Tahukah anda?

Bahawasanya si penulis blog ini sudah habis exam? Baiklah tak nak tau pun takpe, tapi saya tetap nak bagi tau jugak yang saya akhirnya berjaya menamatkan kesengsaraan selama tiga hari ini menghadap kertas-kertas soalan. Hoyeah hoyeah! *eceh padahal cuma ambil tiga paper je dah lah satu hari satu paper je apalah sangat kan berbanding dengan orang lain yang paper sampai 5 atau 6?* -___-ll

Sebenarnya saya agak tensi kebelakangan ni. Agak tensi jugak bila tengok blog terbiar padahal dalam hati semangat berkobar-kobar gila nak menulis. Rasa nak menulis tu ada tapi macam tak menyempat je nak menulis. Baru je bukak blog dah teringat "Eh chapter tu aku tak baca lagi, eh subjek tu tak revise lagi" maka nak tak nak kita on hold dulu lah ye wahai blog sebab pelajaran itu lebih utama. Ini kalau lecturer baca ni memang sejuk mata memandang bertuahnya dapat anak murid macam saya ni yang harus jadi student kesayangan ni. Haha, perasan lah kamu ni Fay lah kan, padahal tak bukak blog twitter dengan facebook bukak je. Haihh....

Sekarang mood exam dah habis, mood nak raya lah pulak ye. Baju raya dah siap awal-awal lagi dah. Kalau orang lain masa-masa sekarang ni lah baru nak pergi cari baju raya terutamanya dekat Jalan TAR, saya sebelum puasa dah siap dah. Sangat awal bukan. Tapi itu dah jadi tradisi ibu yang malas nak bersesak-sesak cari baju raya last minute. Jadi sekarang yang tinggal cuma nak cari kasut raya, aksesori raya, duit raya (??) 

Haha yang duit raya itu kena mintak pada pakcik, makcik di kampung atau sepupu yang dah kerja lah. Memang gila tak malu dah besar-besar nak mintak duit raya. Tapi saya tak mintak pun diorang bagi tapi aa salahnya ambil kan. Rezeki jangan ditolak bak kata pepatah. ^__^

Tapi ingatkan lepas raya nak hilangkan tensi-tensi exam enjoy sakan sekali ASSignment pun ikut beraya sekali. -____- Baiklah ini untuk peringatan saya yang pelupa walaupun dah telan kimis berhari-hari. Mungkin saya banyak makan semut agaknya. Sebab tu lah walaupun dah baca notes berkali-kali pun bila lepas exam je mesti terfikir balik apalah yang aku jawab merepek masa exam tadi. Haih..

-Elektif Teknik Parasit (Report Perwarnaan Trikom & Repot Bioassay Larva)
-Diagnosis Integratif Parasit Assignment
-Hematology (Case study, Blood smear report, Anemia & Leukemia report)

Nampak macam sikit je kan? Tapi nak buat report-report ni makan masa sebenarnya. Sudahlah semua due date selepas cuti raya. Nampaknya memang busy je lah raya ni mengalahkan menteri pula. Tapi walau banyak assignment macam mana pun raya tetap raya ye. Kalau ada rumah terbuka tu tetap pergi jugak bukan senang nak dapat makan free, kalau ada rezeki boleh jugak dapat duit raya. Tehee. Boleh simpan untuk pergi Korea ye tak?

Baiklah saya nak mengemas sebenarnya ni. Maklumlah esok dah nak balik kampung. Satu apa lagi tak kemas ni. Beg pun tak tahu dah campak ke mana. Kena selongkar stor pulak sekarang ni.

So dengan ini kita berjumpa lagi bila saya di kampung. Hahahahaha!

3 comments:

nourel A said...

selamat balik raya

WZulhilmi said...

cepat kemas!! alah tulis je kat setiap assignment tu.. "Eeewww this subject is disgusting!!" habis cerita.. Wakakaka

Unknown said...

selamat bercutiiiiiii cik fayyyyy~~~~