Hari pertama selepas cuti raya

Malam selepas pulanh ke hostel perut kelaparan minta di isi. Walaupun sudah berazam mahu membuang segala lemak-lemak degil hasil timbunan ketupat dan rendang, namun memikirkan makan itu perlu bagi menjaga metabolisme badan, maka turutkan jua kata perut dengan azam akan order sikit je nanti.

Tuhan pula seperti mendengar rintihan hati ini yang ingin berdiet maka ditakdirkn hampir semua kedai makan di Kampung Baru tutup. -_-'' Setengah jam berjalan memusing mencari tempat makan. Setengah jam ok. Takde satu pun kedai bukak. Walaupun penat mengembara belum hilang demi sesuap nasi ku gagahkan jua. Hyperbola sungguh kau. Kalau macam ni tiap-tiap hari, memang boleh hilang semua lemak. Tak perlu susah payah nak kawal makan, pergi gym atau jogging semua.

Tapi, biasalah student U memang bijak bistari. Tak dapat cari kedai makan kita order delivery je. Lagipun hidup di Kuala Lumpur kalau tak dapat cari kedai makan memang sungguh tipu. Bukannya duduk terpencil dalam ceruk hutan sana. Terpaksa pergi ke kedai yang agak mahal. Kalau macam ni bukan badan yang kurus, poket yang kurus dulu. -.-''

Hari pertama kuliah pun terasa sangat slow. Pergi kuliah pun hanya beberapa slide je faham. Tak sampai lima minit kepala dah tersengguk-sengguk. Telan gula-gula satu plastik pun masih mengantuk lagi. Macam ni boleh kena diabetes gamaknya. Tak boleh jadi nampaknya. Kalau berterusan macam ni, alamatnya hujung-hujung semester nanti memang disaster.

Kerja-kerja pun semakin banyak. Wah bizinya mengalahkan perdana menteri. Baru ingat nak update blog secara serius. Ceh. 

Bila dah balik KL ni, takde lah rasa nak beraya macam kat rumah, macam dekat kampung dulu. Lepas habis kelas je semalam dah pergi bagi sedekah dekat tauke shopping complex. =.='' Hari jumaat ni baru merancang nak buat rumah terbuka untuk rakan sekelas. Baru lah terasa nikmat raya ye tak? Takde lah nak pergi beraya di pasar raya je. Dapat lah mengeratkan silaturahim. =)

Oh. Terlupa pula sekejap lagi ada presentation untuk autoimmunity. nak tidur semalam baru teringat lecture suruh cari info. Ingat nak bangun pagi-pagi pergi buat tapi nikmat tidur itu lebih mengasyikkan rupanya.  Maka sekian sahaja entri kali ni. Sekarang nak sambung balik carik info.


4 comments:

WZulhilmi said...

kesian... aku pun banyak gak kerja kena buat.. tapi time ni pulak lah gedik nk aktif blogging.. - -"

Nas said...

aku pon same...lepas beraye aku cuma update 2 entri jerk...
yelah takde mase nak update..bz memanjang...
banyak sgt assignment. :(

Amni said...

Memang student U sangat bijak. Dulu masa kat UTM, tak de makanan best, wat McD delivery. Tak pon, Pizza Hut! Walllaa... skang dok pedalaman, amna ank dapats emua tu? haiyaaa...

n@jwamz said...

huhu..dat's da life student...
me too:) got lots assgmt yg x syiap..n then time ni laa nk bw...
penat an..an...hehe
gud luck ur presentation dear...muaxx
just passing thru~