Kebahagiaan dalam kesengsaraan.

Tiba-tiba teringat entri lama yang memang dah lama nak publish, tapi ialah melayu itu mudah lupa kan, maka baru hari ni teringat mau publish. *selain daripada kerosakan laptop yang menjadi penyebab utama.*

Weekend haritu, macam biasa lah kan, saya dengan kengkawan saya pergi bersuka-ria di mencari hiburan di luar. Ialah kan tekanan belajar dari hari Isnin sampai Jumaat. Otak juga memerlukan hiburan. Disebabkan selalu sangat pergi ke Times Square, jadi kitorang decide untuk pergi ke tempat yang jauh sikit dekat Sunway Pyramid. Motifnya sebab dekat sana ada tempat ice skating. Yelah asyik-asyik main bowling lah, tengok wayang lah, shopping lah, sekali-sekala mau jugak buat aktiviti lain. -_-

Tapi sebenarnya saya ragu-ragu jugak nak main ke tak nak ice skating tu. Bukannya apa, tempat ice skating terlalu open sangat, orang yang shopping lalu lalang kat situ mesti akan tengok punya orang main ice skating kat situ. Tambah pulak weekend kan, ofkos la banyak umat manusia  dok main ice-skating jugak. Malu gila okeyy kalau tengah-tengah ber'ice-skating' tu terjatuh ke ape ke, mana saya nak letak saya punya 'water face' ni? Dan sebenarnya *cough cough* saya tak pandai ber'ice-skating' *cough cough*

Tengok kan dah cakap ramai orang. 


Dalam pada fikiran runsing nak pergi main ke tak kan, saya terpandang seorang pekerja ni yang memang gila terer main ice skating. Otak ni pun satu, sepaptutnya memkirkan jawapan kepada persoalan sama ada perlu atau tidak pergi main ice skating, tapi jawapan yang dihasilkan pula adalah 'hensemya mamat ni'. Dang! -_- Ada iras-iras pelakon korea gitu. Iras-iras Shahir AF8 pun ada. Tanpa ragu-ragu lagi terus kata dekat kawan "jom kita main ice skating sekarang!" Memang dasar pantang nampak lelaki hensem kan. Heh tipu je. Itupun sebab kawan-kawan dah ajak banyak kali. Yelah kan, bila lagi nak merasa main ice skating kan. heh heh heh. -_-''

Memang azab jugak lah kan bagi orang yang memang tak pernah main ice-skating pergi meredah main ice-skating dengan kengkawan pun yang rupanya tak pandai ber ice-skating jugak. Jatuh itu memang lumrah. Nak tak nak kena tebalkan jugak lah muka, sebab memikirkan dah lah bayar mahal kena la jugak redah ice-field ni. Tsk. Sekali dalam round ke-3 tu, boleh la pulak dia tutup padang separuh jalan. WTH!!!!??? Dah la tak boleh nak berpaut pada tepi dinding, mau tak mau kena la lalu dekat tengah-tengah padang yang mana  memang failed!*pengsan* Okey kantoi dari round 1st sampai round ke-3 kerjanya asyik berpaut kat tepi dinding je. Tsskkkk. Cuba kau cakap macam mana saya nak ke pintu keluar? Patah balik??!!

Dalam kekalutan tu, tiba-tiba datang lah jejaka iras-iras pelakon korea+Shahir AF8 tu. "Cik tak apa-apa ke?" Dengan suara menggeletar, muka pucat lesi, saya gagahkan juga diri berkata. "Tolong bawa saya ke pintu keluar." "Baiklah cik, mari." Kata jejaka itu sambil menghulurkan tangannya.  Kalau diikutkan boleh je kalau saya nak berpatah balik meredah arus manusia, tapi bila memikirkan si jejaka  yang kacak ini sudah menawarkan bantuannya, maka saya dengan rela menerima sahaja pertolongannya itu. Tanpa berlengah , tangannya saya capai dan lantas dia membawa saya ke pintu keluar. Bagaikan si hero menyelamatkan heroinnya begitulah yang saya rasakan. Macam dalam cerita korea pulak rasanya. Haish haish apa ni, ini bukan drama ini realiti! Dang!

"Terima kasih" Itu sahaja yang mampu saya ucapkan atas pertolongannya. Dah dapat keluar dah cukup baik dah. Semasa hendak berlalu pergi, jejaka itu memanggil "Awak tunggu kejap." Saya berpaling. Eh? "Siapa nama awak? Boleh kita berkenalan?" Awww. Dia nak berkenalan weyhh! Dapat saya rasakan wajah ni memang dah merah sebijik macam tomato dah. Ketika itu masa terasa seperti terhenti seketika, seperti memberi peluang kepada kami merasakan saat indah cinta pandang pertama. Baru saya nak jawab tetiba ada pulak orang panggil dia suruh masuk bertugas semula. Oh ya lupa pulak bahawa dia sebenarnya pekerja di situ. "Emm takpelah. Ambil ni. Ni no fon saya. Saya tunggu mesej dari awak okey." dia senyum sambil mengenyitkan matanya sebelum berlalu pergi menyambung tugasannya...............

















HARHARHAR!

Ha yang ni gambar dia yang saya ambik masa dia beraya dekat rumah saya haritu. Nak bergambar berdua takut kontroversi la pulak. Maklumlah pakwe hensem. Makwe pulak tak berapa nak cantik lepas tu tak reti pulak buat aksi-aksi cute depan kamera. Teehee.


Anyway, lepas kejadian tu memang sumpah taubat saya tak mau lagi pergi main ice skating. 

4 comments:

WZulhilmi said...

u fool!!! Org dh bagi signal tu.. terima aje cinta itu!!! LMAO!

Lawak betul aku baca dia dtg kat ko. "cik tak apa ke2?".. Ko dan dan "Tolong bawakkan sy keluar".. Miahahaha. =P

Fay said...

harharhar. :D

nia said...

waaa bestnye..i pun pnh main ice skating kat situ gak..best dalam kesakitan hahaha..jatuh brape kali xhingat huhuhu..tp xplak jumpa mamat hensem huk huk huk...

Fay said...

hahaha mungkin hanya utk mereka yg bernasib baik ehemm ehemmm mcm saya ni? LOL!