Due date untuk assignment semakin hampir dan saya macam biasa lah baru sekarang nak panik omaigoooddd banyak gila tak siap lagi, mulalah semua benda pun tak tau semua yang dah belajar tiba-tiba hilang dari ingatan. Sebenarnya dah lama sedar due date dah dekat tapi biasa lah a last minute person like me, makin last minute makin semangat nak buat makin berkualiti hasil assignment yang di hasilkan. Cehh alasan. Padahal dah sengaja buat-buat tak sedar lepas tu baru lah nak tensi-tensi semua. Dan dalam tensi-tensi tu sempat lagi pergi layan blog. =____=''
Biasalah kan ni semua drama-drama student nak ambik exam, nak buat assignment bagai. nanti lepas habis exam, lepas dah hantar semua assignment semua dah rasa bebas macam burung bebas dari sangkar maka drama-drama ni dah takde dah. It is a life cycle of a student.
Jadi sebagai salah satu cara untuk menghilangkan ketensian, maka saya pun pergilah menggodeh apa yang ada dekat Youtube tu kan dan akhirnya saya terjumpa ini. Amboi jauhnya terpesong.
Pecah perut okey saya gelak bila tengok video ni sangat rindu nak tengok diorang ni. Okey tipu padahal hari-hari dok stalk diorang dekat twitter. Twitter memang sangat fun these days teehee. XD
Sakit perut makin memuncak-muncak pulak lepas tengok video ni. Takkan la ketawa begitu banyak menyebabkan keadaan yang begitu rupa? O_O'' Oh ye baru teringat tadi makanan yang beli untuk dinner pedas ya amat! IDK berapa banyak cili dia taruk dalam lauk tu kan, tapi dah order Ayam Masak Pedas of course lah pedas tapi agak-agak lah makcik oii orang yang gastrik macam saya ni kalau makan memang berguling-guling lah jawabnya.
Menurut pembelajaran semasa stress rembesan asid di dalam perut makin meningkat. -__-'' Disebabkan telah termakan makanan pedas ya amat, tambah pulak memang dah ada gastrik sejak dulu jadi kita berhenti dulu buat assignment sebab buat assignment ni tensi tau mana nak cari info, nak edit, nak bagi macam banyak page. Nanti makin teruk pulak sakit ni. kesihatan itu sangat penting okey. Ewah pandai betul kau mengaplikasikan pembelajaran padahal sebenarnya memang dah mati kutu nak buat assigment
Ok dah lah ni, I need to sleep moga-moga bangun pagi esok semua kesakitan hilang maka kita dapat sambung buat assignment.
p/s: i'm having stomache-ache, can't concentrate, lots of things to do so here are my rambling post again. Macam lah pernah buat entri berilmiah. -_-''
6 comments:
exam esaimen
exam esaimen
tu je la keje buat masa sekarang
bertimbun2
huaaaa
Kesian.. Klu aku dh panik dh sambil menjerit2 ohmygod sambil mengetuk2 kepala sbb assignments tak siap.. HAhahaha
Hv a nice rest lps tu ko nk buat assginment sampai lebam pun tak pe.. :)
sama laa kat sini pun. due date nxt week,mula la nak kabut assignment tak buat lagi..hehe
haha comel laa diorang ni! >_<
hoyeah....
wow! sampai ke vid tu mmg dah terpesong jauh tu. kkekeek. Neway, nice bg pic. A song calling for you.heheh =)
Jum2 buat asaimen.. banyak jugak nak buat ni... chaiyok!
Post a Comment