet masa buat kerja, thus memerlukan masa yang lebih. tapi still seorang yang cuai. terukkan? huhu

Fay said...

ayumiyoshida: haih. teliti? mungkin ye sebab kita kalau boleh nak kerja tu perfect. tapi cuai pun ye juga? macam mana ni?

ssrollingstar said...

of coz can...haha..then kte wat double date...*kyaa~~blush2* hehe...

Fay said...

nana: my heart goes doki-doki *blush*

Atheera said...

saya pun pelik. sebab tu tak ramai nak kawan dgn saya :(

Fay said...

eh jangan cakap macam tu. meh saya nak kawan dengan awak.

Ann said...

ade similarity between us .. hmm .. no 19 n 20 .. anyway nice to noe sumthin' abt u ... ;)
*and u such a dorky person*

btw .. what is ur blood type ? *kepohh* hee

Fay said...

ann: am I dorky? hahaha macam tak percaya.

my bloodtype is O